top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

PERWARISAN JATI DIRI

Menulis itu telah pun menjadi sebahagian daripada JATI DIRI mereka yang terpilih untuk diwariskan dengan ILMU yang bakal mengisi jiwa-jiwa yang perlu diisikan JATI DIRInya. Kehambaan yang wujud pada seorang hamba itu memilih untuk senantiasa merendah diri, merendahkan dirinya kepada siapapun. Hatta kepada yang sedang mengajarkan sekalipun, merendah diri kepada yang sedang belajar daripadanya. Melayu itu tidaklah ada pada kesombongan.


Kehidupan membawa kita menonton pelbagai daripada kisah kisah yang menjadikan kita semakin matang dan dewasa dalam melalui hidup. Cinta membuatkan kita merasa yang enak daripada apa yang kita temui. Leluhur kita itu sudah pun meraja-i diri kita semuanya. Maka yang dinantikan itu akan melebarlah ke seluruh jajahan-nya. Ke mana pun diri-mu dibawa pergi selepas ini, diri itu kekal KEMELAYUANNYA. Wajah yang kelihatan itu tidaklah suram lagi seperti-mana dulunya, ketika alam gelap menguasai diri. KEMELAYUAN diri-mu itu sudah terserlah pada kejiwaan yang ingin kami pupuk sejak dari kecil lagi. Kewanitaan itu juga telah lengkap. Hanyalah menanti masa untuk menemui jodoh-mu yang telah diperwariskan tahtanya.


Andaikata wujud pelbagai persoalan tentang DIRI, maka diri itu adalah diri yang baru. Ia melangkah atas segala gerak dan geri perbuatan yang berbau perjuangan. Ia tidak melangkah melainkan hanyalah untuk berjuang. Bukan daripada pewaris kami andaikata tiada JATI DIRI perjuangan daripada gerak langkahnya. Yang dikatakan perwarisan JATI DIRI itu pabila darah itu telah dimurnikan, serta dimasukkan KEJIWAAN sebagai pewaris BANGSA. Kejiwaan itulah yang penting dalam darah jati MELAYU. Melayu itu perlu terus berlangsung perwarisannya daripada satu jiwa ke jiwa yang lain pula. Identiti bangsa itu terletak di JIWANYA. Bukan pada mata dan sosok tubuh, melainkan JIWA. Hanya yang mampu berjuang yang dipilih dalam anak-cucu keturunan kami dan yang terpilih itu telah pun menerima PERJUANGANNYA.


Lalu, berjuanglah diri dalam setiap langkah, menulis sudah menjadi sebahagian daripada perjuangan anak bangsa dalam melahirkan JIWA yang TENANG dalam PERJUANGAN DIRI. Berbahagialah akan perwarisan yang telah lengkap diwariskan kepada yang terpilih. Maka teruskanlah langkah diri, dalam MENDIDIK dan terus mendidik diri sendiri, kita orang melayu tidak pernah berdiri di atas tapak kesombongan-diri dan tidak pernah mendabik dada akan kemelayuan kita kepada mana-mana bangsa pun. Hatta kemelayuan yang sempurna adalah pada didikan adab dan kejiwaan yang senantiasa mengingat-NYA. Kewanitaan seorang wanita melayu sangat bernilai pada leluhur yang akan terus diperwariskan. Jagailah diri sebagai seorang wanita melayu yang benar adab dan kesopanannya. Jika jiwa ini bukan lagi menuruti langkah yang telah dituntun oleh nenek moyangmu, maka leluhur ini akan mengalami kelencongan pada jiwanya. Kelencongan jiwa ini perlulah dipimpin oleh yang berhak. Mereka yang berhak itu adalah mereka yang mewarisi KEILMUAN yang benar. Pimpinlah dirimu anak bangsaku, sehingga diri mu terpimpin daripada sebarang kelencongan jiwamu. Maka di situlah lahir, seorang PEMIMPIN yang benar daripada perwarisan leluhur bangsa MELAYU.



Comments


bottom of page