top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

MELAYU TERBILANG

Kehadiran diri kepada orang ramai membuatkan kata-kata kami menjadi persoalan akan TERBILANGnya Melayu. Di bawah payung kedamaian itu berdiri tahta yang memerlukan kaum Melayu di Malaysia itu mengenang kembali JATI DIRI ANAK BANGSA, melainkan kepada yang sudah bertemu JATI DIRI itu, melandailah satu perasaan yang senantiasa ingin mencari KEMELAYUANNYA. Jikalau kita tidak menuturkan semula bab JATI DIRI BANGSA, kita akan kehilangan leluhur yang ingin kembali mendiami bumi ini. Perwarisan kepada tahta melayu itu merupakan keadaan yang 'crucial', dan 'crucial' itu membawa maksud, keseragaman agama bangsa tahta diri yang perlu diSATUKAN di dalam JASAD DIRI. 'Crucial' itu membawa maksud kesengsaraan yang akan membunuh jiwa kita semua satu persatu seandainya, bukan kita yang HIDUP ini membuatkan jiwa kita sendiri terus hidup dalam KEMELAYUAN yang SEJATI. DIRI inilah TAHTA yang perlu dikembalikan kepada PERWARISAN BANGSA MELAYU ITU SENDIRI. Jikalau bukan diri ini yang PULANG merebut tahta dan perwarisan anak bangsa, bukankah kita itu mengkhianati diri kita sendiri? Mengapa kita malas untuk merebut tahta dan perwarisan demi diri kita sendiri? Andai kita yang malas belajar, manakan dapat pengajarannya, andai kita yang malas untuk terus menulis tentang anak bangsa kita, manakan kita semua boleh kembali mewarisi kejadian yang -ajaib yang akan ditentukan pada suatu hari nanti. KITA. Kita wujud di sini untuk melangsungkan perkahwinan demi perwarisan leluhur kita, lalu PERKAHWINAN itu kita jaja untuk mengelakkan anak bangsa kita terikut-ikut dengan budaya kaum lain yang tidak meminati perkahwinan untuk perwarisan anak bangsa. Kitalah pewaris bumi ini. Mengapa kita malas? Kitalah yang akan mewariskan sesuatu kepada anak-anak kita juga. Baik baik atau buruknya anak itu, sebahagian daripada tugas besar kita dalam MENDIDIK mereka yang bakal mewarisi bumi ini nantinya. Perkahwinan adalah sesuatu yang MULIA hakikatnya, dan berdiri kita semua di alam MELAYU ini untuk meramaikan perwarisan. Hati kita ini tidaklah digilap DIA untuk menundukkan kita kepada BANGSA LAIN - Kami tidak menuduh bangsa lain itu sebagai satu musuh baru kepada ketiadaan JATI DIRI MELAYU, melainkan jiwa perwarisan ini tidak disampaikan secara temurun, manakan kita dapat mendidik anak-bangsa kita itu dengan perwarisan pusaka kita yang kaya alam batinnya. Ketiadaan seorang yang BERMANFAAT di alam MELAYU akan membuat SERIBU kehilangan pada akhirnya-MAHUKAH ia berlaku kepada kita?


Hakikat diri bukanlah cerita magika yang dilandai pemikiran-pemikiran bangsa lain, melainkan perwarisan kebatinan itu adalah SATU TANCAP kuat kepada ALAM TAUHID DI BUMINYA MELAYU INI. Risaulah akan keadaan anak bangsa kita, seandainya kita tidak menjalankan tugas hakiki kita ini. Jadikan perwarisan leluhur bangsa ini SATU ILMU yang KEJAP, yang dapat dicari akhirnya untuk pembentukan NURANI BANGSA MELAYU. Hati kita tetap perlu terus digilap, sehingga BERCAHAYA. Yang tadinya yang berkata-kata itu adalah SEMANGAT KAMI ketika kami begitu melihat anak bangsa kami yang HEBAT dirinya, namun kehilangan JATI DIRI bangsanya itu membuatkan kita menjadi mundur dan lemah atas segala segi. Kita tidak menumpang di bumi orang! Semua khazanah yang kita timba daripada diri kita inilah, hasil kepada hasil daripada hasil BUMI MELAYU ini. Tiadalah pemikiran yang cetek lagi tidak didasari TAUHID itu boleh membalas apa pun kepada kita yang mewarisi sesuatu yang ALLAH SWT kurniakan kepada jiwa kita. Hatta, kami menyeru anak bangsa kami, KUATKANLAH IMAN diri, kita harus pulang untuk anak bangsa kita. JATI DIRI MELAYU itu perlu dikembalikan kepada yang punya perwarisan leluhur yang akan KEMBALI MERAJA-I diri mereka. ILMU INI perlu dibuka kerana telah tiba masanya MELAYU BANGKIT! Kita terpaksa menulis yang sukar-sukar untuk difahami malahan rahsia kepada KETUHANAN itu pun, kita perlu jaja kepada yang perlu kepadanya. Hatta penulisan ini harapnya tidaklah membawa kepada tujuan yang tidak benar. Inikan pula yang menulis sendiri melalui seribu perjalanan yang merengkuh diri sendiri untuk mengeluarkan pusaka bangsa ini kepada pewaris-pewaris JATI DIRI MELAYU.


Pulanglah anak bangsa MELAYUKU. Jangan engkau berlengah lagi, kerana masa ini bukanlah ciptaan dirimu melainkan ia ciptaan ALLAH SWT yang bermanfaat untuk mereka yang TERPILIH. Hatta perwarisan ini kami letakkan sahabat yang akan menyampaikannya nanti dalam bentuk-kata-kata-yang-akan mudah dipahami jua. Harapnya tulisan ini tidak membawa mudarat kepada yang -mencari kerana kami perlu menunaikan tugas kami jua di muka bumi. Terhiris pasti jiwa ini melihat KEKUATAN BANGSA MELAYU itu diperlekehkan oleh mereka yang tidak berhak langsung berkata-kata tentang MELAYU! NYAH daripada bangsa MELAYU jikalau hati menjadi tidak peduli kepada HAK-HAK MELAYU itu sendiri pada dirinya. TUNAIKANLAH satu PENCARIAN HAKIKAT BANGSA pada yang berhak! Kita ini perlu kembali terus kembali dan kembali merebut tahta - tahta kita yang telah pun hilang di dalam kesesakan bumi yang dilandai masalah perwatakan derhaka yang tidak membawa kebahagiaan kepada jiwa sesiapa pun. Merekalah yang membawa sengsara, lalu kita ingin mengikut mereka atau kita ini dijadikan ALLAH SWT untuk memakmurkan delapangan kita ini untuk kita terus mewarisi KEBAHAGIAAN daripada HATI NURANI kita ini? Persoalkan diri kita yang malas bertindak kepada KETUHANAN bagi yang terpilih! Hati ini bukan untuk kita bayar harganya dengan harta benda dunia, persoalan iman bukan satu perkara yang dapat kita timbang harganya melainkan RASA itu yang membawa diri kita kepada satu alam KEBATINAN yang perlu kita semai semua itu kembali kepada anak-anak bangsa kita. Hati yang melihat runtuhnya ALAM BATIN diri itu, nescaya luruh kata-katanya kepada yang MEWARISKAN pada satu masa dahulu. Kita ini lemah kerana kita lupa kepada SUSUR GALUR KITA! BANGKITLAH ANAK BANGSAKU BANGKIT! Kemewahan bumi MELAYU ini ada pada kita yang sudah pun ditetapkan untuk menyampaikannya! Kemewahan kita mewakili alam apa pun, akan dimanifestasikan dalam KEJADIAN ALAM ini untuk penghuni muka bumi yang mewarisinya.


Kebatinan bersifat MULIA, ia tidak boleh dibawa secara yang KERAS HATINYA, ia mesti tunduk KEPADA ALLAH SWT. TUNDUK... Renungkanlah~.


Hati yang tunduk itu perlu lebur di pelayaran JIWA wahai pewaris bangsaku, lalu kita kembalikan karya-karya AGONG BANGSA KITA kepada pewaris bangsa kita!



Comments


bottom of page