top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

Mewangi

Di pagi yang indah itu terdapat beberapa orang yang melintasi kebun baru seorang YAHUDI lalu di tanyakan akan perkabaran mengenai kebunnya dan menjawab akan dia : MEGAH , kerana kemegahannya akan kekuatannya mencari rezeki maka KAMI turunkan bala bencana kepada kebunnya itu landailah segala USAHA seorang YAHUDI, lalu menjadilah ia golongan yang menyesal. Kami menyerahkan semula takhta diri seorang INSAN kepada manusia yang mahu menjadikan golongan mereka sebagai sebuah perkumpulan yang mahu BERSERAH kepada ALLAH SWT sebagai mereka yang menyerahkan diri kepada ALLAH SWT. Lalu segala berkah usaha yang kami sampaikan kepada mereka itu adalah kerana mereka berserah kepada ALLAH SWT.


Di kota yang damai itu terdapat sebilangan manusia yang percaya kepada rezeki yang dikurniakan ALLAH SWT dan mereka itu adalah golongan yang diberkati. Dan diberkati manusia yang mahu mempercayai takdir - takdir ALLAH SWT bahawa takdir itu adalah sesuatu yang gagal difahami manusia kerana takdir bergerak seiring dengan perjalanan hidup. TAKDIR adalah sesuatu yang akan gagal difahami sesiapa pun kerana semua manusia bergerak di dalam takdir lalu takdir mustahil untuk difahami.


Seandainya manusia mahu kepada mereka yang menyayangi mereka maka mereka perlulah MENCINTAI ALLAH SWT dan ALLAH SWT akan menukarkan takdir menurut apa yang ingin ditakdirkan ia jua. Takdir adalah sesuatu yang mustahil dalam fikiran manusia kerana fikiran juga adalah sesuatu yang berada di dalam takdir, maka kita semua tidak perlulah memikirkan takdir dan rezeki kerana ia adalah ketetapan. Yang perlu kita semua lakukan adalah melalui hidup ini dengan penuh rasa nikmat atas segala RAHMAH dan KETETAPAN yang sedang berlangsung ini. Kehidupan kita adalah KINI dan selamanya kita merasai kita di dalam takdir ILAHI maka kita semua diciptakan hanyalah untuk merahmati sesama sendiri. LALU KITA LALUI KEHIDUPAN INI DENGAN PENUH TAKDIR AKAN KETETAPAN TAKDIR ITU SENDIRI. Telah ditetapkan siapa jodoh kita, rezeki kita, dan kisah kehidupan kita dalam perkadaran yang gagal kita hadirkan bersama kisah takdir itu melainkan takdir lah yang mempermainkan manusia. Kita menyangka kita berdoa untuk mengubah takdir tetapi doa untuk mengubah takdir itu juga adalah takdir itu sendiri.



Comments


bottom of page