Cinta Sebati
Ke mana pun kita pergi, jodoh kita akan menghantui diri kita, sepertinya angin yang berlalu~ tiada penampakannya, namun jelas pada RASANYA. Moga Allah memakbulkan doa para hambanya yang mencintai seseorang hanya kerana-NYA. Kehidupan membuat kita semua tertanya-tanya, siapakah jodoh kita, ternyata segalanya sudah tertulis, sejak berpuluh ribuan tahun sebelum segala penciptaan. Mungkinkah kita memungkiri takdir kita sendiri?
Andaikata kita menaiki satu kenderaan untuk pergi jauh daripada jodoh kita sendiri, ternyatalah ia hanya satu keadaan diri yang melarikan diri daripada kenyataan yang bakal berlaku. Sehinggakan pelarian kita itu juga adalah satu takdir yang telah pun tertulis. Keadaan diri manusia, seringkali dikelirukan, hanya sebuah lakonan dunia, untuk menambah perisa kehidupan.
Masalah jodoh bukan terdiri daripada kenyataan yang sudah tertulis, ia bukan satu hakikat yang hadir untuk menghukum manusia, melainkan jodoh kita itu adalah seseorang yang sudah ditakdirkan untuk "MENGUKIR" cinta yang sebenar-benar cinta pada hati dan jasad kita, MANUSIAWI.
Comments