top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

Perwarisan Keturunan

Mata hati itulah yang diperlukan dalam perjuangan menghadapi kenyataan hidup. Kehidupan yang berlaku adalah satu ketaatan kepada YANG ESA. Perjalanan diri setiap manusia itu berbeda mengikut keadaan dan sifat seseorang. Terjalinlah kasih sayang melalui perjalanan ketuhanan di awalnya bagi mereka yang meniti jalan menyendiri. Sifat yang menyendiri ini terjadi dengan sendirinya bagi JIWA yang tersendiri. Ia bagi mereka yang mudah menyelami sifat ketuhanan pada diri yang SUNYI.


Pemergian melayarkan diri dalam keadaan yang SUNYI itu membawa diri jauh daripada manusia lainnya. Tersemat pada jiwa hamba itu pemulangan yang ingin membawa sesuatu kepada manusia. Perjalanan dirinya itu membawa rahmat kepada SERIBU manusia lain yang jauh daripadanya. Tersemat perjalanan ini kerana dirinya dipanggil pulang pada usia yang begitu jauh muda daripada masyarakatnya. Dan panggilan itu disahut dirinya demi satu KEMESTIAN pada jiwa yang dipanggil PULANG.


Pemulangan DIRI kepada YANG ESA itu menjadikan dirinya RAPUH. Rapuh apabila PERKAHWINAN itu kini mengembalikan diri kepada TUANNYA. Dirinya menjadi rapuh dengan kehidupan berpasangan. Diri itu sudah biasa bersendiri. Diri itu telah biasa mengungkapkan kesedihan hati hanya pada YANG ESA. Jatuh segala air mata diri hanya DEMI-NYA. Gagal difahami perasaan seorang anak muda jati yang mengembalikan dirinya hanya kepada KEESAAN. Punah dirinya. KEESAAN itu sememangnya memakan diri sendiri. Demi satu pengalaman yang tidak dapat dihuraikan maksudnya pun.


Pemergian kepada kepulangan diri kepada KEESAAN itu hanyalah satu manifestasi diri untuk merasa TAUHID. Keesaan tidak dapat diterangkan pada patah kata, melainkan pengalaman itu hadir pada RASA. TAUHID yang benar itu perlu dirasa. Ia ada pada RASA JIWA. Kebangkitan seorang anak muda di dalam Tauhid itu adalah takdir untuk membangkitkan CINTA pada generasi baru yang akan datang dengan lebih mulia. Kecintaan itu perlu wujud dalam generasi sekarang, demi kelahiran generasi muka yang lebih MATANG TAUHIDNYA. Kenikmatan TAUHID itu adalah PELAYARAN SEMPURNA DIRI.


Jalan Perkahwinan itu perlu dilalui, untuk melahirkan generasi muka yang mewarisi TAUHID itu daripada ibu-NYA sendiri. Keibuan itu adalah satu sifat yang menurunkan sifat kepada yang seterus-nya. Yang seterusnya itu perlu melalui kembali perasaan IBUNYA tadi, dalam melayari satu kehidupan baru yang diciptakan dalam takdir anaknya itu tadi. Yang hidup akan kembali mati, yang mati akan kembali kepada kehidupan. Kehidupan berlangsung dengan penuh penamaan yang berbeda namun IBUNYA kekal sebagai satu kehidupan YANG ABADI. Mengerti? Jiwa perlu hadir ketika membaca tulisan yang begini. Jiwa itu perlu tekun untuk memahami sifat KEIBUAN yang ada pada diri.


Ternyata sifat KEIBUAN itu adalah untuk menjadi IBU kepada segala KEIBUAN. IBU maksudnya seorang PEREMPUAN yang mewarisi sifat menjagai anak-anaknya. ANAK adalah pewaris kepada TAHTA *istana*. Kami perlu meneruskan generasi kami di dalam perwarisan tahta-tahta istana kepada yang layak memegangnya. Istana itulah CINTA yang sebenar-benar CINTA. TAUHID itu perlu meraja dalam darah keturunan bagi yang terpilih. Kehidupan itu perlu berlangsung secara adat-istiadat dan berlangsungnya perwarisan itu adalah melalui PERKAHWINAN.



Comments


bottom of page