Telah
Ya Allah, apa yang aku rasakan sekarang amat berlainan. Aku merasakan diriku bebas merdeka seperti hamba-hambaMu yang sudah mendahului. Terima kasih Ya Allah atas segala latihan yang Kau berikan. Ameen. Semoga esok aku lahir semula dalam rahim ibu yang rahmah...
Kehadiran aku di dunia adalah untuk menyembah hanyaMU. Namun aku kelabu, dan Allah telah membawa aku kepada latihan demi latihan yang begitu menyakitkan diri. Namun segala latihan itu baik, malah sangat baik. Kadangkala kita merasakan penderitaan, namun penderitaan itu hanyalah semata-mata sementara. Esok aku bakal lahir dalam keadaan yang lebih mulia. Terima kasih Ya Allah.
Keadaan diri yang sakit seringkali kelihatan sebagai tidak baik, namun tidak ada apa yang tidak baik pada mata Allah akan segala takdir yang ditakdirkan berlaku. Redhalah diri. Semoga semua manusia redha dgn takdir alam dunia yang sementara ini.
Kehidupan menjadi sakit kerana diri tidak memahami derita itu bahagia. Namun setelah semuanya diperjelaskan, berlakulah pemahaman hati dan minda. Semoga Allah senantiasa membimbing. Ameen.








Comments