top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

Senduduk

Pokok itu menjadi satu kegemaran di bumi Melayu dahulunya - ia baik untuk perempuan. Jika kami membukakan rahsia kegemilangan Melayu lama akan perubahan demi perubahan yang berlaku kerana bezanya jurang perubatan Melayu dan modernisasi itu, maka berpihaklah jiwa kita semua kepada yang asal kepada perubatan itu malah tidak ingin lagi kita melihat diri kita dijajah oleh yang membuatkan kita lupa kepada YANG ASAL diri kita. Membahagikan beberapa wajah yang perlu disuarakan kembali kepada Alam Melayu ini membuatkan kami membuka juga beberapa lembaran mengenai dunia perubatan melayu yang telah berabad lama bangun dalam membersihkan jiwa. Dikatakan senduduk itu punya warnanya dan ia adalah yang terbaik daripada kalangan puteri-puteri yang menjagai jiwa seperti SENDUDUK PUTIH. Kemegahan dunia perubatan moden hanya sesuatu yang -digahkan namun penawar bagi jiwa kita adalah seni perubatan melayu. Jiwa kita seiring dengan apa yang sering muncul daripada alam yang sesuai dengan kebangkitan leluhur kita di dalam generasi kini. Maka kami bawakan semula penghidupan ruh daripada perubatan seni yang sudah wujud dalam diri kebanyakan manusia yang telah diturunkan temurunnya keilmuan leluhur perubatan melayu.


Di dalam perubatan moden, kita tidak menyangkal tentang kehebatan teknologi dalam membantu perubahan kesihatan tubuh manusia, yang kita benar-benar inginkan adalah kesihatan tubuh itu akhir-nya membawa kepada kebangkitan nurani. Tubuh kita boleh menerima kesan PERUBATAN MELAYU itu sehingga menghidupkan jiwa kita, MELAYU~, di sini kami sertakan gambar senduduk putih yang beraura Melayu. Kami ini tidaklah ingin membawa masyarakat kita memperoleh kejumudan kepada teknologi namun kitalah yang akan mengisi semula kejiwaan dalam membangunkan jiwa anak bangsa kita! Kami bukanlah ingin berbangga dengan keilmuan melayu, tanpa menjelaskan tentang sains, namun sains inilah yang membuatkan kita menjadikan pemikiran sebagai tuhan dan tuhan itu bukan sains, yang menjadikan sains itu adalah PENCIPTA, sesuai dengan arus kemodenan yang bergerak di dalam masyarakat melayu kita. Kita ini tidaklah jumud, kita ingin membangun semula KEJIWAAN~ tidaklah kita meninggalkan pusaka bangsa kita itu menjadi satu MIMPI yang berterbangan tanpa aplikasinya. Kejiwaan inilah yang membawa hati kita HIDUP untuk terus menjalankan kehidupan yang berorientasikan ALLAH di dalam jiwa yang hidup! Kami bawakan keilmuan ini semula kepada masyarakat yang ingin kami didik kejiwaannya, demi kemandirian kita di dalam mempertahankan bangsa muda kita yang kian susut kejiwaannya kepada yang dikatakan KEILMUAN LELUHUR BANGSA MELAYU. Kita inilah yang tinggal wahai bangsaku~ titipkanlah kejiwaan kita pulang kepada bangsa melayu kita!Kami akan tebarkan satu persatu kejiwaan yang wujud di dalam SENDUDUK PUTIH yang kami tinggalkan perwarisannya nanti untuk sekalian Melayu yang jiwa - nya jatuh kepada PERUBATAN ALAM MELAYU. Kamilah yang perlu menceritakan, di saat kegemilangan kita akan perubatan melayu ini masyarakat tidaklah melupakan KEJIWAAN yang perlu dihidupkan semula itu pada setiap diri dan diri yang kita temui dalam masyarakat melayu. Kejiwaan ini tidak akan tumbuh jika kita sering menganggap remeh perubatan turun temurun yang wujud daripada leluhur kita sendiri. Keilmuan ini TINGGI jiwanya, merasuk setiap diri yang boleh merasa akan kewujudan yang telah wujud di alam melayu baru. Ketinggian ilmu ini bukanlah membuatkan kita menjadi susuk yang termaktub kepada penolakan akan kejiwaan yang hanya membuatkan kita tercari-cari akan punca kejiwaan melayu kita, tetapi ketinggian ilmu ini untuk kita bergerak maju terus untuk mempelajarinya. Kami akan menjurus terus kepada yang layak memiliki ilmu ini nanti akan bagaimana membuatkan kejiwaan itu terus wujud pada kejiwaan kita sendiri. Pabila keadaan ini berlaku, maka berpusatlah segala diri kepada diri itu sendiri yang membuatkan tubuh kita makin muda dirinya, makin laku dirinya, makin sihat jiwanya, makin segar pemerhatiannya, makin lembut nuraninya. Keinsafan ini perlulah wujud pada generasi kini, kerana kitalah yang tinggal untuk terus memelihara pusaka diri ilmu yang didirikan daripada kerajaan nama-NYA.



Senduduk Putih - Berkatilah rahmat Allah di alamnya MELAYU. Keindahan hati seorang Melayu, perlulah suci bersih hakikatnya, kami berlindung kepadaMu Ya Allah daripada sebarang kejahatan orang yang ingin menculik ilmu pusaka leluhur bangsa kami. Kembalikanlah kesejahteraan awal buat pemilik leluhur yang perlu dikembalikan hakikatnya ini.



Comments


bottom of page