Rahasia didalamnya Rahasia.
Sambungan daripada Posting: P E L I K !
Pelik, aper yang pelik?
Hehe.
Pelik dia tu sangat-sangatlah pelik, sampailah aku menerima aku ni dah pelik. Then aku pun email seorang pengarang kitab sufi, boleh google kitab ni - Kitab Kebenaran Hakiki. Dan aku ceritakan pengalaman-pengalaman so called "pelik" aku tu. Dan disahihkan olehnya, macam perjalanan awal diri beliau jugak. So aku sedikit lega. Dan kemudian, aku teruskan sahaja, pelayaran jiwaku ini, dalam alam-alam yang diperkenalkanNya kepada diriku ini.
Pelik tu tak payah cerita lah. Pelayaran diri hanyalah memerlukan kekuatan sepenuh kekuatan daripada Allah SWT. Hanya Dialah tempat bergantung harap. Serapuh-rapuh semangat yang rasa ingin patah, hanya dialah yang mematerinya semula, sehingga tiada rapuh lagi. Sehingga kuat, tanpa lebur, MARA..........Demi CINTA!
Dan aku cakap ni sungguh, Aku tak tipu. Tapi orang yang sebarangan mesti akan cakap, BETUL KE? Suka hatilah. Betul tak betul tu pengalaman aku. HUHU. Yang Paham memang paham. Sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betina hahaha betul ke peribahasa tu...Betullah, kita yang MENGENAL akan saling MENGENAL jua. DemiNYA.
Dan selepas tu, aku terus menjalani kehidupan yang pelik-pelik, dan jumpa orang yang pelik-pelik jugak, sampai aku rasa tak pelik dah. Insyaallah aku paham apa yang melandai aku itu. Dan kini, aku okay. Okay bermaksud, dah boleh stabil, dah boleh membahagikan setakat mana perlunya keperluan terhadap ilmu terhadap seseorang. Setiap orang tak sama tho. Sangat tidaklah sama peringkat-peringkat ilmu dan hakikat yang perlu kita bawa. Dan bagi mereka yang mengalami apa yang aku alami, pasti tahu, bukan mudah untuk muncul semula hidup dengan manusia. Ada kehendak-kehendak kita, yang ingin saja menetap denganNYA. Namun hanya kepadanya, kita bermohon, untuk pulang sepulang-pulangnya.
Dan bab ini, janganlah kita berdebat. Simpanlah Rahsia sebagai Rahsia. Tiada gunanya kita berdebat panjang tentang perjalanan spiritual masing-masing. Kita dipertemukan dengan "macam-macam" untuk menanam, keimanan, begitupun ia tetap ujian. Hanyalah Allah, Allah, dan Allah yang menyelamatkan.
Semoga Tuhan, terus melindungi Rahsia-Rahsianya dan berkehendak kepada mereka yang berkehendak kepada DiriNya jua.
Dan jika korang semua macam aku, tak terpuaslah hati yang terdalam itu, hanya dengan sipinya dunia ini. Ketika orang lain bermain-main di dasar lautan, muncullah rasa daripada hati kita sendiri, untuk menyelam sehingga lebih dalam, dan dalam lagi. Lalu turutilah langkah-langkahmu wahai Sang Pencari, kerana sesungguhnya engkau itu diberkati!
Khayalan? Ini bukan khayalan. Yang dunia ini, yang fizikal inilah khayalan bagi kami yang MENGENAL. Dan tidaklah kami mengaku kami ini MENGENAL untuk menunjuk-nunjuk, tetapi kami juga ingin membenarkan orang-orang yang seperti kami, yang bakal "dicarinya". Jika bukan kami ini, membuka seribu jalan kepada mereka, membenarkan pengalaman mereka, maka sunyilah mereka itu dalam alam "pencariannya".
Kewujudan tokoh-tokoh sepertinya Maulana Rumi, Imamnya Al-Ghazali dan pelbagai lagi tokoh-tokoh termasuklah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani itu menjadi pendokong-pendokong pembuka jalan kepada kami. Dan kepada mereka yang bakal melalui apa yang aku telah melaluinya, aku tinggalkan hanya satu pesanan - TERUSKAN! Teruskan melangkah, dengan namanya hanya ALLAH. Ku tinggalkan warkah-warkah ini, agar dijumpai mereka, yang bakal diberkati. Tidak ingin aku melihat mereka, bersimpang siur menanyakan apa yang orang di dasar itu gagal mengerti, apa yang telah mereka itu mengerti, dan apabila kita pulang ke dasar jua. Tutuplah rahasia itu sedalam-dalamnya rahasia.
Bagi yang punya guru, Guru-Guru kami itu kami berkati. Samada daripada alam mana pun kita, kita ini SATU. Terima kasih Guru-Guruku. Baktimu tidak akan ku lupai jua. Kasih sayang kita tetap menyatu buat selama-lamanya.