Kehidupan manusiawi
Menjalani kehidupan secara berhak itu perlu dilalui dengan mata hati yang terang. Ia perlu bagi mereka yang umumnya menjalani kehidupan secara bekerja, ber-anak, bersuami namun telah boleh melihat akan hakikat demi hakikat di sebalik manusia umumnya. Hati yang bekerja secara tekun di alam menyendiri itu kini, telah pulang ke-hadrat pasukan manusia yang perlu meneruskan perjuangan manusiawi di bumi. Kemandirian dirinya akan pulang sebagai manusia biasa. Keluarga menjadi satu perjuangan kepada dirinya kini. Hakikat dirinya akan berubah kepada seorang perempuan yang mengenali manusia lainnya untuk bersama dengan manusia lainnya. Kehidupan boleh berubah sebagaimana yang dikehendaki ALLAH SWT. Bukanlah kita yang menentukan jalan hidup kita. Di mana pun kita berada, hati tetap melihat ALLAH SWT. Hati ini bukan lagi hati yang mudah tertipu dengan dunia. Manusia melihat manusia sebagai satu hijab, melainkan telah tajam mata hatinya, maka manusia itu menjadi satu asbab untuk dia lebih MENCINTAI ALLAH SWT. Keadaan hati lah yang merubah pandangan hidup manusia. Manusia yang terang mata-hatinya akan melihat hakikat di balik hakikat, namun kenyataan hidup adalah dibumi. ALLAH SWT telah pun merubah kehidupan seorang hamba yang disayangi-nya itu untuk menebarkan KASIH-SAYANG sebenar di muka bumi. Leluhur yang mewarisi ketuhanan adalah leluhur yang punya banyak kenangan dalam mencintai. Bukanlah kami menipu apabila kami mengatakan cinta itu satu kuasa yang begitu gemilang asalnya. Daripada cinta itulah wujud percintaan yang kembali di-dirikan tahtanya di bumi melayu.
Kehidupan yang menjalani kehidupan yang biasa itu membuatkan para pewaris leluhur kebangsaan akan mula bergerak untuk kebaikan bangsanya juga. Leluhur itulah yang disimpan di sanubari seorang pewaris yang akan diaktifkan kegiatannya pada masanya. Leluhur itulah yang akan menjadi simpanan seterusnya yang akan meneruskan apa yang telah diperlakukan oleh pemilikinya pada suatu masa dahulu. Perwarisan itu terus berlaku dalam perwarisan keturunan. Hakikat ini tersimpan rahsianya pada sesetengah golongan kerana mereka gagal menelusuri kembali tahta diri. Kebaikan yang datang daripada keilmuan leluhur adalah kebaikan dalam membawa manusia kepada ALLAH SWT dalam bakti yang membuatkan setiap pergerakan pulang kepada YANG MENCIPTAKANNYA. Kebaikan itu hadir kerana ia merupakan perwarisan yang telah ditanam di dalam keilmuan leluhur bangsa melayu yang punya ciri untuk mewarisi keadaan yang telah diperletakkan oleh nenek-moyang terdahulunya dalam bangsa dan keturunan yang bakal mewarisi. Keadaan ini agak unik dan mestilah diperturunkan kepada yang perlu diwarisi hatta perwarisan bangsa itu berlaku dengan keadaan diri yang boleh MENGENAL DIRI. Kebaikan apa pun yang bakal dilakukan oleh pewaris bangsa itu banyak terkait dengan leluhur yang telah pun menjalani kehidupan ini terdahulunya. Ia berkait secara spiritual. Ia akan melibatkan beberapa orang yang telah terpilih daripada setiap leluhur untuk terus mewarisi yang bakal diwarisi. Pada perkenalan awal dengan KETUHANAN pastilah berlakunya pelbagai macam keadaan yang membuatkan keadaan pewaris kurang stabil namun keadaan ini pasti akan kembali kepada sediakala. Janganlah mereka yang punya keturunan yang perlu menjalani latihan ketuhanan melalui jalan ini begitu risau akan keadaan mereka yang terpilih itu kerana segala bentuk ujian yang dijalani itu hanyalah sementara buat dirinya. Sesungguhnya pasti, ia akan kembali kepada kehidupan manusiawi. Harapan ini bukanlah satu kepalsuan, melainkan MELAYU itu akan KEMBALI TERBILANG.
Keadaan diri MELAYU itu amatlah bergantung kepada perwarisan khazanah DIRI yang terkandung di dalam setiap pewaris bangsa. Keadaan diri yang kurang stabil pada awal perjalanan diri itu hanyalah sementara, laluilah bagi yang terpilih. Yang terpilih itu akhirnya akan kembali untuk KEMAKMURAN bangsanya sendiri. Alam ini tidaklah akan kekal seandainya perwarisan ini bukan diturunkan secara turun termurun bagi yang mewarisi. Hanya hamba ALLAH yang soleh dan solehah yang punya peluang mewarisi keadaan diri yang baik dan terpilih untuk memakmurkan keadaan diri dan masyarakatnya. Kehadiran pulang kepada manusiawi itu merupakan satu kehadiran yang merupakan penabalan akan yang berhak kepada yang telah diwarisinya daripada pengamalan dirinya di alam menyendiri. Segala yang tertahan daripada dirinya ketika menyendiri itu pasti kembali kepada dirinya apabila keadaan dirinya telah stabil di manusiawi. Keberhasilan melalui jalan menyendiri itu perlulah diberitakan kepada orang ramai supaya ia menjadi satu perkabaran daripada alam melayu untuk JATI DIRI bagi yang perlu melalui jalan ini. Ia merupakan perkongsian bagi mereka yang terpilih jua. Yang terpilih itu pasti akan menghadirkan diri untuk terus membaca tulisan-tulisan ini kerna ia merupakan PANGGILAN. Kehendak diri bukanlah sesuatu yang sesuai untuk diperkatakan, melainkan ia adalah rasa yang mendorong jiwa. Manusia umumnya akan membuat manusia lain merasa iri pabila mereka punya kebolehan nurani, namun penulis tidaklah menyeru kita semua kepada sikap yang sebegitu, melainkan jalan ini perlu didahului dengan kerendahan jiwa yang mahu merendah diri kepada Yang Esa. Kehadiran seorang hamba itu perlu sebelum dibimbing oleh mereka yang pasti akan dijumpai. Bagi mereka yang ingin melalui jalan MENGENAL, maka wajib bagi dirinya mempunyai niat yang ikhlas dan tiadalah pada hati itu untuk mewarisi sesuatu kurniaan hanya kerana KEHEBATAN diri. Ia tidak pernah begitu, dan tidak akan menjadi begitu. Hatta gagallah diri pada awal perkenalan lagipun, apabila segalanya mengikut ego diri. Perbuatan yang datang daripada kehendak nafsu itu perlu dibatalkan niatnya apabila segala macam keadaan nafsu itu bercampur dan mengangan-angankan KEHEBATAN di mata manusia lalu menjadi pilihan dirinya untuk menguasai alam kebatinan.
Yorumlar