top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

SENDUDUK PUTIH-LAMBANG PUTIH

Hati yang bersih itu merupakan sesuatu yang AGONG, keagungan itulah yang perlu pulang dalam setiap lambang-lambang putih dalam alam MELAYU. Kehidupan kita tidak boleh mempersoalkan tentang lambang yang diperletakkan tuhan melainkan kitalah yang perlu terus membimbing manusia untuk memahami lambang. Kehidupan ini penuh dengan perlambangan yang andai kita gagal pahami, maka kitalah yang rugi. Sia-sia satu kehidupan yang gagal memajukan dirinya dalam perlambangan yang Allah "JATUHKAN" pada mata BATIN. Sir itu perlu kita -gali juga -akhirnya. Pada yang memandang dengan mata jati maka nampaklah khasiat demi khasiat alam melayu yang memunculkan dirinya kepada kita. Ia bukan pokok semata-mata melainkan lambang yang perlu kita pahami keghaibannya. KESIHATAN DIRI seorang perempuan berada pada keperempuanan semangat putih yang muncul daripada cahaya putih -perempuan. Di hati seorang perempuan itu ada rahsia yang ditanam untuk digali seorang -lelaki. Jika kita melihat dengan matahati, keputihan itu wujud dalam cahaya nurani seorang ibu, yang melahirkan jutaan CAHAYA yang memayungi bumi. Ke-IBU-an akar senduduk putih itu jika kita rebus akarnya, maka cerahlah mata seorang yang buta, katanya khasiat itu sampai boleh membaca akan keahlian makrifah yang cerah lagi bernilai -galiannya. Kehidupan kita membuatkan kita telah pun membaca banyak kalimah-kalimah zahir yang membuatkan kita kepeningan di alam zahir, di saat muncul kalimah-kalimah putih daripada nurani kita, di situlah IBU kepada KEPIMPINAN KEPEREMPUANAN DIRI. Jadikan hati kita ini putih, sepertinya cahaya yang memayungi bumi andaikata kita itu ingin membuatkan semua orang jatuh hati kepada kita. Pelaris kebumian ini bukan bersifat pada yang tidak menemui sifat pada hatinya. Kalam kita tidak mewujudkan kehidupan kepada bunga senduduk sebagai pelaris diri, melainkan bunga itu lambang seorang perempuan yang suci hatinya. Malahan kita tidak dapat mentelaah rahsia alam ghaib jika mata hati kita tidak suci. Penyucian jiwa dilatih dengan zikir kalam dan setiap kalam mengandungi hikmah yang kita payung dengan zikir alam suci, seperti kalimah diri mas'ud yang ditanam dalam sanubari yang perlu digali di dalam hati kita. Semakin kita berzikir, maka semakin ter-keluarlah ke-ajaiban diri kita itu. Katakanlah sebutan yang kita sebut itu tidak memberi makna kepada hati, manakan perkataan yang tidak memberi makna kepada hati, sedangkan pabila kita sayang kepada diri, kesayangan orang yang kita sayang itu merasai kita akan patah kata "SAYANG" itu pada jiwa kita bukan? Hidupkanlah zikir beserta pemahaman jiwa akan maksud rasa. Ia akan menghidupkan semua KEHIDUPAN HATI kita. PERCAYAILAH KAMI APABILA KAMI MENGATAKAN HANYA DENGAN ZIKIR MELALUI PENELITIAN RASA ITU AKAN MENGEMBALIKAN KITA KEPADA HAK KEMELAYUAN KITA. Zikir bukanlah satu kata-kata palsu pada bibir, melainkan kita merasakan. Rasa itulah kata kunci kepada alam kebatinan. Kata-kata palsu yang kita ucapkan bukanlah zikir, melainkan kalimah TAUHID itu semuanya bermula daripada PERASAAN.


Kata-kata kami ini haruslah dipercayai bagi yang terpilih untuk HAK MELAYU itu pulang kepada bangsanya. DIRI kita inilah INSAN yang perlu dihidupkan KEINSANANnya itu. Kita punya sudut-sudut haiwan yang kita perlu latih dengan KERAS HAIWAN ITU! Janganlah haiwan itu membuatkan kita terbujuk rayu akan perasaan kita yang sering ingin berseronok semata-mata kepada apa pun nikmat dunia. Tidak diteguk air melainkan merasa dahaga, janganlah tertipu dengan kata-kata untuk merasa itu menjadi terlalu sukar, melainkan kita semua merasa apa pun di sekeliling kita. ILMU YANG TINGGI, adalah untuk kita pelajari, bukan untuk kita pelepasi sahaja dengan alasan - IA TERLALU TINGGI, tidak bersesuai dengan kalimah TAUHID yang kita ucapkan itu andaikata semangat kita adalah kebodohan diri. Pabila disebut kebodohan, ia ada pada jiwa seni yang tidak membangkitkan kesenian jiwanya itu melainkan diberikanlah seribu alasan untuk tidak mengerjakan kerja-kerja yang berat untuk merasakan ringan hidup. Tidaklah ringan hidup ini andai kemalasan itu merajai diri kita haiwan~...Haiwan tidak perlu bekerja, kita manusia mengikut resmi usaha diri yang perlu diusahakan pada diri kita nama-NYA. Jika kita ini senantiasa ingin duduk bersenang-senang, apa pun tiadalah kita punya melainkan kita hanya punya maksiat dalam apa pun yang kita lakukan, terpaksalah kita memaksa dulu haiwani kita itu tumpas dalam tindakan ilmiah dengan menuntut ilmu-ilmu syariat tentang bagaimana menundukkan nafsu malas haiwan hidup itu dalam diri kita. Tunduknya nafsu itulah satu keperluan kepada keilmuan leluhur bangsa melayu, dan ini adalah apa yang kami sebut sebagai kata-kata yang membantu manusia MEMBANGUN DIRINYA -sebagai YANG TERPILIH~, YANG TERPILIH itu pastilah yang terdidik haiwannya. Haiwan itu perlu kita didik terlebih dahulu sebelum mengambil keilmuan leluhur bangsa melayu. Ilmu bagi mereka yang layak menundukkan haiwan itu, perlulah diselami -taksiran-taksiran lama mengenai ilmuan yang layak membimbing bab hati.



Comments


bottom of page