top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

aszifaris

Menulis

Tu... aku rasa nak menulis lagi.... aku pun macam tak percaya aku boleh menulis balik dgn gaya informal yang mcm ni... entah berapa lama ia nak berkekalan, aku pun tak tau..... hmm dah ada RASA, buat je lah...




Bagi yang tak kenal aku, aku ni dulu blogger yang tak famous pun, tapi aku ada crowd aku sendiri yang selalu ikut blog. Aku tak suka ramai2 glamer2, aku suka crowd yang setia dan sentiasa willing untuk mengikut kronologi hidup aku... ( wa hahaha) .


Tapi zaman sekarang aku tengok, orang menulis untuk mendapat crowd yang ramai. Zaman business, business 1st and story is second... Sekarang gaya marketing ala PERSONAL STORY.


Dan jujurnya aku sedikit terkilan dengan cara yang macam tu...


Kalau dulu, bizz tu perlu besar2.. sekarang bizz ni bak kata Jack Ma, 30 thn akan datang, akan dimonopoli oleh syarikat-syarikat kecil ( pekerja 1 ke 30 orang ). Sejauh mana benar ramalan Jack Ma, tiada siapalah yang tahu, cuma betul lah kot, as rentak small bizz tu dah mula bermula, kita semua dah nampak, semakin ramai peniaga kecil-kecilan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.


Dan di situ jugaklah kot, antara asbab aku kembali, untuk Online Bizz. Buat seketika aku meninjau-ninjau alam online bizz ni, dan aku kena pantaula, kena test, kena mcm2 lah as aku dah lama tinggal arena tech ni... ( aku pun tak dapat bayangkan mcm mana orang mcm aku yang tak boleh hidup tanpa internet ni boleh meninggalkan social media dan blogging dan pelbagai lagi platform2 online ( termasuk jugaklah smart phone) untuk sekian lama ( hahahah ). Kuasa Tuhan, yang membawa aku, "sibuk" dengan sesuatu yang meng-require aku untuk left seketika...Wallahualam bissawab!


Aku ingat dulu aku menulis yang sekadar suka-suka.... lepas tu aku selalu blogging. Setiap hari aku tulis blog dalam 20 minit ke 2 jam... Bila aku kembali melihat realiti Online Bizz zaman sekarang, aku tengok, MENULIS tu sesuatu yang COMPULSORY, dan banyak kelas-kelas online di dalam negara dan di luar negara yang mengajar marketing ala -STORY-. < Benda ni buat aku merenung seketika, aku ni lebih daripada Storyteller dah aih, macam-macam cerita aku karang, tapi aku tak reti mcam mana nak mem-BIZZ kan story ahahah. Dasyat orang sekarang, story boleh jadi bisnes.


Aku pun ikuti jugakla kelas-kelas macam tu, sampai satu masa tu aku rasa cam, peliklah kenapa aku perlu belajar untuk - story. Sedangkan ia sesuatu yang begitu semulajadi kot dalam diri aku. Menulis pun sesuatu yang sangat semulajadi.... Menulis ni hanya memerlukan kita ada (emosi dan be expressive), tu saja, as simple as that. Dan gaya penulisan mcm ni, yang santai dan mcm caca merba ni paling aku suka, sebab paling senang nak jujur dan ikhlas dalam penulisan mcm ni. Penulisan tanpa grammar, tapi orang senang paham, tak payah edit susah-susah pun. Dan penulisan yang mcm ni, akan tarik audience yang tersendiri. Takde right or wrong, takkisah panjang ke pendek, maksud tersurat ke tersirat ka, perenggan lompat ka... sebabnya, sebab orang tu ikut kisah kita, so dia mesti akan paham punyalah. Kalau dia minat, dia paham, dia ikut. Kalau dia tak minat, tak paham, dia left. Semudah itu.


Tapi memanglah gaya penulisan untuk marketing, atau penulisan untuk artikel, atau penulisan untuk akademia, akan ada do's and don't's yang tersendiri. Thesis terutamanya, buat aku pening bukan dengan penyampaian isi dan makna, namun dengan do's and don't's and guideline and peraturan2 yang ketat blablabla pelbagai lah (huhuhu). Rasa gak serik nya lah aku nak menulis thesis ( tipu, tak serik pun, cuma lepas ni memang kene hire sendiri, tukang setting format, dan jugak editor untuk memperbetulkan penulisan tanpa grammar ( hahaha).


Bila aku terlibat lama dengan penulisan2 yang ada rules ni, aku jadi rindu yang amat untuk menulis tanpa rules semula, tapi masa tu tak sampai-sampai lagi, lama dah aku tunggu. Penulisan mcm ni takan boleh keluar andaikata hati aku tak mengizinkannya. Kalau rentak tu hilang, means dia hilang. Kalau takde ilham, means takde ilham. Tulisan mcm ni dia tak boleh di-buat-buat. Dia takde dateline.


( azan berkumandang, aku stop jab tulis ).


Tu azan dah stop, aku sambung balik ( huhu ).


Nak sambung apa rasa macam hati dah stop pulak. Bagaimana pun, tahniah kat diri aku, sebab ni 2nd post dah aku menulis yang just menulis ( aku suka mcm ni huhu). Dah la tu.



bottom of page