Cinta Dalam Hati
Hati yang ternoda dengan perasaan cinta akan menyebabkan hati itu mula menjadi busuk. Perasaan yang indah dalam percintaan kemudiannya akan terhakis keindahan itu sekiranya maksiat berleluasa dalam perhubungan. Hati yang bersih perlulah bertaubat kepadaNYA secara kerap seandai terlibat dalam perhubungan yang menyebabkan kita lalai dan leka daripada mengingat Allah.
Selain bertaubat, kita juga perlu insaf akan kejadian kita yang merupakan anak adam yang berdosa sepanjang masa. Jadinya taubat itu adalah perlu dan pasti dalam kehidupan kita. Jadinya kita ini hanyalah seorang yang berdosa dan taubat itu adalah teman kepada diri kita. Seandainya kita leka dalam percintaan sesama manusia kita akan ralit dan buang masa. Jadilah seorang yang imannya teguh terhadap Allah terlebih dahulu kemudian barulah wanita hadir dalam diri secara sukarela.
Comments