Grey's Anatomy: Konflik Career & Relationship
Seriously sebenarnya aku nak tido, haha, tapi aku kene tulis jugak benda ni rasanya.....ok posting ni bersambung daripada Tao Te Ching .
Aku terasa dengan Kata-kata Lao Tzu dalam petikan ni:
Perlakuan meneliti hal yang halus-halus dipanggil "kebijaksanaan". Barang siapa memanfaatkan cahaya Tao, dia akan kembali kepada kebijaksanaan. Dia tidak akan mencampakkan dirinya ke dalam kebinaasaan......< ayat last ni tikam aku kuat...... setiap buku yang datang pasti datang membawa mesej tertentu kepada hidup aku, aku sesungguhnya bukan seekor keldai yang membawa timbunan buku-buku sebagai perhiasan, buku ialah -- HAHA, okeh stop being that damn serious jie ---hahahah oke oke...
Kita tulis santai ja ni. Aku mengenal perkataan 'KEBIJAKSANAAN' daripada hadith ni: ( Aku cube google tapi aku tak dapat yang tepat masa yang aku amati berbelas tahun lepas - ORANG YANG BIJAKSANA MENGIKUT TAKRIFAN NABI MUHAMMAD SAW adalah orang yang ( MENGINGATI KEMATIAN ). Aku tak tahu kenapa aku dipanggil kepada daerah-daerah spiritual di saat umo aku dalam 20an macam tu. Saat orang baru nak up dengan dunia, nak kerja nak kahwin, tetapi hati aku telah pun mendesak aku dan aku tak perlulah cerita kan, kita tulis straight ja malam ni sebab aku serius nak tido guys, tapi aku kena buat benda ni jugak.
Aku tak tahu kenapa aku cenderung pikir tentang kehidupan masa aku 20an, serius aku tak tahu, kemungkinan aku dah matang? Amzar datang kepada kehidupan aku dan mengingatkan aku masa aku 20an dulu, kemungkinan aku dah matang dalam sesuatu yang akhirnya memindahkan aku untuk mematangkan aku pulak dalam perihal spiritual? Aku rasa ( guys aku tengah menitiskan air mata ni sambil layan lagu perfect, rasa pedih, ni perihal Justin Nicolai ). So kesimpulannya aku tak tahu nak jawab dulu-dulu sampai sekarang kenapa aku banyak sangat pikir tentang KEHIDUPAN.
Jab nak kira. Aku rasa ni findings aku tentang word KEHIDUPAN dan definisinya setelah 13 tahun berjuang dengan macam-macam yang sukar untuk aku tuliskan dalam penulisan. Dulu, KEHIDUPAN ( 13 years back hanyalah membawa 2 maksud untuk aku = KERJA & KAHWIN ( CAREER & RELATIONSHIP ).... Kita pakai terms CAREER & RELATIONSHIP la eh sebab definisinya akan jadi lebih tepat dan lebih menyeluruh berbanding ( kerja & kawen )..
Aku pendekkkan cerita yang panjang eh, CAREER & RELATIONSHIP ni sebagai seorang perempuanlah, cerita Greys Anatomy sangat satu cerita yang mengenengahkan banyak konflik-konflik KEHIDUPAN ( pada definisi CAREER & RELATIONSHIP ).
Yay Grey's Anatomy karya-karya Shonda Rhimes, Shonda ni macam feminist skit bukan macam la memang feminist. Konflik feminism aku dah lama setel bila entah dan kemudian banyak konflik-konflik lain yang aku tamatkan. Dan setelah aku memahami kehidupan ( yang dahulu aku paham as CAREER & RELATIONSHIP), sebagai KEHIDUPAN ( oke kita BOLD ) < bold ade garis tu...( APER YANG AKU PAHAM TENTANG WORD KEHIDUPAN sekarang? cuba jawab)....cuba tulis...
Guys, KEHIDUPAN ni sebenarnya TAKDAK APA. EMPTINESS. ( mata aku kerling ke buku Tao Te Ching) yang kat sebelah kiri aku ni. Nak aku quotes kan ke? Sebab tu aku takut dengan karya-karya Agung sebab ia ditulis daripada pemahaman HIDUP.
(Tulis pasai Lao Tzu tapi dok layan lagu Perfect apelah jie ???? - hahha, sat la nak upload quotes kan. Nanti ada masa aku tulis pasai Justin Nicolai ya, seseorang yang Allah hadirkan untuk aku paham Relationship, tapi akhirnya relationship pun bukan sesuatu yang aku cari sebenarnya??? what? bengang dengan penemuan haha, oke-oke aku upload dulu quotes ni -
Buku Tao Te Ching ni tak akan sampai kepada aku sebelum masanya aku pasti. Dalam mengerti hidup aku pernah mengalami - Nothingness. Dan aku cakap pada guru aku, saya paham Nothingness.....-'Emptiness Aszifa', balas guru aku. Aku pun paham ok aku tak paham lagi apa itu Emptiness serious.... sebab kalau korang search word emptiness definisinya macam ni - pi lah google sendiri kan - . Sampailah beberapa detak, aku diuji lagi dengan alam luar fikiran, yang sukar untuk aku zahirkan perasaan dan ceritanya, word (emptiness) ni seolah-olah datang mendekati aku untuk aku fahaminya dengan PERASAAN. Dan ia hampir sepertimana yang diperkatakan oleh LAO TZU..
Aku sebenarnya taknak paham emptiness. Setelah banyak sangat ujian demi ujian demi memahami KEHIDUPAN, aku jadi takut ( seriously ), tetapi KEHIDUPAN tetap membawa kita untuk mengalami pelbagai proses hidup yang membuatkan aku rasa ye valid - EMPTINESS. So mudahnya KEHIDUPAN = EMPTINESS - ia bukan perihal CAREER & RELATIONSHIP seperti yang aku paham dulu. Dan pengalaman aku real as pemahaman hidup aku sendiri sebab tu aku berani tulis....kita tak boleh tulis sesuatu yang tidak kita alami, tidak kita pahami pada perasaaan < AKU LAH NI.
Dan semasa menulis ni mengingatkan aku AYAT YANG PUSH AKU KUAT SANGAT pada 13 tahun lepas adalah ayat ni :
Comments