top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

aszifaris

P E L I K !

Sambungan daripada Posting: Kehendak Mengenal Tuhan


Kehendak mengenal Tuhan. Aku ingat lagi waktu ni, inkuiri banyak, perasaan pun jadi bertambah INDAH. INDAHnya lah rasa nak bercinta dengan Allah ni. SANGAT. Kehendak itu sendiri "berputik" dengan IzinNya.


Cinta,

Ketika ia hadir,

Mewangi.

Aku sambut Ketentuanmu ini Ya Allah,

Marilah kita,

Bercinta.


Puisi. Haha, Puisi dulu-dulu lagi indahlah. Takkala kini aku mengenalMu wahai Pencipta, saat sukar sesukar manapun, jadi INDAH kerana Engkau Senantiasa Bersama. Pasangan? Bercinta?


Ah...


INDAH.


:P


Ape benda aku merepek. Haha. Jom..... Jom sambung cerita. Macam ni, mula-mula tu aku mcm takut sebab kecenderungan aku dengan perkara berkaitan HATI. Minat dan kecenderungan aku dengan perihal TASAWUF dan TAUHID, memuncak sepuncak-puncaknya. Ia sedikit sebanyak menjawab, mengapa aku punya perasaan masa 2007 tu mcm tu (tengok posting ni: Belajar Agama?.... ( masa ni, dah 2009 rasenya)....


Tasawuf sangatlah my favorite. Habis perihal-perihal hati aku baca, korek kitab, search engine semualah. Apa yang aku mampu. Sangat memberi rasa sedap pada hati aku. Tauhid lagi satu, bila baca tentang Nabi Ibrahim A.S di dalam Al-Quran tu ( aku rajin baca terjemahan Al-Quran time ni)...... terasa, terasa TAUHID. Rasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT bila ada TAUHID.


Dan kehendak hati aku makin meruncing. Boleh runtuh dah hati ni, rasa mcm perlu FULL TIME. Aku perlu pengisian yang PENUH. So lepas tu aku berenti kerja kat KL, aku sambung belajar, aku balik USM. Kat USM ni lah ( aku sambung master )....... bermulanya satu perjalanan yang PELIK. So called " P E L I K ".







bottom of page