KEMBALINYA ALLAH
Tiga bulan yang lalu, aku telah diuji dengan sesuatu yang paling tidak aku ingini! Terpisahnya aku dengan Allah dan tercari-cari di mana tempat pergantunganku. Hari-hariku dilalui dengan murung kerana kehilangan cinta dalam hati. Allah di mana kamu?
Allah di mana kamu? Di saat itulah jua cerita lama datang menghinggap pada diri, diriku yang pernah mencintai status datang dan mendominasi diri. Hatiku kosong tanpa Ilahi. Hati juga disibukkan dengan melihat kehidupan 'orang lain' dan mencari-cari dunia di sisi orang lain.
Punah kehidupan ku punah, yang aku rasa benar lainnya daripada diriku yang asal. Hatiku berubah bentuk, daripada mencintai Allah menjadi kosong, lalu dunia datang menempek pada hati yang kosong itu.
Kini, Aku pulih Ya Rabb. Aku sudah pulih dan keinginanku cintaku kuat semula kepadaMU. Aku tiada bersangka buruk akan ujian yang aku lalui, melainkan Allah ingin mengingatkan aku - Aszifa, jika engkau mencari pengiktirafan daripada orang lain, kau akan kehilanganku!...Lalu cinta yang dikembalikan ini aku semat dalam hati, rapat-rapat aku simpan dan dakap.
Ya Allah, terima kasih kerana KEMBALI!
Yorumlar