top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

Kehidupan Hakiki

Kehadiran Sang Pencinta di dalam diri manusia itu adalah untuk dihargai. Kehadiran yang dicintai itu adalah untuk diamati. Perwakilan setiap makrifat diri itu ada di mana-mana. Kejiwaan yang hadir dalam memahami makna cinta itu wujud di dalam LUKISAN KEHIDUPAN. Ta'arif kepada jiwa tadi adalah apa yang dikatakan TAFSIRAN. Tafsir-Tafsir inilah yang membawa sebuah kisah kepada sebuah kisah yang lainnya pula. Kehidupan itu dikatakan sebagai sebuah KISAH DIRI. Pemergian kepada alam tauhid itu akhirnya, membawa seribu kepulangan kepada manusia, untuk menakluk semula, alam -MELAYU.


Hadirnya para perwira BANGSA itu adalah kerana JIWA MELAYUNYA tidak pernah KEKANG daripada naluri KEINSANAN. Yang mewujudkan BANGSA itu adalah ALLAH SWT itu sendiri dan KEKANGAN yang wujud pada generasi akan datang itu adalah JIWA. Lalu pengisian itu kami isikan dengan penulisan yang akan hadir di JIWA-JIWA PEWARIS BANGSA pada suatu hari nanti. Setiap penulisan ada pembacanya, dan golongan kami akan membaca tulisan yang kami tinggalkan ini demi perwarisan KEBANGSAAN itu sendiri. MahaWangsa adalah perwakilan kami di dalam tulisan yang meningkatkan JATI DIRI anak bangsa. Perwakilan kami adalah melalui tulisan-tulisan kemandirian jiwa pewaris kami.


Di sana nanti, akan wujud seribu persoalan tentang MAKRIFAT DIRI, dan MAKRIFAT itu tiadalah jawapannya melainkan bagi mereka yang pernah merasainya. Perwarisan MA'KRIFATULLAH itu menjadi persoalan demi persoalan kepada jiwa yang bertanya. Tidaklah asing daripada perwarisan pewaris kami yang mewarisi darah kepimpinan JATI ketuhanan DIRI. Daripada jiwa PEMIMPIN itulah, lahirnya KEJIWAAN yang boleh memimpin bangsanya di suatu masa nanti. Kehidupan demi kehidupan hanyalah membawa kenyataan untuk PULANG kepada KEESAAN. Dan JIWA yang mewarisi KEBANGSAAN itu tetaplah akan bangkit dalam generasi kami yang akan datang. Tanah ini akan pulang kepada pewarisnya jua.



Comments


bottom of page