Self-Love
Loving yourself is hard huh? Bagi aku ya, susah.... kita mengenal erti self-love itu dengan terlebih dahulu mencintai orang lain dan kemudian terluka, kerana kita menyedari sedalam mana pun cinta kita terhadap orang lain, ia tidak akan mampu memenuhi cinta yang abadi kepada diri sendiri. Dahulunya, aku tak percaya kepada Self-Love, terasa seperti ia cuma ungkapan yang terjaja di bibir tentang mencintai diri sendiri...., tetapi akhirnya aku belajar untuk mencintai diriku sendiri, apabila ....?
Apabila dilukai. Bukan kerana orangnya, bukan kerana situasinya, namun kerana pemahaman, yang tidak mungkin, seseorang boleh mencintai kita sepertinya kita boleh mencintai diri kita sendiri. Mencintai diri sendiri, berbuat baik kepada diri sendiri, memahami diri sendiri. Akhirnya, hanya tinggal DIRI kepada DIRI itu sendiri untuk dicintai, untuk dibuat baik, untuk difahami. Kita sepertinya mahukan hal-hal itu daripada orang lain, namun mengertilah, hanya DIRI kita yang perlu kita cintai, DIRI kita untuk kita berbuat baik padanya, DIRI kita untuk kita fahami sendiri....semua itu bukan daripada ORANG LAIN.
Kita tidak menolak cinta orang lain kepada diri kita, tidak menolak perbuatan baik orang lain kepada kita, tidak juga menolak seseorang yang memahami kita, tetapi kita tidak boleh MEMINTA ia daripada orang lain. Ketika MEMINTA orang lain mencintai kita, berbuat baik kepada kita, memahami diri kita, di situlah DETAK aku fahami SELF-LOVE. Owh, rupanya SELF LOVE ini sememangnya wujud. Ia adalah keprihatinan kita kepada DIRI KITA SENDIRI.
Comments