top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

MEMINANGMU

Jika kami mengatakan yang hati itu merupakan sanubari yang HIDUP di dalam setiap karya-karya AGONG, maka terkesimalah yang menulis ini kerana hatinya itu pun kelam dirasakannya. Di dalam alam MELAYU setiap kejiwaan kita bawa ke dalam setiap -langkah-langkah diri kita. Langkahan itu kita laksanakan bersama JIWA yang MEMANDU TAUHID. Kehidupan seorang -MELAYU tidaklah berlandaskan fikiran yang kering kontang. -MELAYU tulen itu hidup KEJIWAANNYA. Hatta, seorang yang bangun daripada tidur pun, disedari yang MEMBUKA MATANYA itu adalah, -PENCIPTA. Melihat kepada kejiwaan yang perlu kita pupuk daripada sanubari ini merupakan langkah awal kepada anak bangsa kita sendiri. Moga perjalanan para pewaris kita itu tidak tenggelam TAUHIDnya, seperti yang pernah berlaku kepada yang menulis ini. Kehidupan dirasakan kelam sekali, tanpa CAHAYA DIRI. Laluilah satu perjalanan wahai Sang Kembara CINTA, demi dirimu sendiri. Bersamalah kita melangkah dan terus melangkah kepada PENCIPTA.


Jika diri itu masih dikuasai fikiran yang kering kontang, maka perjalanan kembara mencari diri ini tidaklah dapat diteruskan melainkan ia akan terputus di tengah jalan. Hatta, bagi fikiran yang begitu kuat memikirkan tentang makna cinta pun, akan gagallah ia, kerana fikiran itu akhirnya, perlu dilenyapkan. Tiadalah yang mampu terus berjalan dengan fikiran, andaikata ia telah MENJEJAK ke alam DIRI. Ia satu perlakuan yang tanpa -fikirannya. Fikiran itu perlu lupus buat seketika, agar tidak diganggu DIRINYA. Melainkan kehidupan membawa seseorang dengan guru yang bernas, maka keseimbangan itu dapat dicapai antara fikiran yang stabil dan songsangnya perjalanan hati yang masih berduka itu. Hati itu pasti songsang kedudukannya, membuatkan ia mencari satu bentuk ke-lurus-an. Bengkok-nya hati itu adalah awal perjalanan bagi yang tidak terbimbing hatinya kepada ILAHI. Laluilah-lalui-dan terus melalui perjalanan yang semakin menuju LURUS. Bagi yang bertanya, mengapa jalan ini jadi begitu sunyi? Tiadakah kita boleh meniti satu jalan tanpa mengalami satu KESUNYIAN? Ia hanya boleh dilakukan mereka yang mampu memperlengkapkan diri dengan KESUNYIAN. SUNYI itu teman DIRI. Sehingga di satu hari muka, KESUNYIAN DIRI bertukar menjadi KICAU BURUNG yang membuat hati tenteram bersamanya. Alam DIRI adalah ALAM KESUNYIAN-MATI. Kematian merupakan jalan utama untuk HIDUP, mengertilah kedalaman maksud kami itu. Hati yang membawa maksud yang benar untuk disampaikan itu akan -sendirinya ber-SUARA dalam gerak yang membawakan diri tenang dalam langkah diri akhirnya. KEMAKMURAN akan sebuah tahta DIRI itu tidaklah dapat digambarkan KETENANGANNYA pabila kita berupaya melangkah dengan -DIRI yang bertahta sempurna. Hati yang LURUS itu akhirnya kita miliki pabila kita punya semangat yang mampu mengalahkan kejiwaan lemah kita. Di situlah -BANGKIT seorang PERWIRA BANGSA. Leluhur kami semuanya yang ajaib-ajaib JIWANYA. Mereka itu yang terulung daripada yang terulung. Janganlah diperkecilkan kebijaksanaan yang terdiri daripada KEBANGSAAN diri kita wahai sekalian pewaris bangsaku~, hanyalah kita ini yang tinggal untuk leluhur kita terus memunculkan KEWIBAWAAN BANGSA MELAYU kita. HIDUPLAH dengan perasaan yang mengatur itu adalah kejadian yang membawakan KEMENANGAN AKHIR kepada BANGSA KITA.


Jiwa Melayu itu bukan lemah, melainkan SENI KEBANGKITAN ITU PERLU PADA MASANYA. Ia akan terus merombak bangun, dan bangkit melawan segala bentuk kedurjanaan yang bersemi pada dunia nyata ini akhirnya. Kebangkitan itu tiadalah siapa yang mampu menyangkanya, diri kita itu pun sendiri kita tiadalah menyangkanya. Maka, bersangkalah akan sesuatu yang tidak dapat DISANGKA-KAN. Ber-sedialah akan SEBUAH KEBANGKITAN AKHIR! Muktamadnya perjuangan itu berdiri atas SEMANGAT dan KEJIWAAN yang berdiri atas SEMANGAT dan KEJIWAAN AKHIR! Melangkahlah kita itu seperti yang bakal ditakdirkan. Hati yang bangkit itu perlu kita dahulukan. Diri kita itu AKHIRNYA, akan jauh daripada SANGKAAN itu sendiri. Me-rupa-lah ia dalam diri yang JATI. Kemahuan kita kepada yang bersama dengan kita itu adalah satu kemenangan yang ABADI pada suatu hari nanti. Kejadian yang kita sangka kepada suatu yang ajaib itu lah yang kita nantikan. Bangsa Melayu ini -ajaib PEMILIKANNYA. Keaijaban inilah satu penantian DIRI. Tunggulah bagi yang belum mempercayai. Hiduplah kami yang percaya ini umpama para bintang dilangit untuk -mengutuskan petunjuk demi petunjuk. Hanyalah JIWA yang BERANI YAKIN itu akan MARA bersama yang DITAKDIRKAN berlaku itu nanti. Jiwa yang BERANI itu umpama SINGA yang MENGAUM PANJANG. DENTUMAN NGAUMAN itu pasti menyalakan jiwa-jiwa yang -TERPANGGIL! Rasakanlah satu PANGGILAN daripada -kami wahai anak bangsaku!Rasakanlah ngauman-ngauman panjang kami ketika kami -menyeru! Bahawasanya penyaksian akan alam akhir itu berlaku di hadapan mata anak bangsa ini juga. Yang berwawasan 2020 itu telah pun berakhir, maka alam baru ini kita titi dengan SEMANGAT yang lain keadaannya. Liberalisme itu tidaklah akan berjaya daripada sudut hakikatnya. Yang liberal itu fikirannya, yang berjiwa ini bukankah MELAYU...Renungkanlah satu rahsia.



Comments


bottom of page