Mencintai Pasangan
Mencintai pasangan itu adalah kewajiban kepada setiapnya insan yang bernikah. Pasangan adalah cinta hati kita yang SATU. Tiada dua. Bagi mereka yang berpoligami ia TETAP satu. Walaupun dua, tiga atau empat, ia sebenarnya tetap SATU. Bagi mereka yang memahami perkahwinan sebagai satu kewajiban tanpa cinta, ia akan menjadi satu keberatan yang amat sangat bagi mereka yang menetap dalam dimensi yang sedemikian mereka akan mengalami kewajiban yang berat dalam menanggung alam perkahwinan ini. Ia adalah satu ketetapan bagi mereka yang diperletakkan dengan dimensi tanggungjawab tanpa cinta.
Bagi mereka yang melalui perkahwinan tanpa cinta, ia menjadi satu bentuk kewajipan untuk terus menunaikan tanggungjawab demi mendapat cinta yang mereka inginkan. Sabarlah, dengan menanggung satu kewajiban material yang sebegitu, ia akan menghapuskan dosa-dosa yang telah kita lakukan tanpa kita sedar. Tetapi bukanlah tanggungjawab itu satu penyeksaan melainkan ia adalah sebab membawa kepada Cinta.
Terlalu banyak perkahwinan yang perlu menunaikan tanggungjawab tanpa cinta. Cinta membawa manusia kepada kelalaian kerapkalinya. Tertulis daripada ayat-ayat Allah:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Daripada ayat ini dapat kita ketahui, apa yang dikatakan pasangan itu, boleh menjadi suatu kecintaan yang membawa kepada kealpaan daripada mengingat Allah, lalu Allah meletakkan tanggungjawab yang berat di dalam perkahwinan demi satu CINTA, kerana Allah. Lalu tunaikanlah tanggungjawab yang dirasakan sebagai bebanan itu nescaya CINTA itu tetap akan mereka garap walaupun dilalui dengan bebanan pada awalnya.
Percintaan tidak melalaikan pada hakikatnya, namun hati yang gagal melihat penampakan Allah itu yang membawa kelalaian. Laluilah dengan tanggungjawab, nescaya, Allah akan membersihkan hati-hatimu wahai hambaKU. Terlalu banyak perkahwinan yang melalaikan kerana mereka mengejar yang tidak pasti. Cinta manusia bersumberkan cinta hati. Hati yang gelap tidak akan membawa sinar di dalam perkahwinan. Tetapi perkahwinan boleh menjadi jalan untuk menyucikan tanggungjawab diri. Tersematlah bagi mereka yang menanggung tanggungjawab di dalam perkahwinan itu untuk membersihkan diri melalui kewajiban-kewajiban yang telah di perletakkan di dalam alam perkahwinan itu sendiri.
Terpandanglah wajah Allah ketika penunaian tanggungjawab itu terjadi kerana ALLAH. Allah jugalah yang membersihkan hambaNya melalui tanggungjawab-tanggungjawab yang kadangkala dirasakan "terpaksa" itu. Bebanan itulah yang menjadi membesarkan tanggungjawab hati untuk terus dibersihkan. Yang dilalui dengan rasa terpaksa itulah menjadi suatu masalah kepada perkahwinan. Terlalu berat rasa hati dalam melaluinya bagi mereka yang terpaksa mengharung perkahwinan tanpa cinta. Laluilah percintaan dengan diri yang perlu dibersihkan melalui tanggungjawab di dalam perkahwinan, demi mendapat cinta di dalam perkahwinan itu sendiri. Dibersihkan mereka yang dipilih-Nya. Bagi mereka yang melalui perkahwinan dengan rasa cinta, resapilah cinta itu sehingga merasa CINTA-NYA.
Comments