Menjadi Hamba 2
Sambungan daripada posting: Menjadi Hamba
"Kau gile ke mintak doa jadi hamba" << aku teringat lagi kawan aku sound aku dulu. Hamba tu tau hamba, ujian berat kang..
"Ntah saya tak tahu sangat", tapi saya takde option lain dah...
Seriously. Aku ingat time tu, aku dah usaha mcm-mcm... tak work, dalam hati aku cuma, suruh mintak doa jadi hambaMU... tapi dalam diri mcm clash, ada satu part taknak, taknak, degil. Tapi dah semua option mcm stuck je, aku pun.......... ter rebah jugak........Aku pohon dengan penuh rendah diri............Jadikan aku hambaMU. Then terus, Allah bukak, pintu demi pintu....... ada jugaklah jalan rezki aku. Tapi bukanlah semua Allah bukak, lepas tu lagi ridiculous lah ujian-ujiannya...sampai naik pinau.... memang orang-orang ketuhanan ja yang paham.
Takpelah kan, x yah cakap la bab tu..........meh kita ckp bab menjadi khalifah. Khalifah ni sebenarnya tak terpisah pun drp hamba... orang cakap Khalifah berjiwa hamba. Khalifah ni pemimpinlah. Aku bab hamba pun aku mcm sereyau, bab khalifah aku lari terusssss hahaha.... tak ke korang takut pabila ayat dia mcm ni:
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya (ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah Al-Ahzab, ayat 72)
Aku dulu-dulu asal baca ja ayat ni, rasa nak tutup buku..hehe, aku Takut..korang tak takut ke.... muahahhee please la nak tulis ni pun aku takut lagi. Bab-bab amanah dan tanggungjawab ni, sedangkan tanggungjawab pada diri pun aduhai, inikan pulak nak pimpin orang ( so aku ambik ayat tu utk pimpin diri aku je)... aku suke lari ja daripada memimpin...dah la klau jadi leader tu bz je dengan orang, masalah orang lagi ( hehe ) byk nyelah aku bebel.... ( dah betul kot camtu kot aku rasa).
Sampai takde masa untuk diri sendiri. Nak jugak masa untuk diri sendiri.... dan lama dah aku dapat masa untuk diri aku, untuk aku pondering, utk aku uzlah, untuk aku cari ilmu, semua utk AKU dan untuk mengenal aku....... senang. Cumanya lah, yang aku paham, orang yang dikenakan perjalanan mcm ni, selepas satu moment, salunya akan diberi jugak tanggungjawab tertentu dengan manusia, di sinilah kita pakai Terms Khalifah..
So aku pun takleh buat ape lah. Dah tiba masanya aku pulang kepada manusia. ( sebelum ni pun aku dok dengan manusialah , bukanlah aku ni dok dalam gua mcm pemuda Al-Kahfi pulak )... cuma terhadlah. Masa aku banyaknya hanyalah untuk pembinaan kerohanian aku sendiri. Dan please korang semua janganlah tanya, perlukah pengasingan diri?
Secara ilmu, salah kalau korang paham untuk mendekatkan diri kepada tuhan, kita perlu masuk gua. NO! Manusia tu perlu seimbang. Tapi kadangkala, perjalanan kita Allah bentuk begitu... so sebaiknya janganlah paham bukan-bukan. Cuma berserah diri kepada Allah bulat-bulat sahaja, dalam pembetukan jalan mana yang terbaik utk diri kita, yang sesuai utk diri kita.......Allah tahu. Dan sekiranya pengasingan diri itu perlu berlaku, maka, Allah akan bagi 'sign', Allah akan bagi ujian.... bila pintu-pintu lain Allah tutup, memangla mula-mula rasa nak nangis, tapi tu peluang sebenarnya tu, selagi pintu luaran tak dibuka, korang dok lah dalam gua tu, berenang lah masuk lah ke dalam dasar lautan mana pun, tu memang rezki korang lah tu.Belajar bab dalam-dalam diri. Dan Allah akan bagi keluar kepada manusia tu mengikut fasa... Allah akan temukan dengan guru yang sesuai ikut fasa, jangan risau...semua tu akan jadi sendiri, kalau korang memang dah terpilih untuk itu.
Please lah bab diri, hanya Guru yang Arif boleh menguruskannya. Dan para Guru yang Arif pun akan cakap, yang sebenar-benar Guru itu adalah ALLAH. Sebab tu bab2 kerohanian aku pun tak cakap banyak, clue luar-luar boleh lah. Kalau korang terkena bab2 ni, Allah sendiri yang akan latih. Allah sendiri yang akan pilih guru yang sesuai, semua pun ALLAH lah. Bila bicara bab Allah, ia bukan ilmu... Jiwa para sufi, bukan ilmu, namun perasaannya dengan ALLAH. Dan bukan semua orang boleh bawa jalan ni. Aku doakan, untuk korang semua jalan yang terbaik ya... Aku selalu doakan ya, sebab aku paling suka melihat orang ada hubungan yang baik dengan Allah. :PPPPP
*aku mark sikit di sini, jangan konfuse ya jalan kesufian, dengan masalah psycology. Kalau ada masalah psycology, tu memang kena check dan berubat secara psycology.... perlu bounce back kepada manusia, jangan menyendiri, tu kena usaha cara lain tu.
*dan bagi mereka yang *sakit mcm2.... teruskan proses healing ( korang yg alami, korang akan paham apa maksud aku)....
Ya Allah susahnya lah tulis posting ni kan, harap dibaca oleh orang yang betul dan dengan pemahaman yang betul. Jangan la salah paham apa yang aku tulis ni huhu....
Post Seterusnya: Menjadi Khalifah