top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

Kelangsungan Hidup

Yang dikatakan kehidupan itu bukanlah sekadar cukup makan dan minum, namun KEJIWAAN itu perlu juga dilangsungkan nikmatnya bagi jasad yang melata di bumi ini. Dari itu kami berpesan kepada generasi kini yang membaca tulisan kami, untuk meneruskan perkenalan demi perkenalan dalam jiwa sendiri yang seterusnya membawa perkenalan kepada KEESAAN. Diri yang MENGENAL itulah TUJUAN.


Boleh dikatakan kita di alam Melayu tidak akan hilang perwarisan ilmu leluhur dan ketuhanan kerana ia sudah dijanjikan dengan penuh kota pada janji bagi kami yang mewakilkan ilmu ini kepada pewaris kami. Yang dikatakan sebagai pewaris itu adalah mereka yang dikurniakan dengan pilihan untuk memiliki ilmu yang lebih mendalam. Hati yang sudah MENGENAL itu sering ingin membawa perkenalan itu kepada manusia lainnya pula. Kehibaan hati dalam mengenal itu dilangsungkan dengan pernikahan akhirnya. Pernikahan itu akan berlangsung dengan masanya, pada ketikanya. Hati yang menanti itu biarlah diubati dengan KELANGSUNGAN HIDUP yang terkini. Hayatilah alam kini, yang telah direkakan PENCIPTA. Hanya generasi kini yang perlu meneruskan apa yang telah dijanjikan dalam leluhur generasi dahulunya. Teruskanlah mendaki gunung yang tinggi bagi hati yang masih menjengah alam KEJIWAAN. Jangan berhenti. Gunung itu tiadalah tingginya, pabila kita semua telah berada di kemuncak, mengertilah kita akan segala penat lelah yang kita tanggung dalam proses MENGENAL. Hasil jiwa itulah yang kita inginkan, supaya BAHAGIA itu sering mendekati kita yang sering ingin menitip nikmat kebahagiaan hidup.



Comments


bottom of page