Jiwa - Pasti Pulang
Pada mereka yang melalui cinta yang sejati antara dua jiwa, terasa keindahan yang pasti. Yang kelihatan hanyalah wajah manusia yang mencintai pasangannya, ternyata pasangan kita akan melalui usia tua. Yang ternyata pada kebaikan hati itu adalah kenyataan CINTA yang akan semakin menjengah kematangan. Matangnya CINTA itu, berkembang biak kepada HATI.
Manusia yang mengalami KECINTAAN SEJATI dengan pasangannya melalui satu fasa hidup yang mengundang tua pada diri jasad. Kenyataan itu tidak akan hilang kerana manusia melalui pengalaman Ruhi di dalam jasad yang akan menuju tua. Yang akan KEKAL adalah CINTA. Cinta yang dilalui kerana KEESAAAN itu KEKAL di dalam SANUBARI kecintaan diri.
Mengundang hari tua itu menakutkan pasangan yang lebih berumur, akankah aku pergi dahulu? Meninggalkanmu? Tiada yang meninggalkan pasangannya kerana HATI yang telah BERSATU itu tetaplah BERSATU sebagai SATU. Pada wajah yang berkerut itu, masih ada CINTA LUHUR yang semakin manis rasanya, yang semakin SEDAP untuk DIRASA.
Janganlah kita menilai CINTA dengan melihat wajah dan rupa paras semata-mata, kerna JIWA bukan begitu tegasnya. Jiwa yang telah ditakdirkan saling mengenali itu, akan dengan sendirinya "MENCARI" pasangan jiwanya sendiri. Jiwa itu akan berkeliaran seperti binatang buas, pabila yang dicarinya itu sering melarikan diri di dalam pelarian. Jiwa yang perlu ditenangkan itu, pabila ia telah bertemu dan bersatu dengan jiwa pasangan-nya sendiri. Keadaan ini dipanggil pengesahan daripada jiwa yang mencari. Yang mencari itu pasti-nya LELAKI. Yang dicari itu, pastinya PEREMPUAN. Dua jiwa itu akan bersatu jua akhirnya, di medan yang dipanggil PELAYARAN DIRI. Kehidupanlah yang akan menemukan adam dan hawa. KECINTAANlah yang akan memayungi bumi dengan penuh perasaan CINTA, tumbuh antara mereka berdua akhirnya. Episod ini akan menjelang tamat, pabila dua jiwa bersatu, pada medan PERKAHWINAN.
Menjelangnya PERKAHWINAN itu, berlangsunglah KECINTAAN dengan tanda halal pada diri dan jiwa masing-masing, lalu KECINTAAN itu berlangsung dengan penuh tenang. KECINTAAN akan hadir pada diri SANG LELAKI yang ingin mencari pasangannya, dan KECINTAAN itu, akan diterima SANG PEREMPUAN yang sering REDHA dengan takdir diri-NYA. Berpisahnya jasad daripada jiwa, hanyalah pemisahan kepada alam, bukan meninggalkan pasangan kita seperti apa tiadanya. Yang pergi itu jasad kita, yang kembali itu lah KITA. Segala bentuk derita berakhir dengan KEMATIAN. Segala yang duka dan lara akan kehidupan, menghidupkan KEMBALI diri kita pada SISI-NYA, ALLAH segala-galanya. Janganlah sampai Allah menjadi murka, atas jodoh yang telah ditakdirkan, namun pelarian itu berlaku, kerana duka cita diri. Hati yang mengenang Allah, akan mengambil duka sebagai pengubat dan penawar buat hati yang sering lupa dan lalai daripada mengenang KECINTAAN. Duka dan lara itu juga pengubat kepada kelalaian. Duka dan lara itu juga, penawar kepada kehidupan. Lalu, beranilah menyahut jodoh-MU sendiri, akan hiduplah hatimu di dalam KEHIDUPAN dunia ini dengan tenang akhirnya, wahai PEREMPUAN. Di sisimu, diperletakkan sejiwamu, yang akan merahmati kehidupan ini bersamamu akhirnya. Di situlah, berdiri TAUHID dalam menerima jodoh dan ketentuan.
Comments