Cinta Manusia
Mencintai manusia itu adalah satu kemestian bagi mereka di dunia. Soal kepada peribadi manusia itu menjadi tanda tanya bagi mereka yang sering meneliti kehidupan. Manusia hidup dengan kasih-sayang. Kasih-sayang menjadi punca kehidupan bagi manusia dan manusia menjadi cinta kepada mereka yang mempunyai kecintaan sejati kepada Yang Menciptakan. Fitrah kehidupan membawa cinta itu pulang kepada Yang Dicintainya jugak. Dilaluinya kehidupan yang fana ini adalah untuk melalui pengenalan kepada Yang Senantisa Mencintai.
Hadapilah kehidupan dunia dengan penuh tanda tanya. Ia satu permulaan hebat untuk mengetahui sesuatu. Dan apabila tanda tanya itu dilenyapkan tuhan, akan muncullah pemahaman demi pemahaman yang membawa fana yang sebenar-benar fana. Lalui kehidupan dengan tanda tanya adalah bagi mereka yang bijak dalam menggunakan akal dalam bertanya. Lalui kehidupan ini dengan sering bertanya tentang asal usulnya KITA. Kita ini daripada mana? Yang bertanya itu pasti akan berjumpa. Kerana yang bertanya itu jualah suatu yang berada dalam alam kenyataan yang sering bertanyakan hambanya - Bila ingin pulang ke pangkuanku hambaku?
Commentaires