top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

Keilmuan Leluhur

Darah yang mengalir itu adalah sebahagian daripada perwakilan diri. Hanya yang mengerti dengan dalam akan KEILMUAN leluhur yang akan mengerti maksud KEJIWAAN yang mengalir melalui hubungan badan dan seterusnya yang diadili di dalam keturunan kita sendiri. Kejiwaan itu menjadi satu masalah yang nyata kerana dunia makin kelam tanpa cahaya. Yang bercahaya itu telah pudar lama daripada muka bumi, pabila Nabi Kita Muhammad SAW itu melangkah meninggalkan alam ini. Kehidupan menjadi pudar daripada cahaya diri, lalu kitalah yang perlu bangkit dalam mewakilkan cahaya di alam ini di kemudian hari. Bangkitnya kita daripada alam MELAYU bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kelebihan kita di dalam perwarisan bangsa yang ULUNG, namun lebih diketengahkan sebagai KEJIWAAN yang hadir untuk memimpin ummat. Kejiwaan yang punya ALLAH di dalamnya itu perlu didalami dengan lebih dalam agar setiap daripada kita punya peluang untuk meniti JALAN KETUHANAN. Alam Melayu, tidaklah terpisah pisah asalnya daripada segi KEILMUAN. Segalanya hanyalah SATU. Di jiwa kita ini sudah diletakkan upaya untuk MENGENAL.


Kehadiran jasad diri adalah sebagai satu kenderaan yang mengisi Ruhi. Ruh itu adalah persoalan ghaib yang tidak dapat kita tempuhi dengan mata kasar, melainkan hanyalah JIWA yang mampu merasai. Kehidupan kita menjadi satu masalah apabila sentuhan jasad dan jiwa itu tiada pertindihannya. Masyarakat jadi gersang daripada CINTA. Yang wujud hanyalah percintaan palsu yang membuatkan hati bertambah-tambah kosong jadinya. Lalu kita, perlu bangkit semula dalam mewarnai kehidupan ini dengan CINTA yang TELUS kerana KEESAAN itu sendiri. Yang menjadikan masalah diri kita itu, adalah diri kita jua, lalu yang perlu diselesaikan itu, adalah DIRI. Jalan Diri itulah yang perlu dipertemukan dengan Jodoh kita yang telah pun datang kepada kita. Dan setiap jodoh itu pasti berlakunya perkahwinan. Di mana pun jodoh kita, maka ia akan menghadirkan dirinya. Tiadalah siapa pun, yang boleh menghalang URUSAN PENCIPTA. Kehadiran jodoh kita itu adalah untuk menamai dirinya sebagai pewaris kepada KEILMUAN LELUHUR ini jua, sebagai cetusan kepada KEABADIAN CINTA. Tauhid itu boleh berpindah melalui hubungan suami isteri kerana cetusan JIWA itu menghubungkan jiwa-kepada-jiwa selainnya. Kami hadir sebagai perwakilan ilmu di dalam leluhur kami untuk menyampaikan kenyataan tentang keilmuan ini. Hanya yang pasti nyata dalam perwakilan alam melayu, ilmu ini perlu diperturunkan kepada yang mesti diperturunkan. Ia adalah satu KEMESTIAN.


Bahasa kami adalah bahasa IBUNDA, MELAYU. Itulah keturunan kami, MELAYU. Bukanlah kami ini satu perwakilan yang ingin memburukkan bangsa lain, namun kami ini diperturunkan untuk BANGSA MELAYU. Perjuangan kami adalah dalam aliran bangsa kami, MELAYU. Perjuangan ini perlu diperwariskan kepada yang pasti diwariskan. Kehidupan adalah satu jalan kepada perwarisan. Lalu kita perbanyakkan anak bangsa kita yang MENGENAL DIRI, dan dengan MENGENAL itulah perjuangan akan mudah dilaksanakan. Hanya dengan mewariskan keilmuan yang benar itu menjadi satu jalan untuk mendapat KEBAHAGIAAN. Pewaris-pewaris ini akan mewariskan keilmuan ini kepada generasi yang seterusnya jua. BAHAGIALAH diri apabila ia berpeluang MENGENAL DIRI.



Comments


bottom of page