top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

Kata Hati

Kemanusiaan diri itu adalah yang kita warisi daripada manusia lainnya yang mendidik kita dan pertuanan kepada tuan yang mendidik itu kita muliakan dirinya. Bagi seorang lelaki yang ingin memiliki matahati yang baik maka kami ijtihadkan beberapa langkah yang bakal menjadikan seorang manusia itu alam yang sempurna akan kejadian dirinya. Kami tidak berhak untuk mengatakan apa pun kepada mereka yang telah bangkit daripada alam ketuanan kepada selain ALLAH itu kerana panggilan bagi memenuhi keperluan itu telah pun lama berlaku, ia berlaku kerana ia panggilan kepada ALLAH SWT itu sendiri. Bagi yang senantiasa menantikan alam batin demi kebejatan maka kami mengatakan ia tersilap niatnya kerana ia bukan sesuatu yang menjadi tujuan akhir bagi kebatinan mata hati. Perlu bertaubat daripada sebarang niat yang membuatkan hati menjadi tidak bersih kepada satu bentuk bentuk syirik yang pernah membuatkan ramai yang mati dalam keadaan tersia-sia. Ia adalah perwarisan untuk mewarisi keadaan diri yang senantiasa dengan ALLAH SWT, bukan demi apa-apa bakat yang tidak ingin pun kita ingin akan ia melainkan ia satu kurniaan ketika menunaikan kekhalifahan kita.



Comentários


bottom of page