top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

aszifaris

Menulis 2

Aku sambung balik posting ni daripada posting --> Menulis.


Rasa macam kenapa korang menulis eh? Zaman sekarang ni memang kebaboom belajar menulis untuk business< aku suke ulang kenyataan ni kan? huhu.


Ni sebab dah tepu belajar menulis ala bisness la ni, yang aku boleh menulis balik rasanya mcm daripada jiwa aku sendiri. Jiwa aku ni pun satu, dia tak boleh menulis kalau ada purpose... kalau ada tujuan dan objektif, dia hang... dia suka ikhlas dan jujur sahaja dalam penyampaian.


Sampai dah pening aku dgn Fb aku yang penuh dgn peniaga. Hihi... aku rasa mcm need a space sat, untuk aku selami balik jiwa aku sendiri. Berniaga tu tak salah, tapi andaikata dia penuh dengan manipulation, (hmm).


Tak salah untuk kita buat benda yang berjaya secara luaran, namun hati kita, jangan diabaikan.... ( ni hati dah rasa berat) hhuhuh. Kuat betui dalam merasa.


Malas nak cerita kan. Kita cerita benda lain. Kita cerita pasai dulu2 lah, kisah aku sambung master. Benda dah lepas, senang lagi nak cerita.


Masa tu aku rasa mcm dalam zaman degree aku, aku tak puas belajar kot? ( ye eh? hahah). Dak jugak. Tapi zaman degree banyak sangat dateline, demi dateline, demi dateline so kita perlu fast track semua benda, bila kerja, dateline lagi, fast track lagi. Bila semua benda fast track, dia akan mula rasa KEKANGAN jugak pada jiwa aku ni.


Kenape kalau scientist je perlu ada lab, mikroskop, dan mcm2 cecair ujikaji ( haha ). Tu belom lagi gamba pakai kot putih pakai google dok dalam makmal. Adoi. Tak mesti scientist is mcm tuh la gambarannya! ( saja merepek hahaha).


So aku pun decide sambung belajar tanpa dateline. Dan aku tak berniat belajar kerana sijil dah, untuk pekerjaan apatah lagi. Aku niat belajar sebab nak belajar je lah.... sebab enjoy belajar, dan takdirnya memang PUAS aku belajar ( hahahah), sampaikan skang klau nak bukak buku baca banyak2 pun dah tak boleh ( hahaha).


Yang aku nak sangat pada waktu tu adalah sebuah, LIBRARY, yang mana aku nak dok terperuk dalam tu dan baca buku. Aku dapat, alhamdulillah. Aku rasa hidup aku penuh dengan buku ja pada waktu tu, buku, kitab, kuliah, kuliah online semua aku sebat hari2 aku belajar ( hahahah). Belajar tanpa purpose ni best tau...best dan best SANGAT SANGAT !.


Dah kau takde purpose, camne kau belajar? untuk apa? dia takdak untuk apa2..dia gaya bebas, suka hati kau lah, bila , mcm mana dan bagaimana. Kalau ayat aku, belajar ikut gerak hati, ke mana kau di bawa, ke situ lah kau ikut. Senang ja, takde petua apa2..dia cuma jujur dengan hati nurani sendiri!.


Dahla, hati aku stop.!


Nanti sambung yeah...


:))))



bottom of page