top of page
Our Recent Posts






Archive
Tags


Kematangan Diri
Allah memberikan kita pelbagai jenis ujian, semata-mata untuk mematangkan diri. Jangan berharap mudah hidup di dunia tanpa ujian. Hidup bukan begitu, Allah pasti menurunkan satu demi satu ujian sebagai medan peperangan yang akan mematangkan kehidupan.
aszifaris
Sep 16


Kehidupanku kini
Aku kini tunduk, Tunduk kepada Ilahi, Terasa mengapa aku harus menyusahkan diri, Berdiri dan bertarung melawan takdirku sendiri, Aku kini maju, Sebagai hamba Ilahi, Hanya menjadi diriku, Sebagaimana Allah ingin jadikan pada AKU.
aszifaris
Sep 15


Mencintaimu
Engkau, Bagai bintang di langit, Jauhhhh... Namun aku tetap setia di sini, Menyelang memanggil namamu ku seru, Di hati senantiasa ada dirimu, Engkau wahai kekasih hatiku.
aszifaris
Sep 15


Telah
Ya Allah, apa yang aku rasakan sekarang amat berlainan. Aku merasakan diriku bebas merdeka seperti hamba-hambaMu yang sudah mendahului. Terima kasih Ya Allah atas segala latihan yang Kau berikan. Ameen. Semoga esok aku lahir semula dalam rahim ibu yang rahmah... Kehadiran aku di dunia adalah untuk menyembah hanyaMU. Namun aku kelabu, dan Allah telah membawa aku kepada latihan demi latihan yang begitu menyakitkan diri. Namun segala latihan itu baik, malah sangat baik. Kadangka
aszifaris
Sep 15


Hamba yang Merdeka
Latihan demi latihan yang Aku berikan, engkau kini sudah pun MERDEKA wahai diri. Tiada lagi ikatan dengan mana-mana kepercayaan yang mengikat dirimu.
aszifaris
Sep 15


Aku yang Mengurungmu wahai diri
Engkau tidak dapat memahami apa maksudku wahai diri. Sesungguhnya aku mahu menenggelamkan segala sifat tamak dan halobamu akan dunia. Engkau bermandiri seorang diri, tanpa harta yang banyak. Segalanya aku padamkan...kini engkau tidak lagi haloba dan sering merasa "cukup". Jadi masanya aku melepaskanmu kepada dunia. Dunia kini akan berada dalam tanganmu dan bukan hatimu wahai diri.
aszifaris
Sep 15


Kehendak Diri
Berjalan terus diriku, Kau kini adalah Aku, Aku tidak akan mengurungmu lagi, Atas dasar cinta Engkau Aku kurung. Pergilah, Bebaskan kaki melangkah jauh, Kau akan Ku bekalkan dengan jawapan, Untuk mengisi pengetahuan. Pergi, pergilah, jauh melangkah selepas ini.
aszifaris
Sep 15


Allah
Berhenti mengejar fatamorgana. Ia tiada. Tiada apa-apa untuk dikejarkan. Yang ada cumalah DIRI. Dan diri yang menuju DIRI. SATU.
aszifaris
Sep 15


Kemampuan Diri
Allah SWT menciptakan kita untuk beribadah kepada-NYA. Dan apa sahaja perbuatan kita, lahir daripada Zat Allah. Kemungkinan kita tersilap langkah dalam pemahaman takdir itu tiada. SEMUA, semua perkara berlaku atas izin dan ketentuan-NYA.
aszifaris
Sep 15


KUAT
Jadilah orang yang KUAT, KUAT hati, KUAT budi, KUAT segalanya. Allah menyukai hamba yang KUAT. Laluilah ujian, sehingga dirimu menjadi KENTAL. Itu juga tujuan PENCIPTAAN. Mengharungi dan merentang arus bukan lagi pilihan. Jadilah seperti air sungai deras kadangkalanya, walaupun masih dalam arus namun gelombangnya DASYAT. Begitu jualah takdir dan hidup. GELOMBANG DASYAT itu membuatkan diri KUAT.
aszifaris
Sep 14
bottom of page
