Di Bawah Mentari
Ketika kami menulis kami seringkali mengosongkan diri kami daripada segala sesuatu lalu kami senantiasa mengingati ALLAH SWT. Hatta dalam tulisan-tulisan yang dilihat sepertinya kami mengubah beberapa kalam lagu-lagu manusia menjadi kembali kepada penulisan kepada mata hati kami. Di samping kami menuliskan beberapa kalam yang misteri kami menjadikan kami orang yang mahu mentaati hanyalah ALLAH SWT. Kami menyatakan beberapa KALAM ALLAH SWT hatta di dalam lagu-lagu yang menjadikan manusia lalai daripada mengingati ALLAH dan kami menegaskan pendirian kami yang kelalaian itu bukan kerana dunia ini namun kerana hati kita yang disihir dunia. Kata RUMI, kehidupan ini adalah kepalsuan kepada yang lalai kepada dunia, namun ia adalah kenyataan kepada yang MENYAKSIKAN.
Sekian kami menamatkan penulisan kami akan alam MELAYU. KAMI MENGOTAKAN JANJI KAMI KEPADA UMMAH MELAYU YANG KAMI MENAMATKAN HAYAT KAMI HANYALAH UNTUK ALLAH SWT, lalu kami menamatkan dahulu kalam kami alam diri kami ini di kalimah, MATILAH SEBELUM MATI hanya kerana itu kita mampu memperteguhkan syahadah kita akan ALAM MELAYU. Tiadalah MELAYU itu akan maju melainkan hanyalah dengan membawa TAUHID yang teguh di dalam diri kita selamanya. SEKIAN penulisan kami buat yang mengerti daripada mata hati.
Comments