Melayu
Telah kami tuliskan mengenai leluhur bangsa yang mewarisi sifat kebumian yang menyebabkan terdudukinya kita semua di bumi Melayu. Fahamilah -kemelayuan-, ia berada pada adab dan kesopanan diri kita dalam menyantuni umat manusia khususnya. Di situlah letaknyanya kemelayuan yang tinggi, ADAB dan KETATASUSILAAN - Kebaikan yang merajai diri kita itulah MELAYU. Kehidupan yang berasaskan bangsa ini merupakan bahagian yang penting dalam kehidupan. Jika bangsa itu menjalani kehidupan baik sebagai seorang manusia yang menjiwai bangsanya, maka bahagialah seseorang dalam kehidupan peribadi mahupun kehidupan bermasyarakat. Nilai kejiwaan seseorang itu, meletakkan seseorang di dalam kehidupan yang berjiwa bangsa. Masyarakat yang hidup berteraskan nilai-nilai murni di dalam sesebuah masyarakat itulah yang ingin kita pimpin kejiwaannya. Andaikata manusia tidak berada dalam masyarakat yang dipimpin dengan hati budi yang berasaskan kejiwaan seorang -Melayu, maka kehidupan yang berasaskan nilai-nilai murni itu akan tidak dapat dibina jiwanya. Kejiwaan ini penting dalam penghayatan makrifatullah - jiwa yang tenang itu menjadi satu resmi yang ingin kita bina di dalam diri setiap manusia mana pun. Makrifatullah itu perlu tenang jiwanya, perlu bijak perlaksanaannya, perlu dibina dirinya dalam masyarakat, perlu bijak dalam melaksanakan peperangan demi peperangan yang bertindak sebagai pengasas kepada kejiwaan murni.
Hati yang hidup itu menjadi TERAS kepada kejiwaan yang boleh berdiri dengan sendirinya. Kejiwaan itu perlu dimerdekakan daripada sebarang penguasaan yang tidak berhak ke atas dirinya. Diri yang menjadi seorang hamba itu perlu menjadi hamba hanya kepada yang berhak menguasai diri kita sendiri - KITA JUGA. Hanyalah penguasaan diri yang memerdekakan jiwa itu membawa seribu perubahan kepada langkah-langkah seorang hamba yang diberkati. Hati yang hidup itu perlu kita pupuk daripada masyarakat, dengan pembinaan nilai-nilai murni dalam kejiwaan KEBANGSAAN. Bangsa merupakan satu ciptaan ALLAH SWT yang perlu kita teliti leluhurnya. Hatta, setiap kejiwaan itu membawa klimaks bangsanya yang unik dan tersendiri. Kita perlu kepada penghayatan bangsa ini buat kesekian kalinya, kerana hanya dengan pembinaan jiwa, dengan bangsa, kita mampu merubah sebuah masyarakat yang tidak terpimpin kejiwaan melayunya itu, kepada keturunan yang pulang kepada DIRI MELAYU JATI. Dan pada DIRI MELAYU JATI itu terdapat perlambangan DIRAJA yang perlu diperturunkan kepada keturunan kita pula. Hatta, setiap apa yang berlaku kini sudah berada dalam pengetahuan mereka dahulu kala atas KEILMUAN yang tinggi dan TERANG MATA HATINYA. Kerajaan di dalam diri itu perlu dikembalikan kepada TUANNYA. Hatta kami tetap akan terus menulis untuk perwarisan bangsa Melayu agar tersematlah semula jiwa yang ingin KEMBALI. Kembali kepada yang berhak, kembali mengambil diri yang sudah terjajah oleh pelbagai macam keadaan yang membuat diri lupa kepada diriNYA yang sebenar.
Arakian sekian kali kami menulis, hanyalah ALLAH yang MEMBIMBING segala bentuk penulisan. Tidak tersemat pada diri untuk memecah-belahkan mana-mana bangsa lain, melainkan hanyalah dengan pembinaan bangsa yang betul pada setiap leluhur sesuai dengan PENCIPTAAN itu dapat kita bina diri kita dalam leluhur kita sendiri. KEILMUAN LELUHUR ini adalah satu bentuk perwarisan yang diperturunkan kepada generasi kini yang sudahpun mempunyai gerak nurani dan ia adalah HADIAH daripada-NYA. Penciptaan demi penciptaan adalah untuk terus MENGENAL-NYA. Kehidupan yang kita jalani berlandaskan kehidupan yang berasaskan bangsa bukan membuatkan kita semakin lupa kepada-NYA, malah begitulah kita menghargai setiap penciptaan-NYA. Hayat kita pendek sebagai manusia generasi kini, maka teruskanlah perwarisan ini kepada generasi yang seterusnya itu dengan melalui PERKAHWINAN dan perwarisan darah keturunan daripada leluhur kita jua. DIDIKlah anak-anak di dalam keluarga itu seolah itulah PERMATA DIRI yang perlu dijaga rapi, kehidupan yang berasaskan KEKELUARGAAN itulah yang akan membentuk masyarakat yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin perempuan daripada KALANGAN IBU-IBU YANG SOLEHAH dirinya. Kebangkitan leluhur bangsa ini bukan untuk kita mengecilkan kewujudan bangsa lain, melainkan kita PIMPIN diri kita mengikut keadaan leluhur kita dalam masyarakat MELAYU. Kehidupan yang berasaskan bangsa tidaklah boleh disingkirkan, kerana berlakulah pancaroba daripada sudut kehidupan yang tidak menghargai penciptaan yang telah dilaksanakan sejak dahulu kala lagi. Setiap manusia punya leluhur dan darah daripada kebangsaan masing-masing. Di situlah JATI DIRI sebenar setiap bangsa dan setiap bangsa itu adalah PENCIPTAAN-NYA yang perlu dipimpin sesuai dengan kehadiran setiap bangsa yang punya pemimpin dalam kalangan bangsa-NYA sendiri.
Comments