Bangsa Melayu & Perwarisan Ilmu Leluhur
Melihat kepada jiwa Melayu yang tenat itu membuatkan kami kembali menuliskan keilmuan leluhur yang perlu diperjelaskan ilmunya kepada anak bangsa Melayu. Keilmuan leluhur ini bermakna kepada yang punya keturunan yang meletakkan bangsa kepada yang UTAMA dalam hidupnya. Keilmuan ini bukan untuk jiwa yang cetek dan mendasar di lautan tepi melainkan buat yang berani menyelam kepada yang lebih hakiki. Saat kami menulis ini, kami meniatkan agar tulisan ini sampai kepada yang ber-HAK. Kepada yang punya diri dan KETUANAN MELAYU itu, kami doakan supaya kembalilah semuanya kepada yang berHAK. Hakikat leluhur bangsa ini sudah hilang seni-nya dalam bangsa melayu, keilmuan leluhur bukanlah keilmuan yang rendah atau murtad atau jumud atau apa saja sangkaan yang tiba pada fikiran yang kotor dalam penafsiran. Ia adalah keilmuan bagi mereka yang terbuka mata batinnya. Kehidupan membuatkan kita kehilangan bangsa pewaris yang mendamaikan ketamadunan Melayu. Hatta yang pernah melayari satu pelayaran diri ini pun dulunya, hampir terjajah jauh dengan barat yang menyerang alam pendidikan diri seorang perempuan. Bagi yang membaca tulisan ini harapnya, ia membawa seribu langkah pemulangan kepada diri. KEABADIAN CINTA ULUNG untuk para wanita itu kita semai KEPEREMPUANANNYA sebagai PEREMPUAN YANG MULIA, bukan lagi kita yang mengambil barat sebagai pencorakan kepada diri.
Hati yang menerima ILAHI akan melihat cerminan diri ILAHI itu di dalam setiap gerak dirinya. Jikalau kami melangkah jauh kepada yang terlalu dalam, maka kembalilah kepada tulisan-tulisan awal kami akan jati diri di dalam perkahwinan, kerana perkahwinan itu penting bagi wanita yang ingin mengetahui seni didikan anak bangsa. Cinta yang hadir pada diri kita ini bukan cita-cita biasa melainkan cinta itu lah yang menyerang jiwa para lelaki untuk TUNDUK pada YANG ESA. Cinta daripada diri perempuan inilah yang mencari cinta daripada keperwiraan bangsa.Makalah atau tulisan kami ini, sampaikanlah kepada diri-diri anak-anak perempuan nantinya kerana kita perempuan melayu tidak tunduk kepada seni pendidikan jati diri yang bukan daripada leluhur bangsa kita. Jadikan diri ini seorang WANITA MULIA untuk mendidik diri-diri perempuan yang akan bersatu di barisan hadapan dalam melahirkan anak-anak yang mulia perwatakannya, demi kependudukan semula perwarisan diri kita di bumi kita sendiri. Jadikanlah kehidupan ini NILAI yang HARTANYA itu berada pada pemilikan anak-anak bangsa kita, bangsa bukanlah pewaris melainkan ada pewaris yang membawa kebangsaan itu kepada jiwa setiap diri kita. Melayu-nya diri seorang perempuan itu seolah-olah hilang di dalam penternakan jiwa haiwani yang tidak dibebankan dengan keindahan seorang perempuan yang BEGITU MENCINTAI DIRINYA. Cinta kepada diri itulah yang mengundang cinta para lelaki. Yang dikejar itu ALLAH, bukanlah lelaki tetapi perempuan-perempuan melayu kini sudah hilang kemanusiaannya, yang diingini itu perhatian daripada lelaki yang ingin merajai hati dan mempermainkan kemanusiaan diri kita - PEREMPUAN. Kejantanan itu mengejar haiwan betina, bukankah begitu? Lalu betina yang mengejar jantan itu terbalik hakikatnya, terbalik kita, terbaliklah bangsa kita. Hati kita yang songsang ini pembaikan dan pemurniannya adalah ALLAH. Kita tidak kembali kepada yang mencintai kita itu untuk kita dodoi hati ini dengan hasad kepada perempuan lainnya, kerana percintaan yang tidak membawa kepada mana-mana perjuangan bangsa dan perwarisan yang baik RAHIMNYA. Kemuliaan diri kita - PEREMPUAN itu berada pada perwarisan CINTA kepada ILAHI ( MENGENAL DIRI ) tanpa pedih jiwa kepada yang MENCIPTAKAN. Janganlah dikejar jantan yang merajai penipuan kepada diri kita itu. Tiadalah menjelmakan serigala itu melainkan kepada yang dirasakan boleh menjadi mangsanya. Tiadalah lelaki itu tidak ada kejantanannya melainkan kepada yang punya CINTA PENUH KEPADA HATI KITA SENDIRI.
Perempuan! Hatimu itu adalah hatimu, ia tidak berada untuk sesiapapun melainkan hanyalah untuk DIRIMU~, hatta yang menulis ini pernah menyerahkan tahta diri kepada yang bukan ahlinya, maka rosakkan penyerahan hati itu kepada yang bercampur leluhur yang semak dirinya. Penciptaan kita itu adalah untuk diri kita, bukan untuk lelaki yang sering mempergunakan kita untuk kepentingan haiwani mereka. Jantan itu sifatnya memiliki, ia akan menyerbu sebuah khemah yang penuh dengan betina mana pun di saat kita tidak menjagai diri. Keperwiraan mereka itu tidaklah dapat kita penuhi andaikata kita tidak terlebih dahulu mengenal diri kita dan mencintai diri kita. Jantan itu sifatnya mengejar dan kita tidak boleh membiarkan diri dikejar. JANGAN~, tetapi kita asuh sifat kejantanan itu kepada seorang PEREMPUAN YANG MULIA. Jangan kita menjadi hanya betina, namun kita menjadi PEREMPUAN, agar yang mendekati itu juga lelaki-lelaki yang ingin mencari KEPERWIRAANYA. Jantan itu haiwan, maka jantan itu akan merosakkan betina manapun ketika betina tidak pandai melindungi kerahmatan dirinya itu kepada ALLAH. Hati yang cenderung kepada seorang jantan itu penuh dengan haiwan betina yang perlu kita latih betina itu untuk menjadi perempuan juga. Dan perempuan itu mengalami keadaan yang TERPUJI dirinya dan diri itu perlu kembali menjadi SEORANG IBU pada suatu hari nanti agar perwarisan leluhur bangsa ini dapat diteruskan. Jantan adalah jantan, jantan tidak melatih seorang betina, ia bukan bersifat begitu. Hanya betina yang pandai melarikan diri, mendapatkan persembunyian yang tepat daripada seorang SUAMI yang sifatnya MELINDUNGI. Dayus seorang lelaki sekiranya dia tidak mempunyai sifat MEMILIKI yang tinggi, hatta pemilikan itu bukanlah untuk memiliki namun untuk melindungi~, hayatilah sebuah pandangan Syeikh Nawawi al-Bantani, pada muka surat yang ke 89, daripada doa yang diucapkan penduduk langit akan dosa yang membuat kita hilang keberkatan diri,
...Dan barangsiapa membaca (doa) ini nescaya akan diampuni dosanya meskipun ( dosanya itu ) laksana iring-iringan semut:
Buku ini merupakan syarah kepada bait-bait syair Syeikh Zaenuddin bin Ali bin Ahmad, pengarang bagi kitab Syu'ab al-Iman: Qami'uth Thughyan. Dibaca dalam bunyi yang melantunkan kalam: "Subhanaka dzolamtu nafsie wa 'amaltu su'a faghfir lie dzunubi fainnahu la yaqhfiru al-dzunuba illa Anta." [1].
Kemanisan iman itu kita pupuk di dalam perjalanan CINTA dengan ALLAH. Lalu kami buktikan CINTA yang berbalas ini dalam perjalanan diri kami sendiri. Kami bukanlah seorang yang sejati hakikatnya tetapi kepulangan kepada leluhur itu kemestian buat jiwa kami. Jika bukanlah kami yang menyahut rasa ini dahulunya, maka kami masih terpinga-pinga terperangkap di dalam cinta lelaki yang tiada ke mananya pun. Hati yang mengenal itu membawa PEREMPUAN kembali kepada perwarisan TAHTA WANITANYA, dimuliakan dirinya itu kerana kebijaksanaannya memilih yang berhak iaitu dirinya terlebih dahulu melebihi apa pun. Kemuliaan inilah yang menjadikan perempuan itu wanita yang boleh mendidik jiwa-anak bangsa yang bakal muncul mewarisi kebangsaan itu pula. Jikalau perempuan itu hanyalah meminati lelaki, maka rosaklah keperwiraan lelaki-lelaki yang perlu kepada cinta yang akan membawa mereka pulang menaiki bahtera yang membawa mereka tunduk kepada ILAHI. Bahagiakanlah diri suamimu wahai perempuan-perempuan terpilih~. Kejiwaan kejantanan itu akan mudah dirasuk cinta ilahi yang akan menghilangkan selera kepada perempuan lainnya. Maka pengejaran itu perlu kembali kepada perempuan yang tahu menilai baik buruknya keadaan lelaki yang meminati dirinya itu. Lelaki yang mulia adalah lelaki yang akan mengajak seorang perempuan mendirikan rumah tangga sejurus lama meninggalkan kelakian bersendirinya. Segala jejak seorang lelaki haruslah untuk memiliki jiwa yang halus untuk mencanangkan tentang keindahan alam berumah tangga. Lelaki yang segar kelelakiannya itu akan membuat diri wanita merasakan perawan itu satu kemestian dalam diri wanita melayu, dan diri itu akan pulang menyembah ilahi demi diri yang merasakan keindahan diri. Katakanlah kepada wanita yang ingin mendirikan rumah tangga itu, alam melayu tidak menghadirkan seorang betina, melainkan hakikat keperempuanan itu perlu kembali terlebih dahulu kepada diri kita. Betina tidak ada nilainya kepada kemanusiaan diri kita wahai PEREMPUAN yang mewarisi BANGSA~, perempuan itulah yang kita pupuk di dalam diri kita agar segala kebejatan duniawi ini tidak terus berlangsung sebagai alam yang menjahanamkan keperwiraan para lelaki.
Rujukan kepada kitab Qami'uth Thughyan - Syeikh Nawawi al-Bantani - Mutiara-Mutiara Keimanan ( Cetakan Pelima Media - Feb 2010 ).
Comments