top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

JATI DIRI

Melayu itu TERBILANG cirinya. Perwarisan akan bumi melayu kepada yang berhak mengambil kembali tahta DIRI menjadi satu percakapan biasa yang kita dengar di dalam masyarakat melayu. Makrifatullah tidak asing di dalam masyarakat Melayu yang mengerti akan ketuhanan di dalam leluhur bangsa Melayu. Tetapi Keilmuan ini sudah hilang keasliannya, membuatkan para pewaris kita pincang kejiwaannya. Ia perlu dikembalikan kepada masyarakat, akan nilai-nilai diri yang berteraskan keilmuan leluhur dan kejiwaan yang benar pada Ketuhanan.


Di dunia ini, berlakunya pelbagai kepincangan kerana diri gagal diuruskan. Jiwa bukan lagi menjadi satu subjek yang diberikan penekanan. Industri memberi penekanan kepada pelbagai urusan-urusan duniawi yang menjadikan manusia sibuk, melupakan gerak diri yang merupakan punca kepada KEBAHAGIAAN. Gerak yang selari dengan HATI NURANI itu membawa kepada pertindihan yang sesuai pada jiwa seseorang, untuk dia menemui pelbagai tugasan-tugasan duniawi yang sesuai dengan jiwanya sendiri. Hati yang hidup merupakan penggerak kepada PELBAGAI LANGKAH. Minda kita tidaklah sebijak keadaan HATI yang senantiasa HIDUP. Kebaikan yang merajai di dalam hati itu merupakan keadaan yang membawa kepada KERAJAAN DIRI yang dikuasai RAJA yang benar. Di situlah, hadirnya KEBAHAGIAAN. Penghidupan kepada hati memerlukan keadaan yang senantiasa "INGAT" kepada Pencipta bagi segala ciptaan. Kehidupan yang berlandaskan HATI NURANI yang HIDUP itu merupakan JALAN BAHAGIA. Tidaklah kami mereka-reka akan perkataan kami melainkan KEHIDUPAN itu tidaklah bermakna lagi seandainya KEILMUAN yang berkaitan dengan HATI YANG BERSIH itu dilupakan. Bab Hati perlu menjadi antara TUNJANG utama dalam silibus PENDIDIKAN NEGARA. Ia telah menjadi antara Bab yang kian dilupakan, maka semakin hilanglah pewaris akan KEILMUAN HATI yang membuatkan masyarakat menjadi lekang jiwanya daripada KETUHANAN. Hati yang HIDUP itu menjadi satu erti yang akan membawa baiknya seluruh jasad dan masyarakat menjadi MULIA kerana MULIANYA HATI. Tidaklah keilmuan hati ini menjadi sesuatu yang asing kepada mereka yang mengerti akan KEILMUAN JATI DIRI.


Hati yang hidup membawa masyarakat hidup dalam keadaan yang sentiasa MENGINGATI-NYA. Kehidupan yang berteraskan KEJIWAAN yang benar itu tidaklah membawa sebarang kerugian, melainkan ia membawa KESOPANAN manusia hadir sesuai dengan kehalusan jiwa pendorongnya. Hatta, hati yang bersih itulah yang perlu menjadi kemuncak daripada SISTEM PENDIDIKAN NEGARA. Hanya dengan Hati, kita berjaya membentuk masyarakat yang sempurna keagamaannya, dirinya, serta jati dirinya. Hati itu perlu senantiasa menjadi subjek yang dibiasakan dalam sistem pendidikan yang perlu dibiasakan dengan pengembalian jati diri yang sebenarnya kepada setiap ahli di dalam setiap sekolah-sekolah yang wujud di muka bumi. Hati yang bersih itulah yang perlu menjadi cita-cita setiap diri, agar setiap diri terpimpin dengan kebaikan yang memberi mereka peluang menjadi insan yang ter-PELOPOR jiwa bangsanya, dalam kebersihan hati. Hati yang baik itulah yang perlu dipupuk di alam persekolahan. Hati yang mulia itulah yang perlu menjadi titipan para guru di sekolah, beserta murid yang dipimpin JIWANYA. Hati yang mulia itulah yang perlu menjadi idaman setiap PENGETUA yang mengetuai SEKOLAHNYA. Hanya dengan hati yang mulia itu, masyarakat akan mula dibiasakan dengan keilmuan hati yang perlu dimasukkan semula ke dalam silibus persekolahan. Hati yang bersih perlu menjadi cita-cita setiap murid yang bersekolah. Di hati mereka tidak boleh hanya ada keduniaan yang tidak dibersihkan, hatta hancurlah setiap anak bangsa kita, pabila keilmuan hati itu tidak disilibuskan semula di dalam kebiasaan sistem persekolahan setiap negara. Hati adalah diri. Tiadalah keilmuan mengenai hati itu membuatkan kita meninggalkan dunia, kerana setiap manusia hidupnya adalah di muka bumi. Tiadalah keilmuan hati itu membawa manusia melupakan urusan dunianya, kerana HATI YANG HIDUP senantiasa berbakti kepada setiap jiwa dalam masyarakatnya. Kehidupan yang luhur berasaskan HATI yang MULIA itu perlulah dipupuk, disemai sebagai satu pengetahuan awal di sekolah-sekolah manapun, supaya KEILMUAN HATI ini tidaklah dilupakan. Hanya dengan mewujudkan pengetahuan yang benar tentang hati itu, kejiwaan dapat semula dipimpin di dalam masyarakat. Hilangnya jiwa, hilanglah JATI DIRI ANAK BANGSA.



Commentaires


bottom of page