top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

Kecintaan

Jika seorang wanita menjaga KEMULIAAN dirinya, maka, terpeliharalah dia daripada api neraka jahannam. Jika seorang lelaki merindui seorang wanita, lalu ditahan nafsunya kerana wanita itu sendiri, demi menjaga Kemuliaan wanita itu jua, maka terjadilah PERCINTAAN SEJATI antara keduanya.


Nafsu yang dijadikan Tuhan itu juga sesuatu yang untuk dikenal. Dikenal nafsu itu, maka terjagalah diri daripada apinya neraka. Api neraka itu sentiasa menanti untuk menjilat sesiapa yang ingin masuk ke dalamnya. Yang perlu dijalani daripada kita manusia, adalah senantiasa menjaga hawa nafsu daripada membawa kita masuk ke dalam apinya neraka.


Neraka itu adalah tempat bagi mereka yang tidak menjaga nafsunya ke arah kebaikan. Segala macam perasaan untuk melihat aurat wanita itu perlulah ditahan sehingga, perkahwinan itu berlangsung. Syariat begitu perletakannya. Jikalau nafsu itu tidak ditahan kerana Allah, maka terjadilah kepincangan terhadap diri itu sendiri.


Kemanusiaan memerlukan nafsu. Dan nafsu itu memerlukan pendorong. Yang mendorong lelaki adalah seorang wanita solehah. Jagailah dirimu.



Comentarios


bottom of page