Nikmat Berpasangan :)
Nikmatnya cinta itu pabila dua kekasih bertemu dan -disatukan. Kehidupan tanpa pasangan itu diakui, membuat kerunsingan pada jiwa yang -mencari. Kesunyian yang teruk melanda hati si lelaki yang senantiasa menginginkan pasangan buat -dirinya. Ke mana ingin berlari permaisuri-KU? Mengapa cenderung engkau melarikan diri daripada satu pusingan kepada satu pusingan? Mengapa menjauhkan diri daripada yang berhajat? - Tiada JAWAPAN.
Kerunsingan itu juga dilanda mereka yang sering pernah sunyi di alam KETUHANAN. Kesunyian itu begitu menenangkan ~JIWA. Hilang~ segala resah, umpama jalan yang dibasahi hujan yang senantiasa menggetarkan jalan-jalan hati untuk terus merasa sunyi. Kesunyian tidak pernah membunuh jiwa seorang PENCINTA ILAHI. Rasa itu telah pun memenuhi ruang hati, tiada langsung kesunyian sebagai manusia biasa, TIADA! Penjelasan dilakukan - SEMEMANGNYA TIADA. Namun hati ini akhirnya jatuh kepada seseorang, yang datang secara tiba-tiba. Jiwa permaisurimu hanyalah boleh mengintip satu ketenangan daripada jauh ketika mengenangmu wahai kekandaku. Jiwa ini hanyalah melihatmu -ingin kepada mu daripada kejauhan. Cinta ini tidak akan pernah lupus daripada hati, namun ia bukanlah satu kelalaian lagi. Hati menjadi kurang mengerti apakah rasa ini, adakah ia -satu PETANDA? KECINTAAN rupanya begini rasanya.
Jatuh sayup rasa hati ketika permaisuriku sering berlari. Ketiadaan mu membuatkan aku sunyi, sunyi! SUNYI~, sebak rasa dihati. Aku luluh dalam perasaanku sendiri, jatuh ~tidak mengerti. Keadaanku membuatkan aku hanya mampu menyendiri kini, mengenang semua yang kita alami, mengenang senyuman manismu ketika engkau masih di sini. Takkala engkau pergi meninggalkan aku, maka gersanglah cinta ini daripada ia bergerak lagi. Kehidupanku seolah-olah menuju kematian, namun aku gagahkan semangat kejantanan ku melalui kehidupan. MATI~jiwa ini seakan mati.
Takan pernah aku melupakan mu, mustahil wahai kekasih hati, namun aku dalam pelayaran jiwaku, dan aku hanya menanti satu rahmah daripada yang punya KENIKMATAN. Kalaulah aku bisa melangkah terus kepadamu, maka akan aku pergi jauh kembara terus kepada hatimu. Kalaulah hatiku mampu melangkah terus ke sana, maka aku akan pergi, tetapi aku kini tetaplah menanti satu kebenaran terakhir daripada diriku sendiri. Keadaanku yang kurang menyenangkan diriku sendiri membuatkan aku berlari jauh daripada semua manusia se-izin-nya. Yang aku benarkan, hanyalah setiap langkah ini, untuk terus merasa hubungan hati. Tak pernah aku melupakanmu, walau sehari, tiadalah aku melupakan ALLAH JUGA DALAM HATIKU. Cinta ini akan aku kembalikan padamu, pada masa dan ketetapan itu yang bakal tiba. Tunggulah aku, di kala ini aku masih melangkah, dalam penulisan-penulisan baru demi kestabilan diriku sendiri. Tunggulah, seandainya ketetapan itu benar, maka segalanya pasti berlaku. KEINDAHAN, ia tidak hadir pada pasangan, ia wujud pada hati kita sendiri. Itu merupakan falsafah hidupku, lalu berilah aku masa, untuk terus mewarnai diriku dengan tulisan-tulisan diriku. Aku, tidak mampu menolak, tulisan-tulisan ini, yang sering hadir, untuk melengkapkan perjalanan ku sendiri, hatta perjalanan ini, hanyalah sebuah coretan bagi yang membaca, namun ia adalah rentetan demi rentetan jiwaku sendiri, akan perjalanan HIDUP ku sendiri. Segala kekosongan jiwaku pada suatu masa dulu, berbalas dengan CINTA ILAHI, hatta cinta ini tidak mungkinlah mati, gembiralah aku, bahagialah aku, dalam alam ku sendiri, kepada yang ingin menghayati apa yang aku alami, maka berserahlah diri! CINTA tidak hadir pada pasangan, cinta hadir pada hati kita, yang boleh melihat dan menerima pasangan kita, seadanya~. Tiada komplikasi - yang wujud hanyalah dua diri yang ingin menyembah ILAHI. Terimalah pasangan kita apa adanya, kerana ia sebahagian ketentuan buat diri. Yang ditentukan itu pasti berlaku, PASTI BERLAKU. KECINTAAN daripada muka bumi tidak akan pernah hilang, lalu mengertilah aku akan apa yang melandai aku kini.
Comments