Lelaki Idaman
Idaman hati lelaki adalah perempuan yang tahu menghormati dirinya sendiri, lebih matang kejiwaannya dan besar kepimpinan ( kewanitaan/keibuan atas dasar sifat diri ). Idaman hati wanita pula akan lelaki yang lebih besar kepimpinan akan kemanusiaanya, gigih berusaha untuk anak dan keluarga, yakin diri berdepan dengan segala masalah dan punya penyelesaiaannya. Lelaki yang begini, kelahirannya dinantikan, kewanitaannya menjengah kepada sesuatu yang disesuaikan dengan sifat keperwiraannya, bermaksud sifat wanita itu jugak wujud pada seorang lelaki hatta, lelaki itu menjinakkan keperwiraannya tadi dengan menyesuaikan sifat wanita itu agar tidak berlaku kekasaran yang melampau kepada seorang wanita sejati. Kelembutan seorang lelaki itu pada sikap penyayangnya, kekasarannya dilenturkan dengan kasih kepada diri wanita idamannya. Hakikat ini terdapat pada surah AR-RUM: 21 - Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Pada yang berfikir itu, mengenanglah hatinya kepada keadaan seorang wanita yang bersusah payah berdiri di setiap pelosok mana pun dirinya berada, akan diturutilah langkah demi langkah ke mana pun dibawa ini bersamanya tadi. Kehidupan suami-isteri berlandaskan ekonomi diri si lelaki kerapkalinya, dan kehidupan membawa kita kepada penyaksian ketaatan seorang isteri kepada suaminya pada yang menyaksikan hakikat fitrah diri. Bawakan contoh akan manusia yang menjadikan diri mereka songsang pada fitrah, kecelaruan itu pasti berlangsung. Mahukan kepada kehidupan yang baik, seorang lelaki itu perlulah rajin bekerja, rajin mendapatkan pendapatan kepada keluarganya tadi, rajin kepada pembawakan ruhaninya kepada ILAHI. Pada setiap yang mengerti itu, memerlukan hakikat diri yang penuh dengan KERAJINAN tetapi bukanlah diri itu perlu tamak - haloba kepada dunia ini yang membawa kerajinan dirinya. Hakikat diri tidaklah boleh membawa kepada hati yang tamak melainkan tamak itu bukan sifat yang mulia. Pembangunan bangsa melayu bergantung kuat kepada ekonomi bangsa melayu yang perlu tumbuh pesat sebagai ikatan kasih sayang antara keluarga yang perlu dikuasa lelaki-lelaki daripada bangsa kita juga.
Tidak dikatakan lelaki andaikata seorang lelaki itu malas bekerja dan menjadi tanggungan kepada ahli keluarga lainnya, melainkan berlakulah beberapa peristiwa yang tidak dapat dipastikan mengapa diri itu tidak dapat mencari nafkah, ia berbeza pendapat dan keruntuhan itu pasti berlaku kepada ekonomi keluarga pabila diri Sang Lelaki tidak dapat bekerja. Lalu, lelaki itu perlu kuat semangatnya, perlu gigih usahanya, perlu maju pemikiran dan cara melihat kehidupan yang membawa kemajuan kepada dirinya, keluarga sebelah ibunya, keluarga sebelah bapanya, hatta keluarga yang ingin dibina leluhur bangsa seterusnya itu. Majulah kehidupan sebagai seorang lelaki sejati, yang mendamaikan keluarga demi keluarga yang ada di sekelilingnya, janganlah ditinggalkan satu tanggungjawab diri, nescaya diri itu akan mengalami kompleksi akan pertanyaan keupayaan diri sendiri. Kita tidak menggalakkan banyaknya harta kepada setiap keluarga, namun yang kita galakkan adalah sifat bertanggungjawab kepada diri yang senantiasa melihat kekurangan ahli keluarga dan bermurah hatilah setakat yang mampu. Kita kembangkan empayar kemurahan itu dalam keluarga kita sendiri bagi para lelaki dan bagi para wanita yang bekerja pula, janganlah kelakian yang kita alami itu membuatkan kita gah diri kepada PENCIPTA, mahukan ganjaran maka bersedekahlah senantiasa hatta ia bukan tanggungjawab diri kita pun. Ia akan membawa berkah kepada setiap keluarga-keluarga yang menerima keikhlasan hati nurani kita. Kita orang melayu, kaya dengan sikap mengambil berat, tidaklah kita bermegah akan apa yang kita berikan melainkan kita menganjurkan sikap dan perbuatan yang merupakan kejiwaan luhur daripada hati yang senantiasa berperikemanusiaan sesama bangsa kita. Hatta jika kita memberi kepada yang bukan mengalami kesusahan pun, ia merupakan HADIAH daripada jiwa kita yang IKHLAS nuraninya. Pabila kita bersedekah, hatta memberilah dengan semampunya, dan ia bukan untuk bermegah dengan sesiapa pun.
Comments