KECINTAAN memungkiri CINTA
Adapun kami semua menyaksikan satu penceritaan yang benar pada penyaksian akan hakikat manusiawi yang mencintai seseorang kerana ILAHI. Cinta yang berputik atas keikhlasan hati seorang hamba pasti berbalas dengan kenyataan yang INDAH. Kehadiran Sang Pencipta untuk mengukir hati seorang hamba dengan nama jodohnya sendiri itu adalah suatu kenyataan yang INDAH jua.
Pada pelarian akan jodoh sendiri itu wujud satu rasa takut pada diri - Mungkinkah aku memungkiri cinta ilahi? Pasti setiap yang syirik itu pasti menyakitkan hati para pensyirik. Lalu cinta itu disucikan-NYA kerana sebuah ingatan yang suci akan hakikat PENCIPTAAN CINTA itu sendiri.
Kenyataan yang berlaku pada manusia umumnya adalah KECINTAAN pada YANG ABADI. Kecintaan pada manusia itu seringkali satu perjalanan awal kepada YANG ABADI. Kecintaan pada makhluk itu adalah permainan takdir untuk membawa permainan itu kepada yang SEJATI.
Perbidalan mula wujud pada hati seorang hamba, adakah yang dicintainya itu adalah PENCIPTA? Tidak. Makhluk bukan Pencipta, tetapi Pencipta itu mewakilkan makhluk untuk sebuah per-kenal-an dengan YANG ESA.
Kenyataan hati yang mula mencintai seseorang itu membuatkan hati merasa SEGAR. Hati yang sakit kerana CINTA pasti kerana syirik-nya akan PENCIPTA. SEGAR BUGARnya cinta baru itu dirasai pada hati yang baru kerana HATI itu berbunga tidak selain kepada ALLAH. Hanya ALLAH, ALLAH dan ALLAH.
Comentários