Derita Jiwa
Ketika Hati itu masih belum bersih, keadaan hati manusia menjadi kelam dengan lumrah dunia. Pabila hati kelam, tidaklah dapat kita melihat akan KEBENARAN. Yang menduduki kita, membuatkan kita sering merasa 'sibuk'. Kesibukan dengan alam dunia tidak akan berhenti kerana yang 'sibuk' itu merupakan fitrah dunia. Kesibukan yang kita rasakan membuatkan kita gagal menghayati keindahan hidup.
'Sibuk' nya diri kita dalam melayani dunia. Lupakah kita pada yang menciptakan kita itu? Dunia ini adalah layanan buat insan-insan soleh. Layanan yang diberikan dunia kepada manusia yang bergelar hamba itu suci murni susunya, sehingga dapat dinikmati sehingga sihat tubuh badan manusia yang bergelar hamba itu. Susu syurga itu dibuat untuk mereka yang mengerti nikmat menjadi hamba yang sejati.
Daripada perkenalan dengan dunialah, kita melangsungkan perkahwinan dengan pasangan yang dipilih-Nya buat kita. Pasangan kita adalah darah kita jua, kerana darah itu telah menyatu dengan darah jati kita, di dalam rahim seorang perempuan yang dipilih sebagai seorang isteri. Menyalinlah, tenaga demi tenaga dalam penyucian diri kita pada setiap kalinya berlaku hubungan sesama suami-isteri.
Kesucian yang kita dapati daripada hubungan suami-isteri itu kita nikmati dengan penuh derita pada awalnya. Kerana setiap nikmat perlu dipasak dengan sedikit penderitaan. Tiada kisah cinta yang tidak disulami air mata, kerna hati kita perlu mencurahkan rasa pahit, demi sebuah kemanisan di akhirnya. Keadaan kita yang menangis dengan air mata, dengan penderitaan yang hati kita rasakan, adalah penyucian diri. Kisah cinta kita berdua yang menjadi episod penderitaan kita itu jua, merupakan sebuah penyucian jiwa. Ketika kita menangis hiba itulah, segalanya menjadi SUNYI. Hibanya diri, membawa derita menjadi jalan menyucikan diri. Ketika setiap pencinta itu mencari ALLAH di dalam kekasih manusianya, pasti bertemu derita di awal perjalanan diri, kerana setiap hisapan demi hisapan yang mencari dahaga itu sememangnya sebuah dosa. Ketika dosa itu ingin disucikan, maka penderitaan adalah HADIAH daripada Allah. Jalanilah sebuah kehibaan diri, ketika diri diundang penderitaan. Ia juga JALAN dalam menemui KEBAHAGIAAN.
コメント