Tao Te Ching - Lao Tzu
Been receiving a gift from my sister - BUKU NI YAY! TAO TE CHING! - Buku ni keluaran terbaru la jugak, baru wujud di pasaran sejak Mei 2021, yang dalam Bahasa Melayu lah. :) - Kata Penghantar oleh Prof Osman Bakar, kalau tak silap akulah, Prof Osman Bakar ni penulis buku TAUHID DAN SAINS...sat nak check ( google )..
Betullah kan :). Buku Tauhid dan Sains ni lah yang sangat membantu aku masa aku sambung Master dulu, ceritanya? Panjang....( tapi rasa nak kena cerita ).... so aku pendekkan, kisahnya, Sains yang aku pelajari di zaman sekolah dulu, adalah sains yang - bagi aku tidak bertuhan ( tak taulah kenapa aku pandang mcm tu, cuba korang pikir sendiri, so masa Master aku sempat mendalami banyak perkara tentang ILMU & KEILMUAN, aku jugak jem teruk semasa nak mendalami Master ni sebab dalam masa yang sama, spiritual aku membawa aku ke ALAM TAUHID.... (jadi pemahaman sains tanpa tuhan sepertimana yang dalam minda aku perlu dirombak untuk dibawa kepada sains yang bertuhan? Mcm tak tepat je ayat kan.... Ahli Falsafah zaman Descartes yang membawa kajian dalam bentuk fizikal ( dunia nampak )..... dan sains era ni lah yang aku warisi sepanjang aku belajar sains di sekolah dulu...ia tak mengaitkan sains dengan KETUHANAN atau pun TAUHID.
Saper yang paham just paham lah, saper yang tak paham tapi nak paham akan bertanya, sapa yang rasa tak paham dan tak valid langsung untuk dipahami - memang bacaan mcm ni bukan untuk korang lah senang ceritanya.
So aku dah pendekkan cerita yang panjang tu. Aku takmau cerita benda falsafah yang dah aku lalui dulu tu panjang-panjang. So kita beralih cerita kepada buku TAO TE CHING. Buku ni dah lama aku 'ushar' tapi aku takmau miliki sesuatu sebelum masanya. Aku tak mengenal Lao Tzu melalui Lao Tzu, tetapi aku mengenali Lao Tzu melalui cerita-cerita orang lain, melalui OSHO contohnya. Korang kenal tak OSHO? Nanti kalau Google dah pulak rasa saper la OSHO ni, sesat ke malaun pulak.....kalau korang jenis yang scared-scared lebih baik jangan dalami, bagi yang ingin memahami benar hidup ( YE KE? KE HIDUP YANG MENGREQUIRE korang untuk paham hidup, so ia menolak kita kepada satu stage hidup yang mau tak mau perlu fahami, lalu kita pun berjalanlah atas perjalanan DIRI kita sendiri.
Buku Tao Te Ching ni dah sampai, sebenarnya sejujurnya, aku tak paham sangat Lao Tzu ni, sebab orangnya macam magik sikit, kejap ye, sebelum aku sambung tulis aku nak baca sikit buku ni.... aku tulis skitlah yang aku baca ni yang aku rasa mcm menarik:
- Lao Zi juga hidup sezaman dengan Siddhartha Gautama Buddha yang dilahirkan di benua kecil India pada sekitar tahun 560 sebelum Masihi. ( ooo sezaman rupanya, ia memberi aku sedikit insight yang aku tak boleh nak cerita, cuma aku tetibe cam paham kenapa ajaran buddha berlangsung dengan bahasa yang begitu, seolah-olah bahasa Lao Zi ni jugak.
- Dari segi umur Lao Zi dianggap lebih tua daripada Confucius. Confucius merupakan seorang lagi tokoh bijaksana blablablabla ( OK aku tak minat Confucius, malah pada pendapat aku ajaran Lao Zi seolah setentang dengan Confucius). Ok sambung - Confucius mengumpamakan Lao Zi sebagai seekor naga yang berjaya merentasi angin dan awan sehingga menembusi langit syurga...( hahahah terus aku terbayang cerita-cerita cina yang aku suka tengok masa zaman sekolah dulu-dulu, ada dewa-dewa, naga apa bagai mesti ada langit-langit syurgawi dan sebagainya).
Ok stop kejap ye.
Aku tengah minum ni hehe - kakak aku yang lagi sorang bagi... benda apa ni ye, benda ni :
Jap aku upload sesuatu, aku main bukak2 je buku ni, dan aku harap buku ni sampai pada masanya untuk aku, seriously aku seorang yang takut dengan bahan bacaan yang berat sebab ujiannya jua berat, selalunya bahan bacaan yang aku tengah baca akan setimpal dengan ujian yang datang, apatah lagi karya-karya agung yang dibaca, selalunya datang sebagai panduan untuk sesuatu.
bersambung pada posting seterusnya..... Grey's Anatomy: Konflik Career & Relationship
Comments