top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

KATA HATI ORANG BERIMAN

Kami menuliskan rasa hati kami dalam lembaran-lembaran kami untuk anak bangsa kami. SEJAUHMANA PUN KAMI MERANTAU KE BUMI MANA PUN NANTINYA AKAN KAMI TERUSKAN PENULISAN KAMI INI kerana kita berada di alam globalisasi yang meriah pembentukannya akan rohani kita itu di dalam era maya. Maksud kami itu bukanlah kami ini Melayu yang sehingga makanannya sering kali melayu sahaja, dan hanya tinggal di negeri melayu sahaja, maka MELAYU YANG GEMILANG JIWANYA INI PERLU KITA JAJAH JUGA BUMI ORANG DENGAN KEHENDAK MEMBACA BUMI LAIN YANG MEMERLUKAN KEJIWAAN yang daripada kita bumi mereka memperoleh berkah-berkah hidup. Bukan kami mengangkat diri kami kepada yang terpujakan melainkan kami ini hanyalah seekor semut yang menyedarinya kami ini semut kecil yang berjalan-jalan di muka bumi dan boleh dipijak oleh sesiapapun yang gah dirinya lebih daripada semut kecil yang melata, tetapi kerana kerdilnya diri itulah, kami ingin membesarkan doa kami, supaya mendapat perlindungan daripada ALLAH SWT akan kerdilnya si semut yang belakangnya pun andai dipenyetkan sedikit maka rebahlah ia dalam kematian yang tidak mampu bangkit lagi. Daripada kebodohan diri kamilah, kami menjadi yang bijaksana akhirnya dalam meneliti kalam-kalam ALLAH di masa muda kami itu, akan perjalanan kami yang bermula pada begitu awal usia kami sekitar 20-an kami sudah dipanggil meniti jalan-jalan ketuhanan bagi yang merasa, mengertilah mereka akan apa keadaan kami pada waktu untuk pulang kepadanya itu merupakan detik-detik genting hati kami akan berjayakah kami mengheret seribu kedurjanaan hati ini kembali menyembah ILAHI. Kami merasakan kami ini teruk yang amatlah diri kami ketika itu kami jalani jua hidup ini sebagai haiwan yang sudah separuh insannya ketika itu kerana kami gemar membaca lalu kami turuti langkah-langkah etika dan moral yang baik namun belum pastilah kami akan jalan diri kami yang perlu pulang kepada PENCIPTA secara penuh itu samaada ia baik atau buruk untuk makanan hati kami ini, kami timbang akhirnya kami pulang jua kepada yang hati kami ingini, berpihaklah ia kepada KEMENANGAN yang akan ditarik semula oleh akal yang haiwan ini masih memburu ilusi-ilusi dunia, lalu berpenatlah kami berjuang akan dunia yang hadir pada hati kami itu dan kami menjadi yang ingin menjadi orang yang gemilang dirinya jua lalu kami turuti jalan ini dengan penuh kesabaran jiwa.


Kami menuruti jalan kami ini dengan penuh redha akan apa pun yang bakal berlaku kepada diri kami ini kerana kami tidak mampu lagi menolak apa yang telah dipanggil itu. Jiwa kami berat rasanya, kadangkala kami merasakan seperti kebakaran demi kebakaran yang berlaku di dalam dada kami dan kami panas. Lalu mengertilah kami yang kami alami ini adalah NERAKA JIWA. Kami tidaklah boleh meneruskan lagi keadaan hidup yang sebegini melainkan kami perlu beredar mencari ketenangan jiwa kami itu yang telah pun terjebaknya kami dengan neraka diri ini kerana kebodohan kami sendiri ( kejahilan atau yang seumpamanya) lalu kami bergerak mencari ILMU-ILMU BERMANFAAT untuk jiwa kami. Selepas itu, bermulalah keaijaban demi keaijaban yang gagal kami pahami dengan akal bijaksana kami lalu mengertilah kami akan kata-kata Ibn Khaldun itu akan makna "haiwan yang berakal tinggi" dan kami pun insaflah akan akal yang tidak mampu mencecah alam langit itu. Menjadilah kami dangkal akan persoalan demi persoalan yang gagal kami jawab pada hati kami lalu kami pun berzikir lah pada hati kami pada setiap langkah kami lalu menjadilah kami insan yang mulai berzikir demi hati kami cerah. Kata orang tua-tua dahulunya zikir itu mencerahkan hati maka kami pun berzikir lah sepantas mungkin kerana kami mahukan hati kami selesai perjuangannya. Telah kami amati perjuangan kami itu sebagai langkah akan sebuah KEBANGKITAN DIRI BARU yang perlu kami jalani kesusahannya itu. Maka kami pun mendakilah akan gunung yang tinggi itu dan berehatlah kami di puncak sana. PUNAHLAH KAMI ITU MENJADI CAHAYA DIRI kemudian kami pun turun menurun sehinggalah kami menulis ini untuk mempertamatkan perjalanan kami jua.


Perjalanan ini berat kata orang awam. Kami pun semut kecil yang menjalani perjalanan sebagai semut jua. Yang penting semut kerdil itu kembali mengenal dirinya sebagai semut yang gemilang doanya di langit biru. Fahamilah anak bangsaku, mengapa pentingnya zikir kalimat itu pada jiwa kita ini. JANGANLAH KITA MENDIDIK AKAL KITA INI MENJADI SYAITAN YANG BIJAK NAMUN GAGAL TUNDUK! JANGAN! PELIHARALAH KEMELAYUAN KITA ITU SENDIRI SEBAGAI ANAK BANGSA MELAYU YANG TUNDUK KEPADA ALLAH SWT DAN BAIK LELUHUR DIRINYA KEMBALI KEPADA USUL LELUHURNYA YANG SUDAH TERTANAM TAUHID PADA JIWA ITU~, kami dahulukan salam sejahtera buat leluhur kami yang telah pun mewariskan sesuatu buat kami sampaikan kepada anak bangsa kami daripada perwarisan yang asli akan kalimah LA ILA HA ILLALLAH itu adalah daripada penyaksian yang benar daripada mata hati yang perlu kita gali di dalam hati kita sendiri anak bangsaku. Kita tidak boleh bermain-bermain di dasar yang mengatakan kalam itu benar namun kita tidak menaiki ke gunung tinggi tempat kita menyaksikannya maka nya kita menjadi dusta akan panggilan yang tidak kita sahut untuk kembali MENGENAL KEAGONGAN MELAYU LAMA KITA ITU DALAM ALAM TAUHIDNYA MELAYU ITU. Tinggalkan kami ini anak-anak bangsa yang mengerti kalam-kalam kami YA ALLAH, janganlah engkau murka kepada kami yang durjana ini dahulunya kerana gagal bangkit demi anak bangsa kami YA ALLAH, kamilah~kamilah~ pewarisan yang perlu terlebih dahulu bangkit untuk anak bangsa kami YA ALLAH.



Comments


bottom of page