top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

KATA HATI ORANG SALEH

Kitakan orang-orang yang menjadi utusan bagi segala pergerakan kita kepada yang ramai, maka hati itu perlulah senantiasa bersih untuk melihat ALLAH SWT sebagai sesuatu yang kita "puja" di dalam hati kita, tiadalah selain ALLAH di dalam hati kita hanyalah ALLAH, sebagai perwakilan yang akan mendamaikan hati kita itu hanyalah ALLAH. Hanyalah ALLAH yang mampu membuatkan kita menjadi yang terwakilkan kepada yang ramai, janganlah segala amal kita itu kita pertontonkan di facebook, di instagram untuk tontonan yang ramai, bukanlah kita ini jumud, namun perhatian pada yang ramai itu sangatlah menganggu hati kita maka yang mampu kita lakukan adalah menyembunyikan amal sepantas mungkin agar terjagalah hati kita itu daripada dirompak amalnya oleh kesombongan ataupun mudahnya kebodohan diri kita sendiri. Amal kita hanyalah untuk ALLAH SWT sehinggalah ALLAH yang mengisyaratkan sudah tiba masanya kita berkongsi cerita. Pada yang melalui jalan bersendiri, maka ia sangatlah sukar malahan menjadi satu bebanan kerana segalanya menjadi begitu sendiri, bersabarlah, ia satu masa yang panjang untuk melendikkan kita yang telah dipilih-NYA untuk sesuatu itu pada masa muka, hal ini bukanlah satu perhatian orang ramai yang kita pentingkan namun adalah pilihan-NYA untuk kita menjadi dekat kepada KEKASIH KITA sendiri, iaitu ALLAH dan ALLAH dan ALLAH.


Kekasih kami hanyalah ALLAH, itulah kata-kata orang yang saleh yang dikurniakan perhatian oleh ALLAH SWT dalam melaksanakan tugasan demi tugasan dan kasih sayang kita itu tebarkanlah kepada insan-insan yang ingin mengenal ALLAH jua nantinya, bukanlah kita ini berkongsi untuk mendapat NAMA, melainkan NAMA ALLAH itulah yang kita inginkan supaya melekat nama ALLAH itu di dalam urat darah sesama kita supaya kita semua saling mendamaikan hati-hati kita sendiri supaya ALLAH mengenang kita sebagai yang terpilih bagi yang terpilih. Kita bukan menjadi yang terpilih andaikata kita mahu terpilih, seringkali yang terpilih adalah mereka yang jahil-jahil, yang merasa diri itu tiada apa pun, kerana mereka itu bakal dilatih penuh dengan ADANYA DIA semata-mata, jangan merasa jahil sehingga tidak bermotivasi lagi untuk meneruskan kehidupan demi ALLAH seolah-olah ALLAH benci akan kita, janganlah, maka yang terpilih itu selalunya yang mudah mengaku dirinya jahil di hadapan ALLAH. Kejahilan itu sepatutnya menjadi satu modal besar sebagai satu permulaan bersama ALLAH, tidaklah ALLAH memilih daripada kalangan mereka yang bongkak, membesarkan diri dengan amalan dan mereka yang kuat dalam percakapannya namun tiadalah nampak akan amalnya. Kami bukanlah menuturkan semata-mata melainkan keringat dan darahlah yang menjadi modal kami dalam perjalanan awal kami, sangatlah berat apa yang kami tanggung lalu teruslah bergerak wahai anak bangsaku, janganlah engkau mengalah akan sebuah ujian demi ujian berat yang kau rasakan ia DURJANA daripada ALLAH, tidak, ALLAH itu BENAR DALAM MELAKSANAKAN UJIAN kerana dialah ALLAH yang MAHA MENGETAHUI BEBANAN yang sesuai untuk diri kita sebagai yang terpilih itu untuk melaksanakan sebahagian daripada tugas-tugas yang hanya untuk mereka yang -terpecaya (AL-AMIN), menjadi yang terpecaya itu pastilah meniti jalan-jalan KEPERCAYAAN ( IMAN ) yang teguh akan ALLAH dan segala perjalanan itu kita simpan sebagai satu jalan yang khusus untuk kita, tiadalah perlu disembah kepada yang selain ALLAH dalam membesarkan kisah-kisah diri kita kerana kita bukanlah sesiapa pun yang terpilih daripadanya adalah mereka yang bakal diam akan segala gerak diri yang terpusing-pusing sebelumnya di dalam kata-kata nista tentang amal mereka adalah mereka yang gagal menjaga percakapan, katakanlah kebenaran itu bukan dengan percakapan namun lihatlah hati kita yang sedang bicara akan ALLAH itu dihadapan ALLAH, itulah percakapan yang sebenar-benar percakapan andai kita ini ingin melihat percakapan kita dengan ALLAH SWT, lihatlah hati kita yang sedang berkata-kata dalam diamnya mulut kita itu, itulah kata-kata yang nista yang muncul daripada hati kita sedang mulut kita sering berbahasa palsu, lalu kita tikam hati kita sendiri dengan kata-kata zikir yang membunuh nista itu, sehingga hati kita bersih daripada sebarang percakapan nista lalu mulut kita pun berzikirlah dalam kalimah-kalimah agung tidak kiralah dalam bahasa apa pun pada suatu yang benar itu maka benarlah kita dalam definisi iman itu, iaitu benar hati dan perbuatan dan kata-katanya.


Kelihatan jiwa kita ini perlu diperbesarkan lagi akan keilmuan leluhur semoga menjadi mudah anak bangsa kita mengerti bahasa jiwa yang akan membunuh kepalsuan bahasa akal yang seringkali keliru, menjahanamkan fikiran kita dan rosaklah bangsa kita dengan kekeliruan akal fikiran anak bangsa yang sering dikelirukan tentera-tentera dajjal yang sering mengajak kita bicara palsu, manipulasi yang tidak benar akan keadaan diri kita, dan percakapan-percakapan sia-sia yang gagal membawa makna kepada jiwa kita. Kata-kata kami ini bukanlah kepalsuan lagi walaupun kami dulunya palsu semata-mata palsu berkata-kata untuk menjaga hati saudara-saudara kami dan rakan taulan kami. Kami belajar berdiam dan berdiam sehingga kami sendiri melihat nista hati kami dalam kepalsuan yang nyata dan kami diamkan sajalah hati yang ingin berkata-kata palsu itu, lebihkan zikir yang membawa makna kepada hati kita untuk menjadi seorang yang cerdik jiwanya, cerdas akalnya, hadam maklumat demi maklumat yang perlu dihadamkan itu, menjadilah kita orang-orang yang cerdik lagi celik akal hatinya, dan akal itu bukanlah tidak boleh digunakan, namun ia perlukan cahaya hati untuk dia bertindak sebagai seorang KHALIFAH. Cahaya itulah yang kami latih akan hati kami, supaya teranglah akal kami akan kemandirian hidup di muka bumi ini. Tenggelamlah kapal tanpa nakhoda yang bijaksana di lautan samudera deras maka kami pun beriktikaf akan kehadiran badai gelombang yang dulunya menghempas kehidupan kami menjadi yang tersusah antara yang susah kepada dunia itu sebagai satu pengembalian yang mengambil tahta diri kami demi pengembalian kepada samudera luas untuk kami jajah kepada yang seterusnya akan perjalanan jauh yang bakal kami lalui ini. Di saat ini kami sedang mempersiapkan diri kami untuk melangkah jauh dalam misi kami demi anak bangsa kami yang akan melalui kehidupan yang lebih baik daripada kami hasil daripada perjalanan kami ini, kami inginkan saudara-saudara kami dan rakan taulan kami semuanya mendapat berkah hasil perjalanan kami ini dengan menyebarkan yang patut kita lakukan bersama-sama demi kemenangan kita di masa yang bakal tiba itu,maka kami isytiharkan kami ini bukanlah seorang yang baik sehingga kini pun kami masih meneruskan perjalanan untuk mendapatkan surga hati kami demi anak bangsa kami, janganlah kita terleka janganlah kita terleka walau sejauh mana pun ALLAH SWT telah membawakan kita bahagia maka satu titik bahagia itu perkembangkanlah sehingga surga hati itu menjajah tanah orang lain pula untuk kita kongsikan kebahagiaan hati kita kepada mereka yang belum pernah menikmati kebahagiaan. Beginilah kita dan anak bangsa kita yang perlu berjalan dengan kaki, sehinggalah ALLAH SWT membenarkan kita berlari kepadanya sepantas kilat lalu tersahutlah doa-doa kita di muka bumi ALLAH ini sehingga terdengarlah ia akan penghuni-penghuni langit yang akan mengkabarkan doa kita dengan pantas untuk kebahagiaan anak bangsa kita lalu menjadilah kita TANAH MELAYU yang kembali gemilang sepertinya pernah berlaku pada zaman dahulu kala, kita gelombangkanlah perjuangan yang membawa kemenangan ini akhirnya kepada bangsa kita melayu, yang akan menjadi pemula kepada pemula akan kebahagiaan dunia.


Kemandirian diri kita bergantung kepada hanya ALLAH SWT lalu serahkan lah hati kita kepada ALLAH SWT semata-mata maka mudahlah kita menjalani KEHIDUPAN takkala badai samudera menghempap kita dalam hidup. Kita tidak dijadikan untuk berehat-rehat melainkan kita ini dijadikan untuk bertugas sebagai yang terpecaya akan ALLAH itu sendiri. Arakian kita ini menjadi yang terpilih andai kita seringkali malas bertindak, lemah dalam percakapan demi percakapan palsu kita dan tidak terlatih hati kita akan pengertian makrifah. Mustahil anak bangsa kita akan menjadi yang terpilih andai kita tidak memulakan langkah diri kita untuk mengecap KEBAHAGIAAN sebagai satu permulaan kepada langkah BESAR anak-anak bangsa itu di hari muka. MARILAH KITA INI BERTINDAK MENUJU ALLAH SWT dalam gerak perlahan mana pun, sedangkan semut itu tetaplah berjalan sebagai semut di alam semut, kancil juga pantas namun tidaklah sepantas sang rimau rimba lalu siapakah kita, semut atau kancil atau rimau itu tidaklah menjadi persoalan besar, yang menjadi persoalan adakah kita sudah memulakan tindakan kita menyahut satu panggilan pulang itu kepada PENCIPTA KITA? Persoalan itu kami tinggalkan untuk anak bangsa kami yang akan menjadi pewaris demi perwarisan kepada YANG ULUNG daripada YANG TERULUNG daripada bangsa-bangsa lainnya nanti. Kehidupan kami tidaklah pernah ingin berlumba dengan sang rimau, kami ini hanya semut kecil yang tiada insafnya pun melainkan ALLAH lah yang MAHA MEMULANGKAN TAHTA diri kininya menjadi semut jua dalam penitian kepada penitian yang lebih lagi bersama ALLAH SWT. Semut tetaplah semut, maka kita tidak pernah ingin bertanding dengan kancil atau rimau rimba, yang penting semut ini kenal akan dirinya semut dan ia dilahirkan untuk menjadi semut jua oleh Pencipta dirinya semut itu. Kami tidaklah pantas dalam perjalanan kami tidaklah kilat dalam sambaran kami, bukan kepantasan itu menjadi ukuran, namun kami cuma menganjurkan kita untuk tidak bersaing lagi dengan bangsa-bangsa lain, cukuplah kita menjadi seorang HAMBANYA yang pabila berdoa, kita terlebih dahulu terangkat doa itu walaupun kita hanyalah semut kecil, nescaya terbunuhlah GAJAH RIMBA pun pabila ALLAH SENDIRILAH yang bertindak dalam PERLAKUAN-NYA. Lakukanlah yang semut perlu lakukan, janganlah menyeksa diri kita dengan persaingan yang bukan membawa apa pun, cumalah ALLAH yang ingin kita kenal dan membuatkan doa-doa kita menjadi makbul di sekian langit-langit membiru, kitalah yang akan mencontengkan kalimah ALLAH di mata-mana demi anak bangsa kita itu BANGKIT! BANGKIT sebagai PERWIRA BANGSA yang akan mempertahankan tanah melayu kita ini sebagai sebuah perwarisan yang akan berlanjutan walaupun kita telah pergi di satu hari nanti. Isytiharkanlah wasiat ini demi anak bangsa kita itu mengerti yang mereka itu tidak boleh bertindak keras dengan petualang-petualang itu melainkan mereka menguatkan diri mereka sendiri lalu dakwahkanlah petualang menjadi tulang-tulang yang mulai sedar mereka itu manusia yang perlu mengenal ALLAH jua. Hentikan persaingan yang tidak membawa apa pun, lihatlah ALLAH, lihatlah ALLAH di dalam mata hati kita yang sudah mulai berzikir itu, segala dendam kesumat kita berdasarkan persaingan pada sesiapa pun di muka ini kita buang segala kerut-kerut hati dan kita tuliskan kalimah indah ALLAH itu di hati kita untuk kita meraikan cinta dengan semua bangsa di muka bumi ini, sesungguhnya AL-QURAN adalah rahmah untuk sekian bangsa dan durjana itu tidaklah pernah dianjurkan untuk mana-mana bangsa pun melainkan kita memajukan bangsa kita demi menakluk satu kemajuan pada bangsa lain pula untuk menyembah ALLAH SWT, lalu bahagialah kita bangsa adam hidup sesama kita sebagai mana-mana bangsa pun yang telah ditetapkannya itu. KITA TIDAK PERNAH MENOLAK BANGSA LAIN UNTUK HIDUP BERSAMA DENGAN KITA, KITALAH YANG PERLU BANGKIT MENGGUNAKAN BANGSA ITU SEBAGAI SATU JALAN KESYUKURAN BAGI KITA YANG BERBANGSA MELAYU LALU KITA RAIKAN BANGSA LAIN SEBAGAI RAHMAT ALLAH JUGA AKAN KEBERBILANGAN BANGSA-BANGSA DI MUKA BUMI INI.



Comments


bottom of page