top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

Bahasa Cinta

Melihat yang haram itu adalah satu larangan daripada Yang Esa. Jika perasaan itu tidak ditahan daripada menyentuh seorang wanita sebelum berlakunya perkahwinan, berlakulah kepincangan. Kehidupan dilanda perasaan yang tidak dapat menolak kejahatan.


Wanita adalah cabaran bagi seorang lelaki. Lelaki yang baik akan memilih wanita yang baik untuk dijadikan isteri. Isteri yang baik merupakan permata hati seorang lelaki. Kehidupan jadi mudah pabila hidup diisikan dengan permata hati yang sentiasa bersinar.


Kehidupan yang baik adalah dengan memiliki para wanita yang baik juga. Lelaki gagal hidup tanpa seorang wanita. Lelaki yang baik memilih wanita yang baik untuk menjadi teman hidupnya. Ternyata daripada wanita itulah, digali dengan lebih dalam akan makna CINTA.


CINTA kepada Yang Esa gagal dimiliki tanpa pemilihan yang sejati akan erti seorang isteri. Isteri kepada seorang lelaki itulah yang akan membawa MAKNA CINTA. Perasaan seorang lelaki yang tumpah kepada seorang perempuan sejati itulah yang perlu digali MAKNANYA.


Perasaan seorang lelaki tidak akan mudah jatuh kepada sesiapa pun, melainkan kepada pasangan hatiNYA sendiri. Selamilah rasa itu, tanpa rasa, hidup jadi sia-sia.


Lelaki yang baik, akan memilih seorang wanita yang baik. Kebaikan itu perlu terus berlangsung kepada PERKAHWINAN itu sendiri. Pemilihan akan seorang wanita itu diadili oleh seorang lelaki, kerana kebijaksanaan lelaki itu sendiri.


Jasad seorang lelaki akan memilih jasad seorang perempuan. Namun HATI seorang lelakilah yang membuat satu keputusan akan pasangan hidupnya. Jasad bersifat mati, dan perubahan jasad adalah menuju bangkai. Jika bangkai itulah yang menjadi pilihan, maka, bangkai itu akan menjadi satu masalah di dalam alam perkahwinan itu sendiri. Mata yang melihat sering menipu mata seorang lelaki, namun hati yang suci tidak memungkiri seribu rasa yang hadir pada DIRI. Rasa itulah yang menjadi penilaian, akan sebuah pemilihan.


Jika diadili seorang perempuan daripada sifat batinnya, maka wanita sejati adalah wanita yang mengenal ALLAH. Telah dijadikan permata itu daripada sesuatu yang hitam sifatnya. Hati yang hitam lagikan boleh bersinar. Jadilah seorang wanita solehah, sebagai satu jalan hidup. Wanita sejati, adalah wanita yang punya Tauhid kepada pemiliknya.


Sesungguhnya yang benar-benar memilikimu wahai wanita, adalah ALLAH. Kecintaan kepada seorang lelaki akan membawa dirimu untuk menjaga dirimu demi Allah. Allahlah yang membentuk dirimu wahai perempuan. Jadilah perempuan yang membentuk peribadinya kerana Allah.


Kecintaan seorang wanita kepada lelaki, akan membawa seorang lelaki mengenal ALLAH. Jati seorang perempuan adalah pada kelembutan dan kehalusan. Sifat lembut Allah itulah perhiasan pada hati seorang lelaki. Lelaki yang baik akan memiliki hati yang mudah jatuh kepada kelembutan seorang perempuan.


Hati seorang lelaki itu perkasa sifatnya. Ia memerlukan kelembutan daripada seorang perempuan. Lalu cinta yang begitulah yang melindungi diri seorang wanita daripada para lelaki lain. Perkasanya seorang lelaki adalah kerana hati mereka dibentuk dengan begitu sifatnya. Melindungi wanita sudah menjadi kelaziman bagi para lelaki yang perkasa.


Jika seni perkahwinan itu difahami dengan sesungguhnya, maka KEBAHAGIAANlah yang dikecap oleh pencinta-pencinta tuhan awalnya.


Jalanilah kehidupan dengan penuh tanda tanya. Perkahwinan itu akhirnya untuk apa? Diri, atau siapa? Itu akan membawa dirimu menggali satu kerahsiaan antara dirimu dan PENCIPTA. Dari Ar-Rum ayat 30 :


(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.


Fahamilah gaya bahasa Allah, apabila ia menyeru manusia kepada JALAN YANG LURUS. Ia ada di dalam PERKAHWINAN. Perkahwinan boleh membawa dua tenaga adam dan hawa yang membawa kepada kelurusan HIDUP.



Comments


bottom of page