top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

Leluhur Bangsa

Yang dikatakan kami sebagai perwarisan itu adalah mereka yang terpilih. Bagi yang terpilih itu akan dikenal-pastilah tugasan-demi-tugasan untuk perwarisan anak bangsa. Keluhuran yang kita bina semasa perjalanan spiritual itulah yang membawa GEMILANG diri. Hakikat kepada perwakilan ini adalah mereka yang mengalami perjalanan spiritual secara menyendiri. Mereka telah berkorban jiwa dan raga demi satu kemestian yang perlu dilalui. Pelbagai corak ujian yang telah mereka lalui, pelbagai corak langkah yang telah mereka alami. Hanya yang melaluinya yang penuh mengerti akan perjalanan menyendiri tersebut. Hakikat itu tidaklah dapat dikongsikan kerana peng-amalan mereka khusus kepada yang terpilih daripada jalan menyendiri sahaja.


Dikatakan menyendiri itu bukanlah hilang di dalam gua yang kelam. Menyendiri secara nurani itu pabila segala macam perkara dunia dilenyapkan buat sementara waktu sahaja demi, kematangan dalaman yang perlu dipuasakan daripada dunia. Keadaan dalaman yang begitu menyebabkan diri gagal mencapai beberapa perkara luaran yang perlu dibiasakan keadaan dirinya penuh dengan alam mata batin. Kehadiran pembimbing yang hadir akan memberitahu keadaan murid tentang keadaan diri yang sedang dilatih dengan alam kebatinan. Mata hati akan terus digilap, sehingga, pencerahan kepada hati itu berlaku. Berlakulah keadaan yang tidak dapat diramal dengan kejadian akal yang biasa pada mereka yang pernah menjalani keadaan ini.


Perwarisan leluhur bangsa itu turun-temurun sifatnya. Dan yang terpilih itu perlu memahami hakikat yang dalam dalam kepada yang lebih dalam lagi daripada masyarakat umumnya. Kedalaman upaya meng-gali kepada yang lebih dalam itu hanyalah terdapat pada segelintir jiwa semata-semata, bukanlah semua mampu kepada perwarisan akan ilmu yang perlu kepada ketekunan dalam meniti pelbagai alam yang tidak dapat dilihat dengan mata zahir. Alam yang zahir ini mudah bagi yang ramai, namun kepalsuan bagi yang mengerti. Alam zahir punya perangkap duniawi yang perlu diberitahukan hakikat kepalsuannya itu daripada yang terpilih jua. Pemberitahuan ini agar setiap generasi itu diberitahukan akan hakikat kepalsuan yang mendalami hati, supaya setiap hati itu dapat dibersihkan daripada noda dunia. Pencerahan akan berlaku kepada hati yang mahu memahami dengan lebih dalam akan keadaan alam batin yang sempurna akan KETAUHIDANNYA. Mereka yang mahu meng-gali kepada yang lebih dalam itu punya syaratnya, punya perwatakannya, punya aib diri mereka yang tersendiri. AIB diri itulah yang akan membawa mereka kepada yang esa dalam penyembahan yang sempurna TAUBAH-nya. Peristiwa merendah diri itu dilakukan di hadapan ALLAH SWT atas penyembahan sempurna mata hati yang merasakan diri itu kotor akan kesilapan diri sebagai seorang manusia. Lalu segala aib itu akhirnya membawa keberuntungan kepada mereka yang pandai mengaku silap dirinya dihadapan yang menciptakankan. Hati yang membawa serundung dosa itu berat rasa, perit. Lalu laluilah proses demi proses menajamkan mata hati dengan melalui jalan TAUBAH sebagai salah satu jalan awal kepada yang terpilih oleh-NYA. Mereka hanyalah seorang hamba biasa, yang gagal mengerti apa pun asalnya, namun atas keikhlasan diri yang mahu mengaku akan kesilapan dan tidak menyembunyikan aib di hadapan Allah itu, membuatkan diri terpilih dalam landasan yang perlu memimpin kehadiran generasi muka pula. Keaiban diri itu adalah suatu peluang jika pandai menggunakannya. Hadirlah hati yang sering melakukan dosa itu kepada seorang yang PEMAAF hakikatnya, lalu menjadilah si pendosa itu seorang yang akan mengenang akan kebaikan si PEMAAF tadi. Kesilapan diri bukanlah satu perkara yang perlu dilindungi daripada ALLAH SWT. Tiadalah Allah itu melihat melainkan MAHA akan melihat segala-galanya daripada pelosok manapun hati kita yang cuba menyembunyikan kemungkaran diri pada-NYA.



Commentaires


bottom of page