top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

Jati Diri

Hati yang BARU itu akan menggamit kesegaran bagi yang merasainya. Kesegaran hati itulah yang memberi bahagia kepada jasad. Jasad yang punya hati yang bahagia akan senantiasa mentaati ALLAH SWT. Kebaikan seseorang itu dinilai pada NIATNYA dan niat itu adalah pada HATI.


Kebaikan apa pun yang kita lakukan, penilaiannya adalah pada hati seorang manusia. Kita tidak menilai perbuatan yang melangkah hanya kerana ia perbuatan yang baik tetapi menilai sesuatu itu biarlah daripada keadaan yang baik HATINYA.


Langkah baru yang kita lakukan kerana HATI yang hidup itu pasti berbeza dengan langkah yang disulami dengan ketakutan dalam mendalami kehidupan. Baiknya hati, baiklah seluruh jasad.



Comments


bottom of page