Hakikat Percintaan Sesama Manusia
Ada pun yang terus mencintai KEKASIHnya itu terus mencintai. Pengumuman akan takdir cinta itu terus berlaku di alam manusia untuk memenuhi alam maya ini dengan KECINTAAN. Sehinggakan larut setiap KECINTAAN itu di dalam pelarutan yang sahih, CINTA. Keadaan manusia yang saling-mencintai itulah yang diinginkan PENCIPTA. Bercintalah!
Keadaan manusia yang saling mencintai itu membuatkan begitu banyak pelarian daripada merasai keegoan diri. Hanya dengan CINTA yang SEJATI itu manusia mula mengenal YANG ABADI. Keadaan manusia tanpa cinta, membuatkan hati kalian kering tanpa cita-cita. Sesungguhnya, tiadalah cita-cita tertinggi manusia, melainkan untuk MERASAI CINTA. Sehinggakan, tiadalah Allah itu membuatkan cinta itu mampu terbelikan oleh apa pun, melainkan hanya dengan takdirnya sendiri, semua manusia akan mula merasai cinta yang istimewa kepada sesiapa yang telah terpilihkannya kepada pasangannya sendiri. Keistimewaan manusia pada makhluk-makhluk lain adalah kerana mereka mampu "membiakkan" cinta. Lalu setiap cinta itu melahirkan seorang yang baru atas "hati yang mencintai PENCIPTAnya jua".
Akan sejatikah kasih seorang hamba kepada PASANGANNYA? Akan hilangkah kekasihnya itu bila masa berlalu panjang dalam penciptaan diri manusia? Tiadakah kalian melihat bulan dan bintang, yang saling wujud untuk meneranginya malam? Begitulah cinta yang kalian bina dalam perkahwinan, ia perlu saling menerangi diri masing-masing. Cinta yang begitu tidak akan hilang, kerana pancaran cahayanya disertai bersama CINTA YANG ESA. Kesetiaan yang tidak tumpah kepada selain pasanganmu itu, umpama kesetiaan seorang hamba yang senantiasa merenung PENCIPTANYA. Keadaan diri yang senantiasa dipayungi CINTA itu membuatkan hujan tidak mampu merosakkan keadaan yang telah sedia basahnya.
Hanya yang mencintai mampu merasa akan keaslian cinta antara dua manusia, apabila perletakan itu tidak lari TAUHIDNYA.
Comments