Hati Yang Bersilaturahim
Di mata anak bangsa yang dididik dengan didikan yang menjadikan diri itu sebagai kalam perwarisan agong dan kebangsaan diri itu kembali menaiki tahta diri yang membuatkan manusia merasakan perwarisan itu sememangnya wujud. Hati yang bersilaturahim dengan alam yang lain itu membawakan hati yang boleh merasakan kebejatan yang dekat dengan dirinya. Kalaulah hati itu tidak dapat mengesan keburukan musuh, manakan kita menjadi bangsa yang kuat dulunya. Kalaulah hati kita tiada cerminan kepada hakikat KETUHANAN, tak akan kita mampu mengalahkan tentera-tentera musuh yang sering datang dengan pelbagai permainan keghaibannya juga. Siapa yang tidak percaya dajjal itu boleh memusingkan pandangan hati kita? Bukankah kita ini bangsa yang boleh mengesan keilmuaan dajjal dan tidak bersatu dengan pengikut mereka? Bukankah begitu? Lalu di manakah ilusi demi ilusi dajjal itu berlaku daripada dulunya? Bukankah pada hati kita yang gagal bersilaturahim dengan keghaiban misi perjuangan kita sendiri? Fikirkanlah persoalan demi persoalan yang wujud itu untuk melalui satu alam kebatinan yang akan menjengah bagi yang terpilih. Namakan kami sebagai yang ghaib pun, kami tidaklah bersatu dengan keburukan yang datang daripada alam sana, melainkan tugas menyucikan tenaga keturunan diri itu menjadi satu kebaikan yang sering kami lakukan pada setiap diri yang hadir kepada diri kami.
Tiadalah kami membuka lembaran-lembaran baru kalam diri ini untuk menunjukkan rahsia yang tidak dipahami, melainkan ia untuk mendidik. Jadikanlah mendidik itu satu jati diri yang ada di dalam leluhur bangsa kita. Mendidik itulah yang menjadi asas demi asas kepada jati diri yang bertugas memakmurkan bumi dan bangsa melayu kita. Jadikanlah pedoman kepada tulisan yang hadir ini untuk memandu diri sendiri kepada pencipta. Kalaulah dajjal itu berehat, maka kita pun terlenalah sekali dengan segala bujukan duniawi. Namakanlah ilusi duniawi apa pun yang tidak dimiliki kuasa yang Allah berikan kepada tentera dajjal - mereka begitu menguasi ilusi yang pelbagai, lalu kita hanya menurut? Mengapa keilmuan untuk memecahkan ilusi itu tidak dicari, tidak diperhalusi, arakian kita bukan bangsa yang menurut, melainkan bangsa yang ada amali batinnya. Kejadian yang memecah-belahkan ummah itu tidaklah kuat andaikata mata hati kita punya cahaya amali yang menggerakkan diri untuk senantiasa melakukan amal kebaikan buat semua yang hadir kepada kita. Jadilah seperti cahaya yang menerangi buminya malam, jadilah seperti bintang-bintang di langit malam yang sering memandu para nakhoda yang ingin -mencari tempat KEMBALI, janganlah kemalasan diri itu dijadikan sebagai pegangan yang ada di dalam jati diri kita lagi. Kita lemah kerana Inggeris menghilangkan perwarisan bangsa kita, karya AGONG kita bukanlah pada buku-buku melainkan pada penterjemahan hati yang boleh melangsungkan semula karya-karya baru daripada setiap tulisan yang kita baca.
Kitalah pewaris bangsa yang perlu terus bergerak, menyucikan mata hati, membuat yang ingin kembali di dalam diri kita itu merebut kembali tahta diri. Kerajaan diri itu perlu mantap makrifahnya, maka kita akan kembali menyusun jari jemari yang akan mula menghantarkan tenaga-tenaga ghaib melalui menulis dan mendidik anak bangsa. Yang terdidik dengan penulisan, maka kembalilah kepada leluhur diri kita yang boleh merekayasa semula diri. Daripada diri itulah bakal ditemui pelbagai harta pusaka bangsa yang telah diculik orang dahulunya. Kita bukan boleh menanti orang untuk menantikan kita, melainkan sifat kita adalah menyerang dan menjajah bumi bangsa dulunya. Kita bukan lemah, kita jajah dan dakwahkan segala unit manusia itu pada setiap pelosok dunianya! Biarlah pelayaran diri kita di alam makrifah itu membawa seribu makna kepada YAYASAN TAUHID yang perlu kita jajah dan memenangkan ia semula kepada bangsa kita. Bukankah kita itu berdosa dahulunya, maka tebuslah kembali masa kelalaian kita dengan kembali kepada yang berhak mewarisi apa yang perlu ditimbunkan kepada mereka. Hati yang menulis ini bukanlah sebaik mana dahulunya, maka ia juga berjalan dengan begitu perlahan-lahan sehinggalah KEBERANIAN itu muncul untuk menulis kembali dengan hakikat diri yang baru. Pengucapan ini bukanlah hakikat lagi, melainkan diriku telah pun berlabuh di dermaga baru yang akan dijajah kedaulatan diri mereka itu untuk memulangkan setiap diri kepada DAULAH yang sebenar iaitu DAULAH BANGSA MELAYU.
Comments