Seorang Pengembara
Sedap tak dinner malam ni? Fish & Chips :P...
Aku nak jugak buh gamba aku gi watson hari sabtu lepas ,
Gi beli menda alah ni ..... :)... sebenarnya aku dah menulis hari sabtu haritu, 2 kali aku post semuanya hilang guys tak boleh save pun... so memang takde rezki la posting tu...
Okay, kita sambung menulis, mungkin daripada posting yang lepas? Ataupun bukan, aku pun tak pasti... namun kehidupan yang aku rasakan kini umpama hadis ni:
Tadaa, berjaya pasang lampu LED, menyala dah pun, umpama cahaya yang menerangi kegelapan, jom kita main bukak buku TAO TE CHING, tengok dapat bacaan apa:
"Ramai manusia hidup bahagia sekali, seolah-olah sedang kenduri-kendara. Seolah-olah mereka naik ke menara tinggi semasa musim bunga.
Aku masih bersendiri, kesepian seperti menunggu firasat yang tidak kunjung tiba. Aku seperti anak kecil yang belum mahu tersenyum. Sungguh aku penat. Sepertinya aku tiada tempat untuk kembali. " - Tao Te Ching ms28.
Macam aku la tuh kot, masih menanti suatu pemahaman yang kejap tentang HIDUP. Apa yang terjadi kebelakangan ni seolah-olah mendesak aku untuk (delete pemahaman yang dahulu yang aku paham tentang HIDUP) dan menjadi aku yang kini, dengan pahaman yang TERKINI tentang HIDUP.
Comments