Perwarisan Bangsa
Keadaan manusia memerlukan bangsa. Kehadiran bangsa membawa kepada ciri-ciri unik yang membuatkan diri merasakan yang kehidupan merupakan sebuah pelayaran diri yang merupakan ANUGERAH-NYA. Kehidupan tanpa bangsa akan membuatkan manusia tercari-cari jalan untuk sampai kepada hadrat yang menciptakan. Bangsalah yang membuatkan seseorang nabi itu diutuskan khas untuk kaum-NYA. Kaum itu seringkali terdiri daripada beberapa orang yang terdiri daripada bangsa yang sama. Kaum itulah yang perlu dididik oleh nabi yang punya kaumnya. Begitulah perwarisan demi perwarisan bumi Allah Swt ini sampai kepada yang berhak mewarisi. Keadaan sesuatu bangsalah yang membuatkan keperluan kepada seorang -pengutus. Kehadiran seorang pengutus itu bukanlah sekadar mengutuskan melainkan itu juga merupakan perjalanan dirinya dalam menyembah ALLAH SWT. Keadaan manusia seringkali memerlukan seorang PEMBIMBING. Hakikat seorang pembimbing itu perlu dipahami bagi yang perlu memahami. Keadaan seorang pembimbing pastinya melalui beberapa ujian KERAS daripada yang mengatur segala bentuk ujian kepada yang di-pilihnya. Keadaan diri yang merupakan yang terpilih untuk mewariskan sesuatu buat bangsanya itu pastilah telah pun menjadi beberapa siri ujian yang tidak dapat digambarkan perasaan-hatinya. Keluluhan itu memerlukan seribu keberanian untuk ditempuhnya kehadiran CAHAYA pada yang ingin memperkenalkan-NYA.
Ketekunan hati dalam berusaha itulah yang membuatkan seorang yang di-pilih melalui keadaan diri yang perlu ditekuni hati itu setiap harinya, tanpa dia berhenti. Hati yang telah diasuh daripada kecil untuk melihat ALLAH itu, akhirnya menyerah kepada suatu panggilan. Hati yang terpanggil itu merupakan HADIAH daripada ALLAH SWT yang ingin mewariskan keadaan hakikat KEMELAYUAN sebagai satu perwarisan bangsa buat yang bakal mewarisi keadaan akhir bangsa MELAYU itu sendiri. Hakikat demi hakikat akan dilalui oleh HATI yang dipilih-NYA itu untuk melalui keadaan yang begitu tidak terbayang kepada yang mengalami. HATI yang begitu, digilap setiap harinya tanpa berhenti, sekianlah kisah bagi yang mengerti. Kehalusan jiwa sebagai seorang anak jati MELAYU itu akhirnya pulang menemui keluarganya. Hatta, kerisauan hati keluarga yang melihat dirinya yang seringkali merantau ke alam lain itu berakhir. Keluarga yang begitu juga bakal dikurniakan HADIAH olehNYA atas ujian berat kepada ahli keluarga itu akhirnya. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga, dan seribu rahmat atas PENCIPTAAN itu akhirnya berakhir juga dengan dikecap RAHMAT itu pada jiwa masing-masing. Daripada jiwa itulah pelayaran ahli keluarga lainnya bermula, atas segala PENYAKSIAN dan rahmat yang diberkati daripada ahli keluarga yang mengalami kesempitan di awal perjalanan dirinya itu. Kebangkitan demi kebangkitan akan kita peroleh pabila kita sabar dalam membantu orang yang dalam perjalanan menuju KETUHANAN. Tiadalah kebaikan itu tidak terbalaskan oleh kebaikan melainkan hanyalah suatu ketahanan dan ujian untuk keluarga itu jua. Hati yang berserah kepada Pencipta Jalan itulah yang dinantikan oleh ALLAH SWT. Janganlah atas segala kerisauan akan duniawi itu membuat IMAN hilang daripada hati kita. Hatta, seorang anak yang sangat disayangi keluarga itu juga telah pulang kepada kemanusiaan DIRINYA. Hati yang merenung ALLAH tidak akan hilang lagi daripada hakikat kemanusian dirinya pun. Lalu alam dunia ini dilalui dengan DAMAI-NYA HATI. Perwarisan bangsa itulah tujuan akhir daripada perjalanan anak itu, dan keluarga itu belumlah mengerti akan apa yang bakal diterima mereka nanti, atas sebuah pengalaman yang dipanggil "SABAR". Hati yang senantiasa "sabar" itu juga adalah hadiah buat pemilik -kesabaran. Sifat sabar itulah hadiah ALLAH SWT kepada pemegang kewarisan yang menjaga seorang yang di-pilihNya.
Tentang perwarisan bangsa, tidaklah terpilih melainkan daripada yang layak semata-mata layak untuk MENGERTI. Kebumian ini ada hasilnya buat mereka yang mewarisi sesuatu daripada alam nyata. Buat keluarga itu rahmat terbendungnya daripada dosa-dosa kejahilan manusia lainnya. Kejahilan dihapuskan daripada keluarga tersebut atas kesabaran menantikan janji ALLAH SWT kepada yang mewarisi kebumian dan pusaka bangsa itu. ALLAH SWT tidak memilih daripada mereka yang tidak diasuh dengan KETUHANAN, melainkan KETUHANAN itu perlu MANTAP semantap-mantapnya. KEHIDUPAN perwarisan bangsa memerlukan mata hati yang begitu tajam dalam melihat hakikat demi hakikat di balik kejadian. Perwarisan bangsa akan berlaku dalam sekelip mata tanpa KETUHANAN pun, namun hakikat diri perlulah tetap digali pada yang mewarisi KETUHANAN dalam jalan yang tidak mewarisi kebangsaan sebagai jalan diri. Perwarisan bangsa ini merupakan antara beberapa perkara penting yang perlu dilalui oleh beberapa orang yang terpilih dalam leluhur yang telah ditetapkan oleh-NYA. Jadi, dengan penulisan ini, harapnya ia menjadi galian bagi beberapa orang yang perlu melalui KETUHANAN melalui KEJIWAAN dan perwarisan kebangsaan pada mulanya. Hakikat diri perlu ditemui bagi yang ingin mewarisi ilmu daripada perwarisan bangsa. Hatta kami menulis ini adalah untuk mereka yang terpilih jua. MENGERTILAH~.
Kemungkinan andaikata kami berikan beberapa perumpamaan kepada diri yang MENGERTI itu akan leluhur yang cuba ditelusuri olehnya. Maka, ia perlu bermula daripada beberapa amalan yang berkaitan dengan leluhur masing-masing, makanya, jalan leluhur masing-masing itu perlu mula digali apakah amalan daripada perwarisan keturunan masing-masing. Keadaan diri manusia tidaklah sama jalannya, maka jalan bagi mereka yang mengenal leluhur sebagai satu jalan kepada KETUHANAN, mestilah menyelami amalan khusus yang dihadirkan oleh ALLAH SWT dalam mimpi, renungan, firasat dan juga jalan berguru kepada yang sahih ilmu syariatnya. Kebarangkalian jalan itu boleh ditempuh, atau gagal ditempuh merupakan persoalan pada yang berguru, kerana guru adalah pembimbing daripada jalan perguruan, namun yang boleh menempuh itu adalah jiwa yang tetap hatinya dalam menerima bimbingan sesiapa pun pada awalnya akan penerimaan keadaan leluhur dirinya. Keadaan leluhur yang mula menampakkan diri itu perlulah digali keadaan diri setiap daripadanya, supaya mengenal kepada yang membawa jalan, akan dikenallah selepas itu akan siapa yang memperkenalkan ia kepada yang DIKENALI akhirnya. Jalan itu merupakan jalan khusus jugak, yang merupakan rahsia-daripada-rahsia alamnya MELAYU. Keadaan leluhur bangsa itu merupakan sebuah jalan perwarisan untuk menghidupkan semula DIRI yang INGIN -KEMBALI.
Kembali bermaksud pulang kepada perwakilan dirinya yang asal, disamping mengetahui asal usul kedudukan leluhur diri dan juga yang pasti, mengenal ALLAH SWT. Kehidupan menjadi sia-sia andaikata perkenalan kepada YANG MENCIPTAKAN kita itu gagal kita temui hakikatnya. Perasaan menjadi satu elemen penting dalam MENGENAL DIRI. Hakikat demi HAKIKAT akan dibawa di alam rasa yang merupakan perlambangan yang datang pada RASA. Lalu, laluilah rasa-demi-rasa akan sebuah emosi diri dengan ikhlas pada mulanya, hidupkan RASA. RASA jangan pernah ditolak akan segala rasa yang datang, alamilah, RASAILAH. Permulaan bagi mengenal perlu dilalui dengan merasa yang kita dipanggil pulang kepada yang MEMANGGIL kita itu pulang, - akan hadirlah RASA itu pada hakikat pemulangan diri kepada yang ingin dikenal itu. Maka kami meletakkan PERASAAN sebagai elemen UTAMA kepada jalan mengenal diri. Janganlah diabaikan segala rasa yang hadir pada hari-hari yang kita lalui. Duka, senang, susah, sakit hati, rasailah, kerana penyucian diri berlaku dengan me-rasa-i. Nikmat merasa itu syukurilah, walaupun ketenangan belum cukup hadir pada permulaan yang belum matang rasanya. Meriah akan rasa itu lah merupakan sebuah penciptaan ALLAH SWT. Manusia yang sering merasa, akhirnya, akan BENAR-BENAR DIPANGGIL pulang dengan RASA yang hadir tetap pada JIWA. Terpanggil itu lah yang perlu -disahut juga daripada jiwa yang mula merasa.
Kejiwaan itu kami tekan pada awal penulisan kami kerana jiwa itulah yang akan MERASA. Kejiwaan itulah -pintu gerbang kepada HATI. HATI itu perlu kenal akan dirinya yang sebenar. Lalu di situlah RAHSIA DEMI RAHSIA ALLAH SWT itu mula ditebarkan oleh langit yang mengukir kisah cinta antara seorang hamba dan diri, antara AKU DAN DIA, antara DIA dan ENGKAU, antara AKU dan KAMI, kerana SELURUHNYA adalah -NYA. Baginya rahmat sekalian alam. Dibukakan rahsia itu kerana upaya diri untuk mengenal, dan upaya diletakkan oleh-NYA itu kerana rahmatnya jua. Bukanlah kami mereka cerita akan kesahihan alam KETUHANAN merupakan antara dosa bagi mereka yang mereka-reka cerita akan KEILMUAN yang diwarisinya. Bahagialah diri pabila MENGUASAI alam KETUHANAN. Bahagialah HATI, pabila ia mula diisikan dengan jiwa-jiwa yang tenang, dan panggilan itulah yang perlu diRASA. Kenikmatan pada alam rasa itu adalah permulaan awal bagi mengenal. Maka teruslah untuk merasa-i diri sendiri, nikmatilah setiap rasa-rasa yang hadir pada diri, dan setiap rasa itu syukurilah ia sebagai satu nikmat kepada manusiawi. Jangan pernah menolak rasa, kerana rasa itulah yang akan membawa perisa kepada kehidupan. Bahagialah mereka yang menemui ketenangan bagi jiwanya akhirnya. Jalan ini merupakan jalan yang ditempuh oleh para perwaris kami yang seterusnya daripada ahli keluarga yang sama jua, dan ia adalah HADIAH daripada KESABARAN yang merupakan HADIAH daripadaNYA jua.
Comentários