Neraka Cinta
Adanya CINTA itulah SENI. Kehidupan seluruhnya adalah SENI. Tanpa SENI, tidak ada KEINDAHAN. Perkahwinan yang dibina kerana mengikuti jalan syariatnya ISLAM itu adalah SENI. Ia bukan permainan semata-mata seolah perkahwinan menjadi bahan untuk mendapatkan kenikmatan badan semata-mata. Perkahwinan yang untuk mendapat nikmat badan itu menjadi satu kehinaan kepada mereka yang berkahwin dengan niat yang begitu awalnya.
Penyesalan itu perlu wujud pada hati mereka yang telah dipenuhi syahwat, yang telah menjadikan perkahwinan untuk menikmati sesuatu yang daripada badannnya wanita. Perkahwinan yang begitu bukanlah perkahwinan, melainkan ia telah menjadi satu permainan. Permainan itu untuk mereka yang belum cukup matangnya, sedangkan perkahwinan itu perlu dimulakan dengan kematangan dalam menjaga diri. Jika diri sendiri gagal dijagai, perkahwinan menjadi subjek yang lebih sukar untuk difahami. Malah menjadi lebih sukar untuk dijalani. Jangan mensia-siakan dirimu wahai lelaki dan wanita, hanya kerana memiliki nafsu. Jagailah dirimu. Jagailah dirimu. Jagailah dirimu.
Penyesalan itu perlu wujud pada mereka yang telah melangkah jauh untuk mendiami kehidupan tanpa perkahwinan. Tetapi telah melangkah mereka daripada syariat dengan berzina. Itu bukan perkahwinan. Tiada nikmat daripada yang HARAM. Mereka yang begitu harus bertaubat dengan yang sebenarnya. Hati yang begitu masih terlalu mudah terpesong kepada sesuatu yang mengundang neraka pada diri. Tiadalah kebahagiaan pada mereka yang berzina. Zina adalah sesuatu yang JELAS HARAM dalam syariat ISLAM. Tiada jalan singkat dalam memiliki nikmat hidup. Tiada!
Jalanilah kehidupan ini dengan penuh KEMULIAAN diri. Diri yang ada ini untuk dijaga wahai anak muda. Janganlah membiarkan ia didiami syahwat yang senantiasa bernyala. Fahamilah pesanan nenek moyangmu ini, pabila neraka itu dibuka jelas di hadapan MATAMU, maka ketakutanmu akan menjadi benar. Tiada ketakutan daripada hati yang sedang diulit syahwat, maka bertaubatlah.
Daripada episod taubat itu, maka berlangsunglah perkahwinan dengan kenyataan yang benar. Perkahwinan adalah satu jalan daripada pelbagai jalan untuk terus MENGENAL YANG ESA. Pada perkahwinan itu mengandungi seribu daripada nikmat yang perlu dikutip satu persatu pada jiwa yang ingin diisikan dengan nikmat hidup. Bahagia.
Bahagia itu bagi mereka yang senantiasa menurut ajaran Islam. Jika jalan ini tidak dilaksanakan dengan betul, maka masyarakat akan pincang. Kita tidak dapat menyusun strata kepimpinan KEISLAMAN itu sendiri. Janganlah hati kita menjadi yang mudah gemar kepada hasutan demi hasutan yang datang. Ia cumalah HASUTAN!
Yang mendiami hati yang sering berzina itu adalah SYAITAN. Yang menjalani kehidupan dengan perzinaan itu adalah HATI yang telah dirajakan dengan bukan raja yang sebenarnya. Sesungguhnya HATI itu perlu kembali menetap pada DAULAHNYA yang sebenar. Kehidupan hanya SATU.
Pulanglah JIWA, PULANG!
Comments