top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Merasa Cinta

Hanya dengan merasakan cinta di dalam hati, kita mampu untuk menyerahkan rasa cinta kepada Ilahi. Tujuan manusia diciptakan adalah untuk merasakan Cinta. Seluruh alam ini penuh dengan cinta, jika kita benar-benar boleh merasa. Hubungan sesama manusia jua diciptakan untuk membina rasa cinta. Tumbuh di dalam hati manusia itu perasaan sayang dan mencintai kerana Allah.


Yang dikatakan sebagai cinta kerana Allah itu, apabila setiap langkah yang kita lakukan adalah bersama dengan Pencipta. Di bawah kecintaan itulah segala perkara kita lakukan kerana-NYA. Tidak wujud pertikaian melakukan hal yang tidak selaras dengan kehendak Allah SWT kerana segala perkara yang ditetapkan Allah itu sudah berada di bawah kekuasaan-NYA. Berkehendak Dia, kepada sesiapapun atas keizinan dan ketetapanya-NYA jua.


Pabila seorang manusia itu diciptakan, ia berpihak kepada pihak yang dicintai. Manusia begitu mencintai antara sesamanya kerana pada mereka punya hati dan perasaan yang mencintai. Pabila rasa itu tumbuh sedikit, bajailah ia dengan perbuatan yang baik nescaya lebih bertumbuh rasa cinta kepada ummat sejagat.


Percintaan yang begitulah yang menurut resmi padi. Semakin banyak cinta, semakin terisi. Semakin terisi semakin memberi.




  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2018 by aszifaris. Proudly created with Wix.com

bottom of page