top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

Melayu Agung

Merasa nikmat bagi yang merasa-i. Keupayaan untuk kembali itu merupakan NIKMAT yang berorientasikan KEDUDUKAN yang lurus kepada pemilikan diri yang sebenarnya. Kami bukanlah ingin -menyeksa seseorang yang memerlukan pengembalian jiwanya itu kepada leluhur bangsanya, melainkan ia adalah RAHMAT. Melihat kepada keadaan MELAYU membuatkan kita resah yang amat di kala menempa perjalanan sebagai se-orang M-E-L-A-Y-U. Keabadian diri itu akhirnya memenuhi leluhur diri yang akan tiba nanti. Masalah yang berdiri lama di dalam diri itu telah-pun-lah selesai. Peng-akhiran itu membawa kepada satu penemuan hakikat DIRI akhirnya. Jiwa yang merana itu sesungguhnya hadiah buat diri untuk -mencari. RAHMAT tuhan itu janganlah sampai kita lupa akan permulaannya. Maka bagi mereka yang merana itu bukanlah selamanya peranaan diri itu berlaku. Masalah ummah itu akan kita telusuri jalannya dan kita masuk ke dalamnya. Hati yang mengundang duka kepada lelaki itu akhirnya membawa bahagia terutamanya kepada suami yang tercinta. Malam yang mengundang duka dulunya, kembali menjadi bertaburan dengan bintang-bintang MALAM. Hakikat diri yang ditemui diri itu mewarnai kelamnya alam diri yang telah berlalu sekian lama. Perwarnaan itu kami ucapkan tahniah buat yang berjaya melaluinya. Bukanlah ia satu -penyeksaan melainkan ia RAHMAT. Ucapkanlah alhamdulillah pada kalam yang indah didengar, ia satu penghargaan buat seluruh umat bangsa. Jati diri ini perlu dikembalikan kepada yang perlu kepada perwarisan leluhur bangsa. Jadikanlah jalan-jalan diri yang kami coretkan ini sebagai satu panduan buat yang bakal melaluinya juga.


Bangsa Melayu ini AGUNG sifatnya, maka kami tidaklah mewakilkan perwakilan ilmu ini untuk membawa jumud kepada minda kita. Tetapi, ditegaskan, tiada berdiri air kelam dan air bersih. Jadikanlah tulisan-tulisan ini sebagai pedoman buat yang perlu kepadanya. Ia tidak kembali kepada yang bukan punya perwarisan, melainkan ia hadir kepada jiwa yang benar-benar perlu akannya. Hatilah yang perlu di dahulukan, jangan menilai luaran yang terlampau banyak kerana hakikat-kepada-hakikat diri itu seringlah berselindung sifatnya. Namun ilmu ini tidaklah boleh diperwariskan kepada yang bukan ahli, melainkan ia akan hadir kepada yang memahaminya jua. Seandainya selintas pembacaan membawa kabur, maka ia bukan perwarisan untuk dirimu lagi melainkan hati itu perlu dilandaikan dahulu kemanusiaanya akan sebuah penyucian hati. Hati yang bersih itulah yang dapat menelusuri "kami". Jiwa yang tulus akan perwarisan bangsa itu akan kembali mengambil tahtanya jua. Pabila dilandaikan jiwa itu untuk kemanusiaan yang cenderung membersihkan jiwa, maka jiwa itu juga akan cenderung kembali kepada yang berhak mewarisi. Hati yang landai kepada ketuhanan itu perlu diluruskan jua ketuhanannya. Surga bagi orang beriman adalah surga hati, janganlah terlalu percaya kepada arus kemodenan yang berlangsung untuk membawa hati itu kepada pesongan demi pesongan yang menjauh daripada kepercayaan yang benar. Kami ini cumalah kehadiran yang menyampaikan-HIDAYAH itu milik ALLAH. Jadikanlah pedoman daripada tulisan-tulisan kami ini untuk penulisan kepada diri yang perlu mengembalikan MELAYU itu kepada KEAGONGAN, setiap tahta diri itu perlu kembali merebut tempatnya kembali, dalam perwarisan bangsa. Jikalau Melayu itu tidak mewariskan kejiwaan itu kepada pewaris yang benar, tiadalah lagi pewaris daripada era GLOBALISASI ini melainkan kita yang kembali. Hatta, jadikanlah tulisan ini pedoman buat yang membaca, belilah ia daripada ALLAH SWT, sesungguhnya yang menulis ini ikhlas hatinya menginginkan imbalan daripada ALLAH SWT semata-mata. Hati bukanlah didikan yang boleh dibeli dengan harta, bukanlah harta itu menjadi sesuatu yang kami idami melainkan HIDAYAH daripada ALLAH itu kami mohon bagi setiap yang membaca tulisan - tulisan diri kami. Jikalau wujud kesangsian, baliklah kepada HAKIKAT penyucian jiwa, hatta akan kembalilah jiwa itu melihat akan kebenaran yang diceritakan ini. Jikalau wujud keragaman akal dalam menyoalkan, maka hakikat kepada penulisan ini tidaklah untuk akal melainkan ia berunsurkan KEJIWAAN yang telah pun kembali kepada HAKIKAT diri. Penulisan ini tidak meminta sebarang bentuk harta benda daripada sesiapapun, maka ia adalah KEIKHLASAN HATI NURANI itu sendiri.



Comments


bottom of page