top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

Mata Batin Manusiawi

Sedangkan manusia yang melihat itu merupakan mereka yang merupakan manusia yang hadir ke alam Melayu dan mengambil tahta diri mereka sebagai seorang insan biasa, pabila seseorang manusia itu melalui keadaan yang melebur maka, di situlah segalanya menjadi. Ia bermaksud kejadian manusia memerlukan hakikat yang berlangsung secara diri yang memerlukan manusia melihat kepada DIRI yang menciptakan. Manusia gagal melihat kebatinan itu kerana terlindung oleh cahaya alam yang mendirikan tahtanya di bumi manusia. Tahta langit itulah yang menjadi idaman para penduduk bumi. Manusia tidak dijadikan untuk berjemaah di bumi melainkan hatinya perlu di langit ketika semua jemaah itu menundukkan kepala mereka ketika ruku' dan sujud, ketika itulah penyembahan sebenar terjadi kepada kita semua. Manusia yang menjadi sebahagian daripada alam ini hanyalah mereka yang mendiami kemusnahan yang nyata di alam batin. Kami cumalah menyampaikan yang hatta yang menyampaikan ini cumalah lakonan kepada lakonan semata-mata. Hati yang memahami akan berupaya mendimensikan kehidupan menjadi kepada 3 dimensi yang berlainan dan berkehidupan secara ragam di atas 3 dimensi tadi. Ia masih di makam manusia. Lebih daripada itu adalah kehendak ALLAH SWT dalam membukakannya, tugas kami bukanlah untuk membuka lebih banyak cerita melainkan leluhur itulah yang menjadi penulisan kami dan kami yang akan membuatkan manusia tertanya-tanya akan persoalan leluhur mana kah kita itu, ia menjadi satu persoalan yang perlu dibangkitkan untuk diri masing-masing, kerana tahta kita sememangnya dilindungi melainkan hanya kepada yg mewarisi itulah yang akan mengetahuinya. Perbuatan manusia itu perlulah selari dengan kemampuan yang akan diwarisinya itu nanti. Segala amal dan taat perlu berlaku sejajar dengan apa saja kebolehan yang diperturunkan kepada diri kita.


Hati yang sempurna itu akan boleh melihat alam ini sebagai tempat yang bukan untuk kita berehat malahan ia adalah tempat bermain semata-mata bagi yang mengerti, tiadalah ia satu yang serius sebenarnya melainkan permainan yang perlu kita lakonkan dimensinya. Kesedaran ini sudah melanda sebahagian bumi yang lain sedangkan kita di alam melayu masih lagi terpinga-pinga dengan ilmu sedangkan ia adalah perwarisan daripada diri kita jua kepada alam lainnya yang menghidapi kemahuan manusia yang ingin kepada ilmu manusia yang boleh menjadikan mereka itu orang yang setia kepada perwarisan bangsa mereka. Katakanlah ya kepada setiap yang ingin didatangkan itu kerana ia menjadi satu kemestian kepada semua perwarisan yang bakal dilakukan oleh kita semua kepada anak cucu kita yang akan menghadapi akhirnya diri itu nanti. Lelaki yang baik akan boleh mengesan perempuan yang baik dan perempuan yang baik boleh mengesan lelaki yang baik dan baik itu dikenal melalui hati kita sendiri bukan? Jika bab jodoh itu kita mampu merasainya, maka ia juga menjadi petanda yang kita boleh merasai petanda akhir diri yang bakal menjelma di satu hari nanti. Kalam ini akan berakhir dengan kalimah - KEMELAYUAN ITU DIBINA DARIPADA KEMULIAAN YANG AKAN MEMULIAKAN BANGSA ITU AKAN KEMBALI JUGA KEMULIAAN ITU KEPADA PARA PEWARIS BANGSA MELAYU. Kami iltizamkan penulisan ini kepada mereka yang bakal mewarisi bumi akhir daripada DIRI kita itu nanti.



Comments


bottom of page